Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Serum Nickellskin: Serum Terkini Dari Korea



By  Kakdell     Khamis, Disember 22, 2016     

Cerita mengenai kecantikan ini tidak akan habis. Bak kata pepatah, 'Takkan Telan Dek Zaman', betulkan? Semua wanita mahukan dirinya nampak cantik dan muda, tidak kiralah sama ada pada paras rupa mahupun bentuk badan. Tambah-tambah di bahagian muka. Itulah bahagian di tubuh badan yang paling pertama dilihat oleh sesiapa yang memandang. Kalau tidak, manakan ada ayat-ayat cinta yang berbunyi, 'Dari mata turun ke hati.' Tak gitu?
Di sini, Dell ingin memperkenalkan satu produk kecantikan yang mampu menjadikan kulit kita menjadi anjal, lembut dan mulus seperti kulit bayi serta melindungi kulit kita dari KANSER KULIT.
Serum Nickellskin
Inilah serum pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi farmasi dan kosmetik terkini dari Korea iaitu Nickellskin. Ia menggabungkan bahan termahal dan  berkualiti dalam industri kosmetik dan telah digunakan secara meluas dalam kalangan selebriti di luar negara serta dianggap sebagai kolagen mewah kerana ianya diperbuat dari kolagen ikan Salmon yang dipelihara rapi dan berkualiti.
Gabungan teknologi farmasi dan APPLE, GRAPE & ARGAN STEMCELL (TRIPLE STEMCELL) yang terdapat di dalam NICKELLSKIN ini mampu memberikan hasil yang sangat luar biasa pada kulit manusia. Ini kerana kolagen ikan Salmon mempunyai protein kulit yang seakan sama dengan protein kulit manusia. Molekulnya sangat halus sehingga mampu menembusi lapisan dermis dan epidermis kulit manusia dengan amat baik sekali dan sekaligus meningkatkan keberkesanan produk ini. Kuasa TRIPLE STEMCELL-nya pula mampu memperbaharui struktur kulit manusia dan menggantikan dengan kulit baru seperti KULIT BAYI.
Produk Nickellskin
Meh Dell senaraikan kebaikan dan kelebihan menggunakan serum ini:
1. Berkuasa melembutkan kulit
Serum ini telah dimasukkan kolagen di dalamnya yang berfungsi untuk melembutkan dan menganjalkan kulit. Kolagen kita sebenarnya semakin berkurangan apabila umur meningkat dan kulit yang kekurangan kolagen akan mudah kendur, kedut dan kasar. Kolagen ikan Salmon di dalam NICKELLSKIN berkuasa 10 kali lebih tinggi dari kolagen jenis lain yang ada di Malaysia.
2. Penyerapan maksima ke dalam kulit
Sodium Hyaluronate yang berada di dalam kulit mampu memaksimumkan penyerapan kolagen ke dalam kulit. Seperti yang kita tahu kolagen yang paling bagus adalah kolagen yang mampu menyerap dalam kulit dengan lebih sempurna. Sodium Hyaluronate dapat membantu kolagen dan bahan Triple Stemcell di dalam serum NICKELLSKIN menyerap lebih jauh ke dalam kulit manusia. Ianya lebih berkuasa daripada ASID HYALURONIC yang tengah top di pasaran sekarang. Jadi, NICKELLSKIN sebenarnya merupakan ADVANCE TECNOLOGY.
3. Memperbaiki semua jenis kulit sama ada kulit sensitif, kulit berminyak atau kulit kering
NICKELLSKIN mampu memperbaiki apa jenis kulit sama ada jenis berminyak, kering atau sensitif. Ini kerana Triple Stemcell & kolagen ikan Salmon dalam NICKELLSKIN mampu membunuh yis di dalam kulit manusia yang akan menyebabkan kerosakan kulit seperti kulit sensitif, berminyak atau kering.
4. Memudarkan jeragat, parut, bintik hitam dan cela pada kulit
NICKELLSKIN mengandungi APPLE, GRAPE & ARGAN STEMCELL (TRIPLE STEMCELL) serta daun alovera & Cactus Extract yang merupakan anti-kanser dan mampu mencerahkan bahagian kulit manusia yang sudah dicemari dengan JERAGAT, PARUT JERAWAT, BINTIK HITAM dan sebagainya. NICKELLSKIN bebas dari bahan pencerah yang terlarang seperti MERCURY, PARABEN & HYDROQUINONE yang digunakan oleh kebanyakan pengeluar produk pencerah di Malaysia.
5. Mudahnya menggunakan NICKELLSKIN
Ini yang paling Dell suka. Serum ini SANGAT MUDAH digunakan. Tak perlu buang masa pakai toner, krim malam, krim siang atau sunblock. Semuanya sudah digabungkan menjadi SATU.
Dalam NICKELLSKIN ni sudah ada TONER + MOISTURIZER + SERUM + SUNBLOCK SPF 35.  Jadi, cara menggunakannya hanyalah perlu cuci muka seperti biasa (gunakan pencuci Sabun muka Super Collagen) kemudian sapu je terus serum kat muka arah atas ke bawah dan tepuk-tepuk bagi meresap.
Tak perlu banyak-banyak. SETITIK SUDAH MENCUKUPI #ketagihcantik
Untuk pengetahuan semua, kulit yang kering, sensitif, kusam dan tidak bermaya boleh menjadi punca utama penuaan berlaku sebelum usia. Ini kerana kulit ini sebenarnya sudah kehilangan kolagen yang diperlukan untuk mengekalkan elastik dan struktur pada kulit.
Sebab itulah, walaupun sudah puas berjumpa pelbagai doktor atau pakar kulit untuk masalah kulit kering, sensitif dan ekzema namun hasilnya tetap sama. Setiap kali ubat habis, masalah tu mesti akan datang balik. Kos rawatan pula bukan murah. Bila dihitung balik, mau kos rawatan mencecah RM1000++ jika kita beberapa kali jumpa pakar kulit. Betulkan?
Apalagi jomlah cuba produk ini untuk mengetahui hasilnya.
Call/Whatsapp: +6017-3780217
Facebook: www.facebook.com/nickellskinhq
Intagram: @nickellskinhq
Harganya sangat mampu milik: RM87 (SM) / RM97 (SS)

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

10 ulasan:

  1. nampak menarik serum ni, semua dlm satu botol. mudah nak guna dan nak bwk ke mana saja.

    BalasPadam
  2. wahh menarik...botol nya pun cantik..

    yanieyusuf.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun suka dengan warnanya yang kelihatan putih itu. :)

      Padam
  3. good info. harga pun boleh tahan.

    Blogwalking kejap kat sini. Jemput join segmen saya. Ada hadiah misteri utk dimenangi.
    http://huseinrider.blogspot.my/2016/12/segmen-pray-4-aleppo-by-husein-rider.html

    BalasPadam