 |
Testimoni Karya "Gelang" dalam Antologi KELIBAT |
Terkejut tadi ketika terbaca salah satu status facebook milik Puan Ogy Yusof. Terima kasih kerana sudi memilih karya Dell bertajuk "Gelang" dan memberi testimoni. Kelakar ketika Dell membacanya.
Sudah ramai yang bertanyakan Dell berkaitan dengan kisah "Gelang" ini. Dell kongsikan sedikit pengalaman ketika berada di Yashfien.
Pemakaian gelang kaki (berloceng atau tidak) memang akan menarik perhatian jin-jin untuk bermain-main dan bergayut-gayut di situ. Dell saksikan sendiri pengakuan jin yang disoal oleh Prof. Dato' Dr. Hj. Engku Ansaruddin Agus ketika merawat pesakit di Pusat Rawatan Yashfien.
Dell
Pelajar Baru Kelas Mistik :)
 |
Testimoni Karya Gelang dalam Antologi Kelibat |
Pada 14 Februari 2016 lepas, Dell menerima satu mesej testimoni daripada rakan yang telah memiliki Antologi
KELIBAT.
Terkejut juga apabila anak kepada kawan turut membaca buku antologi ini. Anaknya masih di sekolah rendah.
Anaknya akan baca buku ini sewaktu siang sahaja. Seram katanya. Takut tidur nanti termimpi-mimpi. Itulah ulasan si anak kecil itu berkaitan dengan pembacaannya.
Nak memiliki KELIBAT?
 |
Hubungi Dell ya! |
 |
Testimoni Karya Gelang dalam Antologi Kelibat |
Selepas solat subuh pada 26 Mac 2016 (Sabtu), terkejut Dell membaca testimoni ini melalui Telegram Grup Penulis-penulis
KELIBAT. Dell baca berkali-kali setelah terlihat bintang-bintang itu. Takut-takut tersalah tengok.
'Reviu' daripada Reyna Aryssa.
Terima kasih Dell ucapkan. Tak sangka mendapat LIMA BINTANG daripada beliau untuk karya Dell berjudul "Gelang".
Alhamdulillah... smile emoticon
#9/2016