Hari ini, Dell berkesempatan makan petang di KL Sentral. Almaklumlah ada urusan yang perlu diselesaikan di sana. Sebelum buat apa-apa, Dell dan sepupu singgah makan di sini dulu.
Banyak sangat restoren di sini, akhirnya kami memilih The Treats. Kebetulan Dell teringin nak makan nasi lemak sebab dah berbulan tak makan nasi lemak ni. Huhu... Ini menu yang dipilih oleh Dell.
Nasi Lemak bersama Ayam Rendang. Rasa boleh tahan cuma terasa sedikit muak kerana berminyak. Silap. Patutnya Dell minta ayam goreng bukan ayam rendang. Huhu...
Ini pilihan sepupu Dell, Ipoh Lam Mee. Katanya, makan tak puas kerana kombinasi sambal yang diberi tidak kena dengan rasa sup mee tu. Elok sambal kicap katanya. Apa-apa pun, selamat menjamu selera! :)
Pada hari Jumaat (28 Disember 2012) lepas, Dell berkesempatan singgah di salah sebuah restoren di kawasan Sungai Ramal bersama sepupu Dell, Masittah dan kawan Dell, Kak Sue. Dell tak sabar hendak merasa makanan di sini setelah melihat gambar yang dipos oleh salah seorang kawan Dell di Facebook. Nak tahu restoren apa yang kami bertiga terjah malam tu? Ini dia...
Restoren dibuka pada setiap hari bermula pada jam 6.00 petang sehingga 11.00 malam.
Nasi Goreng ada, Spagetti ada, Mihun dan Mee Goreng pun ada...
Tadaa... setelah di masak!
Licin you...
Lebih elok datang awal. Kalau tak nanti makanan cepat habis terutama bahan basah. Murah sahaja makan bufet di sini, RM25 satu kepala. Makanlah sampai BUNTAT! Hehehe...
::Tulisanku di Diari Putri Lindungan Bulan pada 24 November 2010::
Entri pada kali ini, Putri bukan hendak cerita pasal si Kimmy my little cat tetapi seekor anak kucing yang cerita asalnya Putri selalu ikuti melalui blog Kakimotong seterusnya ke Papa Meaw dan akhirnya di LeenaCute.
Ianya diberi nama Adek. Kalau kamu hendak tahu, bulunya juga berwarna belang kuning... (secara kebetulan sesuai dengan label Putri, Kasih si Kuning... hukhukhuk...).
Serius Putri katakan, tersentuh hati Putri membaca kisah dia masa lunch di opis tadi. Putri sangat-sangat terkejut! Putri pecaya bukan Putri seorang tetapi sesiapa yang mengikuti kisahnya mesti terasa sedih. Hampir-hampir Putri hendak keluarkan air mata tetapi memandangkan Putri ada mesyuarat pada jam 2.00 lebih petang tadi, cepat-cepat Putri memikirkan perkara lain. Terganggu sedikit emosi sebenarnya.
Orang pertama yang menemui Adek bersama Uteh ialah Papa Hero dari blog Kakimotong. Kisah mengenainya ada di sini klik : Aduhai Si Adek.
Adek diambil sementara oleh salah seorang pecinta kucing iaitu Kak Leena yang cuba untuk mengubat mata adek. Kisah terbaru tentang Adek nie sangat menyayat hati, hendak tahu apa kata Dr. Vet yang rawat Adek? Kisahnya sila klik : Tuhan, Bantulah Aku Yang Buntu.
Terkejut Putri apabila mengetahui mata Adek diambil orang untuk mengantikan mata kucing lain semasa umurnya 1 bulan!!!
Apa yang Putri kesalkan, orang yang mengorek mata Adek ni, buang Adek dan Uteh di dalam kotak arak dengan tiada makanan atau minuman! Dibiarkan daif di situ. Langsung tidak simpati atau cuba merawat Adek dan Uteh. Sedangkan mata yang diambil tu berjasa untuk kucing lain!
Mujur PH jumpa dan bawa balik dan seterusnya dijaga oleh Papa Meaw dan nasibnya bertambah baik apabila ada insan yang baik hati sanggup membiayai perubatan matanya iaitu Kak Leena.
Satu yang Putri hendak tanya kepada orang yang membuang Adek dan Uteh... APA HAK KAMU MENGAMBIL MATANYA???
Apakah mungkin Adek nie kucing jalanan, maka diambil matanya untuk merawat kucing kesayangan orang kaya yang telah menaburkan wang untuk itu?
Apa-apa pun, insaflah kepada sesiapa yang suka mendera haiwan di luar sana... Jika tidak suka sekali pun, jangan didera haiwan itu. Jika tidak mahu memberi sedikit rezeki kepada kucing itu, jangan berlaku kejam padanya... Jauhkanlah diri sendiri dari haiwan itu.
Ingat, bukan kamu yang menghidupkan makhluk itu! Tuhan yang menjadikannya, BUKAN KAMU!
Apa perasaan kamu, sekiranya hidup kamu yang melarat sehingga dianiaya oleh manusia lain seperti itu?!
Tentu sedih, kan?
Maka, renung-renunglah sebelum kamu bertindak kejam terhadap haiwan disekeliling kamu.
P/S : Rasa macam nak korek-korek jer mata orang yang korek mata Adek tu! Semoga kamu dilaknat Allah!
::Tulisanku di Diari Putri Lindungan Bulan pada 13 November 2010::
Ingat tak kisah Sally yang Putri cerita tempoh hari?
Putri pernah kata hendak mandikan Sally, kan? Baru-baru ni, Putri mandikan dia (selepas dia dah diberi makan kenyang-kenyang). Mula-mula takut juga apa reaksi ye... mau kena cakar nanti!

