Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Serum Nickellskin: Serum Terkini Dari Korea

Cerita mengenai kecantikan ini tidak akan habis. Bak kata pepatah, 'Takkan Telan Dek Zaman', betulkan? Semua wanita mahukan dirinya nampak cantik dan muda, tidak kiralah sama ada pada paras rupa mahupun bentuk badan. Tambah-tambah di bahagian muka. Itulah bahagian di tubuh badan yang paling pertama dilihat oleh sesiapa yang memandang. Kalau tidak, manakan ada ayat-ayat cinta yang berbunyi, 'Dar


Berminat Membaca

Flora Kafe

Pada hari Jumaat minggu lepas, Dell berpeluang berbuka puasa di Restoran Flora Kafe di Ampwalk, Kuala Lumpur. Kali ini, Dell berbuka puasa bersama rakan-rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari.  Pintu Masuk Restoran Flora Kafe Dari luar pintu masuk ke restoran ini, sudah kelihatan mewah dengan hiasan bunga-bungaan yang berwarna-warni. Suasana pun nampak romantik dan damai.


Berminat Membaca

Tutor Peribadi Bahasa Melayu

Bersama-sama Pn. Azah Yazmin Selesai sesi pertama pembelajaran subjek Bahasa Melayu bersama-sama Puan Azah Yazmin tengah hari pada Khamis lepas. Tidak sangka pada hari ini, Dell menjadi tutor peribadi kepada seorang selebriti. Dulu Dell selalu melihat beliau di rancangan 3R.  Beliau ingin memperbaiki gaya penulisan dalam bahasa Melayu supaya menjadi lebih baik kerana beliau lebih f


Berminat Membaca

Apabila Sifu Penulisan Menulis Kisah Dell

Pada 11 Mac 2016, Dell mendapat satu notification tag daripada salah seorang sepupu. Jarang sepupu yang ini nak tag Dell di facebook. Waktu itu, Dell berada di luar rumah kerana ada beberapa perjumpaan yang penting.  Sampai sahaja di rumah, Dell terkejut melihat status facebook yang ditag oleh sepupu tu. Rupa-rupanya status Tuan Zamri Mohamad berkaitan dengan Dell. Berkali-kali Dell baca


Berminat Membaca
Testimoni Karya "Gelang" dalam Antologi KELIBAT

Terkejut tadi ketika terbaca salah satu status facebook milik Puan Ogy Yusof. Terima kasih kerana sudi memilih karya Dell bertajuk "Gelang" dan memberi testimoni. Kelakar ketika Dell membacanya.

Sudah ramai yang bertanyakan Dell berkaitan dengan kisah "Gelang" ini. Dell kongsikan sedikit pengalaman ketika berada di Yashfien.

Pemakaian gelang kaki (berloceng atau tidak) memang akan menarik perhatian jin-jin untuk bermain-main dan bergayut-gayut di situ. Dell saksikan sendiri pengakuan jin yang disoal oleh Prof. Dato' Dr. Hj. Engku Ansaruddin Agus ketika merawat pesakit di Pusat Rawatan Yashfien.


Dell
Pelajar Baru Kelas Mistik :)
Testimoni Karya Gelang dalam Antologi Kelibat

Pada 14 Februari 2016 lepas, Dell menerima satu mesej testimoni daripada rakan yang telah memiliki Antologi KELIBAT.

Terkejut juga apabila anak kepada kawan turut membaca buku antologi ini. Anaknya masih di sekolah rendah.

Anaknya akan baca buku ini sewaktu siang sahaja. Seram katanya. Takut tidur nanti termimpi-mimpi. Itulah ulasan si anak kecil itu berkaitan dengan pembacaannya.

Nak memiliki KELIBAT?

Hubungi Dell ya!









Testimoni Karya Gelang dalam Antologi Kelibat

Selepas solat subuh pada 26 Mac 2016 (Sabtu), terkejut Dell membaca testimoni ini melalui Telegram Grup Penulis-penulis KELIBAT. Dell baca berkali-kali setelah terlihat bintang-bintang itu. Takut-takut tersalah tengok.

'Reviu' daripada Reyna Aryssa. 

Terima kasih Dell ucapkan. Tak sangka mendapat LIMA BINTANG daripada beliau untuk karya Dell berjudul "Gelang".

Alhamdulillah... smile emoticon
#9/2016

Page 1 of 26712345...267Next