Pada 2 November 2010 (Selasa), Dell telah menghadiri Majlis Malam Puisi Riong yang bertemakan 'Puisi Merentas Ruang'. Majlis ini dianjurkan oleh fakulti Dell iaitu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM bersama Berita Harian dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sebenarnya, ini merupakan kali pertama Dell datang ke majlis sebegini. Maksud Dell, majlis sepenuhnya puisi.

Kebetulan malam tu Dell tiada apa-apa plan... Jadi, Dell pun datang ke majlis ni. Teringin juga hendak tahu bagaimana rasanya suasana majlis sebegini. Kedatangan beberapa orang sasterawan dan seniman membuatkan Putri tertarik untuk datang!
Majlis ini dirasmikan pembukaannya oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) iaitu Prof. Dr. Tai Shzee Yew. Jangan terkejut ya, beliau pun turut berpuisi!
Dato' Prof. Dr. Hashim Yaacob (mantan VC UM)
Puisi beliau yang mengisahkan kehidupan beliau sejak lahir ke dunia sehinggalah kini menarik perhatian Dell. Olahan puisinya yang mudah tetapi masih tidak meninggalkan kata-kata yang puitis memang best! Puisi ini untuk ingatan kepada anak-anak tentang kasih ibu dan bapa dan kasih kepada isteri.
Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin menyampaikan 'Nazam Kasih Ayah Ibu' dengan alunan muzik dari Iedet. Beliau merupakan Pengerusi untuk anjuran majlis ini.
Wakil dari DBP
Baru nak menghayati puisi beliau, dah tamat. Hehehe... Sungguh kreatif sebab barisan puisi beliau hanya sebaris, ringkas pula tu! (Dalam tak sampai seminit rasanya).
Rogayah A. Hamid
Membaca puisi dengan memasukkan elemen syair dan gurindam. Teringat pula kat Cikgu Indah yang telah mengajar Dell bagaimana nak menyanyikan lagu syair ketika di darjah 3. hukhukhuk...
Sabri Yunus
Dell memang menunggu dia ni mendeklamasikan puisi. Memang best dan kelakar! Malam tu, dia sembahkan dua puisi... dua-dua best! Nukilan dia sendiri. Kami semua tak berhenti-henti ketawa. Puisi dia yang pertama 'Sekali sekala' (Perbezaan duduk di kampung dan di bandar!) dan yang kedua 'Mat Nor @ Noni' (Pasal kawan jadi nyah, hahaha!).
Abdul Halim Yazid mempersembahkan dikir barat sebagai penutup majlis pada malam tu. ~Beliaulah pencipta lagu 'Anak Tupai' yang popular tu!~
Majlis tamat pukul 10.30 malam. Mata pun dah mengantuk... maka Dell pun chaw chin chaw.
Nota : Maaf kualiti gambar kureenng sikit sebab pakai kamera hp plus gambar di ambil dari tempat duduk yang statik! Hukhukhuk... ada sesiapa hendak sponsor kamera DSLR? ;)
Sejak sudah menjadi pelajar sepenuh masa ni, hendak print dokumen kenalah pergi ke Cyber Cafe (CC). Kali pertama (setelah sekian lama), Dell pergilah ke CC berdekatan dengan rumah.
Dell : Assalammualaikum, dik. Tumpang tanya, berapa harga print satu keping kat sini, ya?
Penjaga CC : Waalaikummussalam, kak. Harganya ada tertulis di katalog ini. Minimum sekeping 50 sen, itupun kalau akak print tak penuh. (sambil menunjukkan jenis-jenis kertas yang diprint)
Dell : Oh, ye ke? Takpelah kalau gitu, akak cuma hendak survey harga dulu. Terima kasih ek.
Pergh, mahalnya harga print kat situ! Terkejut dibuatnya. Mana taknya, Dell sudah lama tidak pergi ke CC, bertahun lamanya sejak sudah ada broadband. Akhirnya, Dell buat keputusan print dokumen di CC berdekatan dengan UPM (dah alang-alang ada urusan di situ). Sepuluh sen sahaja satu keping. Semuanya berharga RM10. Cuba bayangkan kalau Dell print dokumen di CC pertama tadi, maunya harga hendak dekat RM100!!!
Nota : Ish, takdenya aku hendak pergi ke CC yang berdekatan dengan rumahku tu lagi! Serik dengan harga.
Apa tu BR1M? Bantuan Rakyat 1 Malaysia...
Sejak kebelakangan ini, BR1M 2.0 ini hebat diperkatakan oleh golongan belia yang masih bujang berumur 21 tahun ke atas sehingga berumur 30 tahun. Lagi satu, golongan tersebut mestilah mempunyai pendapatan RM2000 dan ke bawah. Khabarnya, pendaftaran bermula bulan November 2012 ni dan duit tersebut akan diberi pada awal tahun depan.
Agak-agaknya, pelajar sepenuh masa yang tidak berpendapatan ini... boleh ke mohon? :)
P/S : Mesti akan ada orang kata, "Dah dapat Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia dan Baucer Buku RM250, masih lagi hendak memohon BR1M 2.0." ;)
Hari ni terasa macam malas je. Tak keluar dari rumah langsung. Konon hendak buat tugasan, tapi terasa malas pula. Tiada mood. Akhirnya, hanya membelek-belek bacaan apa yang ada di depan mata.
Tak boleh jadi... rugi masa. Dalam malas-malas ni, masih rajin juga la hendak memasak. Masak sebab lapar tetapi malas hendak keluar rumah untuk ke kedai. Masak apa? Masak Macaroni Goreng Lada Hitam. Mujur jadi. Hehehe... Disebalik kemalasan Dell ini, kadang-kadang Dell suka buka resepi di blog-blog yang terpilih seperti blog Salam Dua Benua dan Blog Dapur Tanpa Sempadan. Cari menu yang senang dimasak dan sedap di makan. Maklumlah, mood untuk berhibernasi dah bermula, begitulah rupanya.
Jadi, dari Dell tak berbuat apa-apa... baik Dell menulis blog dan berkongsi cerita. Sekurang-kurangnya, berfungsi juga minda ini dari asyik tonton TV dan tidur sahaja.
Nota : Sekarang nie,
- Dell sudah menjadi tukang taster makanan oleh kawan-kawan yang suka 'Jalan-jalan Cari Makan'. ;)
- Suka buka saluran 703 atau saluran 707 untuk menonton rancangan masakan. Woha!
Sedang mengodek-godek gambar lama terjumpa pula gambar-gambar Dell bersama artis ketika FBMK turut terlibat dalam penganjuran Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia Tahun 2009 (FFVPM). Rezeki ketika bekerja di FBMK ni, artis selalu datang ke sini atas undangan pelajar atau pensyarah untuk bengkel, kursus atau ditemubual di PUTRA.FM (90.7). Festival ini diadakan pada 8 - 10 Januari 2009. Ramai artis yang datang tapi Dell hanya sempat bergambar dengan mereka ni sahaja.
Bersama Liyana Jasmay
Bersama Vanida Imran
Bersama Imran Ajmain
Bersama Os
Bersama Dato' Mustapha Maarof
Bersama Pierce Andre
Bersama Raja Farah