Tapi, bagus si Sally ni sebab masa Putri jirus air di badan dia... dia senyap je. Tak mengiaw dan cakar... TETAPI si Sally ni ada bagi satu hadiah kat Putri... huhuhu...
Nak tau apa dia?
Dia dengan segala hormatnya telah MEMERUT kat atas lantai bilik air... berketul-ketul bijih timah yang diberi. Hukhukhuk...
Terkejut Putri! Putri biarkan sahaja sampai dia habiskan hajatnya. Putri tak sampai hati nak marah... mungkin dia takut kut. Selepas dia selesai melepaskan hajat, Putri terus jirus 'menda' tu ke dalam lubang... tahan la sekejap bau busuk dan rasa geli yang ada. Hukhukhuk...
Selepas itu, Putri mandikan dia dengan dua kali pakai gel mandian. Apabila dah gosok bulu-bulunya dan dinyakini bersih, Putri terus bilas dan lap badannya.

Kalau tengok di dalam telinga dia memang bersih! Tak taulah si Sally nie sebenarnya kucing liar atau kucing rumah yang tersesat atau dibuang...

Dia diam je duduk di atas penutup tandas ni sampai bulu-bulu dah kering sikit. Terpaksa biarkan Sally kat dalam bilik air dulu sebab takut kena serang dengan si Kimmy dan Putri takut dia buang air merata-rata.

Selepas dimandikan... tengoklah si Kimmy tu! Yang dia tahu hanya hendak terkam dan tampar si Sally. Dah 2 minggu dah ni mereka berkenalan, tapi perangai si Kimmy tetap sama. Dia tak suka kot ada kucing lain menyibuk kat rumah Putri? Jeles la tuh!
Mana taknya... Si Sally ni jenis tak peduli sama ada si Kimmy ada berdekatan dengan Putri atau tak, dia tetap nak bergesel kat kaki Putri. Masa tu, Kimmy terus jauhkan diri dan nak serang si Sally ni!
Apabila Putri tengok bulu-bulu si Sally dah kering, Putri pun lepaskan dia semula ke luar rumah.
Biasanya, Putri akan mengisi sedikit friskies ke dalam mangkuk dan sedikit air untuk si Sally di luar rumah. Tetapi memandangkan ada hamba Allah di luar sana tak suka, jadi mereka buang mangkuk-mangkuk tu (kasut-kasut yang bersepah dan pasu yang penuh tanah yang tak ada hasil... tak nak plak buang?). Sedangkan Putri letak dengan teratur dan elok kat tepi rumah Putri. Takpe, buanglah rezeki untuk makhluk Allah yang ini, nescaya Allah akan membalasnya.
La nie, apabila Putri pulang dari kerja, Putri akan bagi dia masuk ke dalam rumah untuk makan dan minum. Itu pun, Putri kena tutup pintu beranda dapur semasa Si Sally sedang makan. Mana taknya, Si Kimmy akan serang dia. Dah tutup pintu tu, dapatlah si Sally makan dengan tenang. Selepas Sally dah makan, baru Putri lepaskan ke luar rumah.
Putri perasan juga, kalau Putri letak friskies untuk dia di luar rumah, Sally makan sikit jer tapi kalau makan friskies kat dalam rumah Putri, punyalah banyak dan licin pula tu! Mungkin rumah Putri ni berkat kot... hehehe...
Mulai esok petang, Putri dah tak ada kat rumah sebab balik kampung. Apalah nasib si Sally ni nanti... Ada sesiapa nak adopt dia???
::Tulisanku di Diari Putri Lindungan Bulan pada 6 November 2010::
Eh, siape ni? Nampak macam bulu si Kimmy...
Salah... salah... dia ni namanya Sally. Putri bagi nama Sally sebab dia ni degil cikit. Putri tak bagi masuk ke dalam rumah, tetap nak masuk. Tak tau macam mana dia boleh muncul di kawasan rumah Putri. Dah seminggu lebih dia berada di sini. Memang Sally ni pantang nampak Putri mesti dia akan ikut dan gesel-gesel kat kaki Putri, sedangkan Putri tak ajak pun...
Putri selalu bagi makan kat luar pintu rumah Putri. Ada sekali Putri bagi masuk rumah, tiba-tiba si Kimmy meroyan selama 2 hari!
Pening kepala Putri... Kimmy tak berhenti-henti mengiaw sejak jumpa si Sally kali pertama sehingga keesokkan harinya! Bukan mengiaw-giaw biasa, tetapi dengan suara yang kuat dan asyik duduk mengadap pintu! Putri pun tak boleh tidur sebab bising dek suara si Kimmy.
Lepas kejadian tu, Putri tak bagi Sally masuk rumah dan bagi makan kat luar rumah sahaja. La nie, Kimmy dah diam... huhuhu...
Bulu Sally pun ada sedikit warna kuning, kan? Sesuai dengan label Putri, 'Kasih Si Kuning'...
Inilah si Sally


Dah banyak kali mangkuk berisi air yang Putri sediakan untuk Sally hilang. Ntah siapa punya kerjalah agaknya.
Berbanding dulu, Sally lagi kurus... nie dah ok sikit. Ada juga jiran yang bersimpati bagi makan kat kucing-kucing terbiar ni... Kesian tengok kucing-kucing ni.
Ada sekali tu, Putri bagi Whiskies tapi makan sangat. Selepas tu, kebetulan Putri beli Friskies sebab ada sales... Sally dan Kimmy makan banyak Friskies berbanding Whiskies.
Putri ingat hendak cuba mandikan si Sally ni nanti tapi kena cari tuala dulu. Ntah apa reaksi Sally nanti.
P/S : Sally nie juling cikit. Bulu di telinganya macam botak cikit. Tengoklah, kalau dah dimandikan nanti macam mana la agaknya bulu si Sally ni ye?
Semalam merupakan hari kelegaan buat diriku... Kedua-dua tugasan sudah selamat dihantar setelah pulun berhari-hari untuk menyiapkannya. Peperiksaan yang akhir pun dah selesai pada Jumaat minggu lepas. Fuhhh... tak dapat membayangkan sebahagian beban sudah berakhir. Dapatlah Dell rehat sekejap. Selepas ni hendak sediakan Laporan Kemajuan untuk biasiswa dan pelajar pula. Supervisor pun dah cakap selepas selesai peperiksaan, kami akan bincang tentang tesis dan penyelidikan kami. Harap-harap semuanya dipermudahkan oleh-Nya.










