Dell bernasib baik kerana salah seorang sepupu Dell yang tinggal di Melaka mengajak Dell duduk di sini menemaninya beberapa hari. Maklumlah, dia baru pindah, beli rumah di situ. Dapatlah Dell beralih angin sekejap di sini. Lagipun, Dell bosan juga duduk kat rumah, otak pun dah tepu. Sekurang-kurangnya di tempat baru, idea baru pun muncul. Banyak program yang kami hendak buat nanti. Biasalah kalau sepupu bila dah berjumpa.
Memang sepupu Dell bagi Dell makan cukup-cukup. Satu hari berapa kali makan... makan makanan yang berat-berat pula tu. Kalau lama berada di sini, memang sah gemuk.
Isnin - Malam tu kami makan Kueh Teow Meletup sepupu masak. Makan bersama nugget goreng.
Selasa - Awal pagi makan Kueh Teow Meletup yang dipanaskan semula (semalam punya), tengahari makan nasi lemak. Petang Dell masak Sup Daging Tumis Darat, Kobis Goreng dan Sambal Belacan untuk makan petang. Lepas tu, makan pelbagai jenis coklat (sebab sepupu Dell baru pulang dari Langkawi). Tengah malam pula, sepupu masak Nasi Goreng Tom Yam Meletup yang sedap! Dua pinggan Dell makan.
Kali pertama masak sup dengan cara tumis darat. Alhamdulillah, menjadi. Sepupu kata sangat sedap, tak sangka sesedap itu. Banyak kali dia makan sup sahaja. Lega rasanya, Dell hanya mencuba resepi.
Esok? Esok tak pasti akan masak apa. Kali ni memang Dell makan sangat banyak sebab lauk-lauknya sedap. Suka Dell masak di sini kerana di sini semua barang ada, tinggal kena masak je. Dell ingatkan nak cuba masak resepi rahsia yang diajar oleh bapa angkat Dell di utara. Harap-harap menjadi!
Nota :
- Sebenarnya, Dell tak sangka akan ke rumah sepupu ni. Setelah diminta berkali-kali Dell datang, akhirnya Dell setuju. Terasa masa Dell terisi, bukan sahaja masa... malahan perut juga. Hehehe... Sepupu Dell suka makan, jadi memang dirumahnya banyak makanan sama ada makanan ringan mahupun makanan berat. Seronok Dell buat eksperimen masak apa-apa resepi kerana sepupu suka makan.
- Terharu diberi layanan sebegini tatkala Dell sedang dalam mood kurang selera makan disebabkan terkenang masakan di kampung. Alhamdulillah, mood Dell semakin pulih.
Lumrah jika balik je dari kampung, selera makan akan berkurangan. Mana taknya, asyik terkenang makanan yang sedap-sedap di kampung. Di sini payah hendak jumpa makanan yang sedap. Mana hendak jumpa soto, sambal belacan, sambal kicap, rojak manis dan beberapa jenis makanan seperti di Johor. Kalau kat kampung, makan memang tak berhenti. Masakan mama memang tiada tandingan, masakan di luar rumah pun boleh tahan sesuai dengan selera. Bayangkanlah, pisang hangit yang dijual di kampung pun laris di pasaran sebab sedap (jangan tidak percaya, ada satu gerai "Pisang Goreng Hangit" di Kluang). Kalau duduk lama di kampung, mesti gemuklah!
Kebiasaan mula-mula pulang dari kampung, Dell akan makan fast food je sama ada McD, KFC atau burger untuk beberapa hari, sebab tak selera sangat nak makan. Selepas tu, baru Dell beranikan diri beli nasi goreng atau makanan lain di restoren di sini. Kalau selera masih kurang, Dell akan masak sendiri mengikut citarasa seperti nasi goreng cili padi atau lauk-lauk yang simple.
Semalam, Dell masak ikan masin goreng bercili dan telur goreng kicap. Mula-mula, ingatkan hendak masak nasi goreng ikan masin tapi terasa macam tak selera pula. Lauk simple macam ni dapat membuka selera Dell. Habis jugalah satu pot beras Dell makan dengan lauk sebegitu. Selebihnya, Dell goreng karipap frozen mama dan minum sup cendawan.
Tadi, kawan Dell ajak Dell lepak di rumahnya. Maklumlah, hari Ahad bosan katanya. Dell dipelawa makan bersama-sama dia. Kali ni dia yang masak. Kiranya, kali pertama Dell merasa masakannya. Lauk yang simple je tetapi memang selera Dell makan. Kawan Dell masak kari terung, ikan goreng, sayur bayam goreng dan sambal belacan. Karinya yang secukup rasa dan pekat beserta sambal belacan yang sangat sedap betul-betul membuka selera Dell, makan pula dengan ikan goreng yang garing dan nasi panas. Pergh, sangat meletup gitu! Serius Dell kata, dah lama Dell tak pekena sambal belacan sesedap itu. Habis nasi sepinggan! Malam pula pekena mee goreng mamak pedas, habis juga sepinggan. Sedap sangat!
NOTA:
Inilah nasib musafir seorang pelajar yang sentiasa rindu akan masakan ibunya dan makanan di kampung. Mana boleh tanding masakan ibu, kan?
Bagus betul cuti semester kali ini. Jarang Dell bercuti semester dari mula sampai habis cuti tapi kali ni Dell cuti sepuas-puasnya tanpa menjeling langsung tugasan. Sibuk ke hulu dan ke hilir dengan saudara mara dan rakan-rakan. Baru tahu bagaimana nikmatnya hidup jadi pelajar yang ditaja ni **Dah tua begini baru merasa. Masa terlalu banyak kerana tak perlu bekerja. Tapi tak boleh leka, bahaya juga.
Nota :
- Cuba membahagikan masa untuk menulis dan membaca buku ilmiah.
- Sedaya-upaya menyiapkan semua tugasan sebelum semester berakhir.
Pada Jun 2011, Dell diajak oleh salah seorang sahabat Dell untuk menyertai Seminar Jutawan Internet Irfan Khairi secara percuma di Kuala Lumpur. Selama ni, Dell hanya berpeluang membaca bukunya dan melihatnya di kaca televisyen. Tak sangka Dell mendapat peluang bersemuka dengan beliau sendiri. Banyak juga tips-tips yang beliau beri tetapi jika hendak tips-tips yang lebih banyak kena hadiri seminar beliau yang berbayar.
Irfan Khairi seorang yang sangat simple dan humble
Tak sangka Fahrin Ahmad pun ada sekali di dalam seminar ni
Pengalaman yang Irfan Khairi kongsikan di dalam seminar ini sangat berguna dan memberi motivasi kepada Dell. Tambahan pula, Dell sudah didedahkan dalam bidang perniagaan sejak kecil oleh nenek. Sudah tentu Dell tidak akan lepaskan peluang untuk bidang perniagaan suatu hari nanti. :)
Nota :
Sedang membaca buku beliau berjudul ' Nota Jutawan, Nota Kewangan'.
Pada Mei 2011, Dell berpeluang mengikuti Forum Sastera "Hikayat Merong Mahawangsa : Daripada Sastera Klasik kepada Filem" di Dewan Bahasa dan Pustaka. Waktu itu, ramai yang mempertikaikan mengenai jalan cerita yang telah diolah di dalam filem tersebut berbanding kisahnya yang sebenar di dalam sastera. Ramai artis, pelajar universiti, pengkaji sejarah dan lain-lain datang ke forum ini. Antara gambar yang sempat dirakam.
Panel-panel yang terlibat
Bersama sasterawan negara yang ke-10, SN Dato' Dr. Anwar Ridhuan
Raja Azmi
Datuk Freddie Fernandez
Harun Salim Bachik
Dr.Zulkifli @ Zubin Mohamad
Sofia Jane















