Tulis Tesis |
Permulaan Ramadan yang sangat mendamaikan hati Dell.
Semalam, diberikan Allah titik keluar bagi masalah penulisan tesis Dell setelah berjumpa dengan salah seorang jawatankuasa tesis.
Alhamdulillah...
Penulisan tesis tersebut lama tertangguh. Sv pencen. Tukar sv.
Hampir-hampir berputus asa kerana banyak perubahan perlu dilakukan kerana penulisan tesis tersebut tidak melambangkan Dell siswazah bahasa tetapi siswazah dalam bidang pengkomputeran.
Inilah liku-liku dan jerit payah dalam mengejar ilmu.
Setiap siswazah ada cerita perjuangannya yang tersendiri. Perjuangan yang sangat berat. Perlu kuat dari segi fizikal, mental dan spiritual.
Itu belum termasuk pengorbanan dari segi tenaga, wang ringgit, masa dan lain-lain. Tidak semudah yang disangka jika hanya melihat dengan mata kasar.
Kekuatan untuk menghadapi cabaran sebegini, bukan boleh dibuat-buat. Jika tidak kuat, ramai yang terkandas.
Jadi sebelum bertanya kepada mereka, "Hai, tak habis-habis lagi belajar? Lamanya."
Fikir baik-baik.
Bayangkan jika kami pula bertanya kepada penyoal itu sebegini, "Hai, tak akan belajar setakat itu sahaja? Tak nak sambung ke?"
Amacam? Apa jawapannya?
Persoalan-persoalan menyindir seperti itu tidak seharusnya ada. Yang perlu ada ialah fikirkan solusi yang sesuai untuk membantu siswazah-siswazah ini.
Sokong mereka. Sekurang-kurangnya, mereka berkeinginan menuntut ilmu. Sedangkan mereka ada pilihan untuk tidak berbuat demikian.
Sekali lagi, fikir-fikirkanlah.
Insya Allah besar pahala menuntut ilmu
BalasPadamHi salam kenalll... Done followwee ;)
BalasPadamHai, salam perkenalan. Terima kasih kerana sudi follow. :)
PadamFuhhh.. rasa macam dah tepu dah otak nak sambung belajar balik
BalasPadamApabila sudah betul-betul bersedia, InsyaAllah kita mampu sambung belajar balik. 😊
PadamSemoga Allah permudahkan urusan kak dell.
BalasPadamBlogwalking here =)
Jemput singgah >> www.ceritahuda.com
Amin ya Allah. Terima kasih di atas doa. 😊😊😊
PadamSaya ni nak smbung degree asyik la tertangguh je
BalasPadamYa. Bukan mudah sebenarnya hendak sambung study ni.Kena betul2 kuat.
PadamHahh xpe teruskan usaha..penat jadi pelajar ni
BalasPadam