Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya hati penulis apabila dapat menurunkan kata-kata hikmah kepada pembaca buku-bukunya. |
Mengimbau kembali kenangan Dell ketika berada di Pesta Buku Antarabangsa 2015 pada tahun ini. Setiap tahun mempunyai kisahnya yang tersendiri. Itulah rencah kehidupan. Betul tak? ;)
Bersama-sama dengan Tuan Shah Othman (editor Jootawan) dan Tuan Khalid Noordin. |
Sudah lama Dell tidak berjumpa dengan Tuan Khalid Noordin kerana kesibukan masing-masing. Kami berkesempatan berjumpa di sini untuk sesi bersama penulis Jootawan.
Mempromosi Buku Rahsia 100 Impian (R100I). Alhamdulillah sudah cetakan yang kedua. |
Alhamdulillah... Buku 'Rahsia 100 Impian' telah diulang cetak kali kedua dalam masa tidak sampai setahun. Insya-Allah, buku ini akan dicetak kali ketiga tidak lama lagi.
Kami sudah berjaya mencari penterjemah bahasa Inggeris untuk buku ini. Yang dapat menterjemah dengan jiwa. Buku ini dalam proses untuk dibawa ke peringkat antarabangsa dalam masa terdekat ini. Insya-Allah.
Bersama-sama dengan seorang pembaca buku R100I. Terkejut ketika cikpuan ini memborong 4 buah buku R100I waktu itu. |
Bersama-sama Abang Long (penulis) dan Cikgu Saadon (penulis) |
Ketika Dell berada di Medan Selera, Dell terserempak dengan Abang Long. Dell beranikan diri menyapa beliau. Kemudian datang pula cikgu Sofuan Saadon (seorang penulis juga). Terasa meriah ketika Dell makan tengahari waktu tu.
Bersama-sama dengan Abang Long (penulis buku 'Aku, Dia dan Rezeki') |
Sesi sistem barter. Hihihi... Tak sangka dapat juga Dell berjumpa dengan penulis Abang Long. Dell ikuti status di facebook miliknya sebelum buku beliau diterbitkan lagi.
Dell tertarik dengan gaya penulisan beliau. Berdakwah dengan gaya tersendiri melalui pengalaman peribadi. Itulah buku beliau, 'Aku, Dia dan Rezeki'.
Bersama-sama dengan para penulis Legacy. |
Seronok dengar Abang Long bercerita. |
Sebelum bertolak balik, Dell berkesempatan lepak bersama-sama dengan tim penulis Legacy. Banyak info yang Dell dapat pada hari itu. Terasa seronok sangat. Ikutkan hati mahu sahaja join dengan mereka dengan lebih lama tetapi masa tidak mengizinkan. Insya-Allah, jika ada kesempatan bertemu kembali. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan