Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya
Jumaat baru-baru nie, Dell berpeluang makan tengah hari dengan Iqa yang merupakan kawan Dell dari RMC. Dell memang teringin untuk mencuba Pizza Domino yang baru ni, First Class Pizza Domino with 7 meat wonder. Iqa pula memang peminat tegar Pizza Domino... apalagi kami tak berlengah nak 'belasah' pizza baru ni! 

Itu dia muka Dell yang tak sabar nak mencuba pizza ni... p/s : abaikan wajah kelaparan tu... huhu...

Tadaaa... inilah dia pizza tu! Kami memilih New York Crust. Kami tak suka pizza yang tebal dan pizza yang terlalu nipis.

Dell memang suka makan Pizza Domino berbanding Pizza Hut atau Pizza San Francisco. Rezeki Dell pada hari tu. Staf di situ memberi harga promosi kepada Dell. Pizza ni Dell dapat beli dengan harga RM15 sahaja dan tambah RM3.50. Pada Dell, First Class Pizza Domino with 7 meat wonder memang kena dengan citarasa Dell. Cubalah!
Khamis baru-baru ni Dell berpeluang menikmati hidangan dari Manhattan Fish Market Pavilion bersama dua orang sepupu. Dah lama Dell nak menikmati makanan di sini tetapi tak ramai kawan Dell suka seafood. Kebetulan waktu tu Dell ingin membeli Mini Ipad manakala adik sepupu nak membeli laptop. Jadi kami keluar bersama-sama. Antara menu yang kami order ialah :
Spicy Seafood Spagetti. Spagettinya menepati citarasa Dell.

7 UP, Gummy Bear dan Citrus Mint dan Brownies Ice Cream Vanilla

Large Frame Grill H Rice Chip

Small Grill G H Rice Chip

Tak sangka kami dapat melicinkan kesemua menu walaupun kuantitinya sangat banyak! Makan sampai tak boleh angkat perut dibuatnya. Setakat ni menu makanannya memang sedap cuma air je kurang sikit. Elok beli air gas je.

Hari Sabtu lepas, keluarga sepupu Dell mengajak Dell datang di Sabak Bernam dan bermalam di Homestay Air Panas kerana ada bilik kosong. Di samping tu boleh Dell berjalan-jalan di sana bersama sepupu. Kami sempat singgah di Gerai Cendol Atok di Kampung Parit 1 Timur, Sungai Besar, Selangor. Kami memilih menu Cendol Durian, Cendol Biasa dan Rojak. Memang sedap condol dan rojak di sini. Pemilik gerainya pun sangat peramah. Cubalah menikmati cendol dan rojak di sini.
Minggu lepas Dell akhirnya dapat merasa kenikmatan Air Nira Asli di Sabak Bernam, Selangor. Jakun juga sebenarnya. Harga sebotol air nira ni RM4. Rasanya boleh tahan, macam rasa air buah rambutan dicampur sedikit rasa buah pala dan tidak terlalu manis. Memang sangat sedap diminum jika disejukkan dan terasa segar diminum ketika musim panas. Selamat mencuba!
Ada yang bertanya kepada Dell mengenai bagaimana kerja-kerja penyelidikan yang pernah dilakukan sebelum ini. Sebenarnya, Dell banyak belajar sendiri. Yang paling penting, kena rajin baca prosedur dan garis panduan yang diberi, fahamkan dan hafal. Jika dah keliru sangat baru Dell bertanya dengan orang-orang yang berkaitan. Kerja yang Dell terima selalunya berubah-ubah mengikut data yang dikehendaki oleh pihak-pihak berkaitan. Formatnya pun selalu berubah-ubah mengikut siapa peminta data... adakah dari RMC, MOSTI, KPT, Marcomm dan lain-lain. 

Pendapat yang selalu Dell beri berkaitan dengan geran penyelidikan atau yang lain adalah merujuk pengalaman-pengalaman Dell bersama dengan penyelidik-penyelidik dari pelbagai bidang ketika Dell bekerja di RMC dulu. Pelbagai perkara yang mereka kongsikan terutamanya berkaitan dengan penyelidikan mereka. Apa yang releven dengan penyelidikan di fakulti Dell, Dell kongsikan. 

Lagipun, pengalaman Dell bekerja dengan mereka di dalam bidang sains tulen menyebabkan pemikiran Dell tentang sesuatu bertambah detail. Sudah terbiasa dengan permintaan mereka yang terlalu critical thinking terhadap sesuatu perkara. Kiranya Dell sudah terlatih sebegitu. 

Sejak dulu lagi, ex-bos Dell suka tanya atau meminta sesuatu yang melebihi laporan hanya nampak diluaran sahaja. Kalau boleh yang tersirat pun dia mahukan tindakan. Satu lagi, ex-bos selalu meminta Plan A, Plan B atau Plan C jika ada sesuatu perancangan tak jadi seperti yang dibincangkan. Kami selalu kena bertindak cepat jika terjadi kes-kes yang dianggap kes khas. 

Waktu itu staf tak ramai dan kami banyak tugasan ad-hoc. Itu yang Dell belajar ketika bekerja di RMC dulu. Kami terpaksa cekap menggunakan segala sumber yang ada disekeliling dan banyak kena belajar sendiri. Kami terpaksa buka sendiri fail-fail lama yang ditinggalkan staf yang sudah berhenti atau berpindah (jika ada) sebagai rujukan. Selalu juga tertekan, tetapi kena bertindak cepat kerana sudah tugas.


NOTA:
Kesimpulannya, banyak perkara kena belajar sendiri dulu. Jangan salahkan orang lain jika tak tahu melainkan kita sendiri wajib belajar. Tambahan pula, sekarang ni kebanyakan orang yang pindah atau berhenti kerja perlu memberi NOTA SERAHAN TUGAS. 

Bahasa MUDAH : 
Jika staf tu meninggal dunia secara tiba-tiba, takkan nak salahkan dia sebab tak sempat ajar kita tugas-tugas yang ditinggalkan? Takkan nak pi ketuk kubur dia kot untuk bertanya (selalu kena brainwash macam ini dulu-dulu, tu yang kena survive sendiri).

Setelah Dell fikir masak-masak, akhirnya Dell ingin memiliki salah satu gajet jenama Apple yang pernah menjadi idaman Dell suatu masa dulu. Tak terfikir sebenarnya yang kini Dell mampu memilikinya sedangkan dulu Dell hanya pendamkan sahaja impian itu.

Gajet yang benar-benar menggugat keimanan Dell waktu ini ialah Mini iPad. Dell cukup berkenan dengan warna putih! Semalam puas Dell mencari gajet ni di sekitar Pavilion-Low Yatt Plaza-Berjaya Time Square-The Gardens-Mid Valley, malangnya semua kehabisan stok. Jadi Dell terpaksa menunggu stok baru sampai. Ah, terseksa jiwa dan raga!

Dell berani membeli gajet ini kerana Dell tidak perlu fikir tentang yuran pengajian. Malahan, elaun sara hidup yang diberi melebihi gaji kerja Dell sebelum ini kerana tak potong KWSP. Peruntukan di situ dulu dapat dialihkan ke tempat lain. 

Lagipun, Dell bukan ingin memiliki gajet ini untuk suka-suka. Dell sudah senaraikan beberapa faktor yang releven untuk Dell memilikinya. 
  1. Mudah dibawa ke mana-mana kerana ringan dan kecil. Senang untuk Dell bawa ketika sedang melakukan penyelidikan di mana-mana. Laptop berat.
  2. Senang hendak rujuk GPS ketika hendak ke sesuatu destinasi. Selama ni guna GPS iPad sepupu jika hendak ke mana-mana.
  3. Sekiranya Dell sedang menunggu komuter atau apa-apa saja yang melibatkan Dell terpaksa menunggu lama, sekurang-kurangnya Dell boleh membaca sesuatu melalui gajet tersebut seperti nota, jurnal atau apa-apa artikel. Tidaklah terasa membuang masa. (Dell perhatikan kebanyakan rakyat Singapore menggunakan gajet seperti ini untuk membaca artikel ketika berada di dalam MRT selain main games).
  4. Mudah untuk Dell update maklumat di FB, blog, emel dan lain-lain ketika berada di luar rumah. 
  5. Senang untuk Dell membuat rujukan sesuatu maklumat ketika berada di mana-mana.
  6. Mini iPad umpama sebuah buku menggantikan bahan bercetak (untuk artikel online). Contoh, ketika Dell sedang menaip tesis atau artikel di laptop, Dell cuma perlu rujuk melalui gajet tu di sebelah tanpa perlu Dell asyik minimize window sehingga terganggu tumpuan menulis, kadang-kadang terkeliru sedang membaca baris yang mana satu di artikel online tersebut.

NOTA :
Dah selamat download iTunes dilaptop untuk memudahkan Dell transfer apa-apa yang berkaitan dari Mini iPad ke laptop. Woha!