Pada hari Jumaat minggu lepas, Dell berpeluang berbuka puasa di Restoran Flora Kafe di Ampwalk, Kuala Lumpur. Kali ini, Dell berbuka puasa bersama rakan-rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari. Pintu Masuk Restoran Flora Kafe Dari luar pintu masuk ke restoran ini, sudah kelihatan mewah dengan hiasan bunga-bungaan yang berwarna-warni. Suasana pun nampak romantik dan damai.
