Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya
Keluarga C

Kali ini, Dell berasa gembira dengan perkembangan Fatin. Fatin sudah ingin membina ayat. Bukan mudah nak meminta si Fatin ini untuk membina ayat. Puas dipujuk. 

Dell membenarkan Fatin menonton video kartun yang diminatinya setiap kali selepas selesai menulis latihan atau Dell membuka lagu kegemarannya melalui ipad Dell ketika dia membuat latihan. Jika dia tak buat latihan, Dell simpan ipad tu. Oleh itu dia akan kata, 'Saya janji, lepas tengok saya buat latihan.' Memang betul dia buat latihan.

"Teacher, Fatin nak berhenti belajar dari Kumon la."

"Eh, mengapa pula? Kan Fatini belajar di sana dengan kawan-kawan?"

"Memang ada kawan tapi Fatin tak faham... Ada kawan Fatin dah berhenti Kumon sebab tak faham. Kawan lain pun kata nak berhenti juga."

"Nanti Fatin nak belajar Matematik dengan siapa pula kalau Fatin berhenti Kumon?"

Dia diam je.

Dalam hati, pelik budak ini. Dulu dia tak nak belajar dengan Dell atas alasan bosan belajar sorang-sorang. Dia selalu bandingkan dengan tempat tuisyen yang ramai kawan. Selalu juga dia memberontak.

Cuma Dell perasan sejak dua menjak ini, dia jadi semakin ikut kata dan buat latihan yang Dell berikan (terutama selepas kes Dell merajuk). Huhu. Sekarang ini setiap kali Dell datang dia akan sambut dengan mesra dan ceria. Alhamdulillah...
"Mengapa sejak kebelakangan ni awak macam dingin je? Seolah-olah ada sesuatu yang tak kena", tanya Mira kepada Zul.

Zul hanya mendiamkan diri sambil menyuap makanan yang bersisa dipinggannya. Geram sungguh Mira dengan sikapnya itu. Mira perasan sejak kebelakangan ini, Zul seolah-olah tidak mahu bercakap dengannya walaupun Zul masih ingin bertemu dengannya. Perwatakkannya turut berbeza, tak seperti dahulu yang banyak bergurau dan sentiasa menghubunginya.

Selepas pulang dari restoren, baru sahaja Mira ingin merehatkan diri di atas peraduannya... Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi. Mata Mira terpaku dengan isi kandungan sms itu.

'Saya betul-betul sedih dengan sikap awak sebab awak mengata saya dibelakang. Kalau awak tak suka saya, cakap sahajalah terus-terang depan saya.'

Mira sungguh terperanjat membaca mesej tersebut daripada Zul. Mira benar-benar tidak tahu apa yang dia mengata tentang si Zul ni. Siapa yang menjadi dalangnya? Yang Mira tahu sejak dia bekerjasama di dalam satu projek ni, ada sesuatu yang tidak kena. Projek itu melibatkan dia, Zul dan beberapa orang yang rapat dengan Zul. Tetapi dia tidak faham akan firasat itu. 

Orang-orang yang rapat dengan Zul selalu kutuk Zul didepannya malah pernah mengatakan bahawa ingin mempergunakan untuk kepentingan peribadi. Maklumlah ianya melibatkan keuntungan kewangan. Mira diamkan sahaja. Mira terperanjat dengan apa yang didengarinya tetapi tidak pernah menyampaikannya kepada Zul kerana tidak mahu lelaki yang disayanginya itu kecil hati dengan kawan-kawan rapatnya yang dianggap seperti adik-beradiknya sendiri. Malah, kawan-kawan rapat Zul tidak tahu sejauh mana rapatnya hubungan Mira dengan Zul kerana perkenalan mereka sangat singkat.

'Apa yang saya mengata awak, Zul? Setahu saya, saya tak pernah buat macam tu.'

Balasan mesej daripada Zul selepas itu membuatkan Mira terasa amat sedih kerana apa yang diperkatakan oleh Zul itu merupakan kutukan kawan-kawan rapatnya sendiri di depan Mira. 

Tanpa disedari, air mata Mira jatuh satu persatu kerana dirinya difitnah sebegitu rupa. Mira cuba mempertahankan dirinya tetapi dia tahu Zul lebih percayakan kata-kata kawannya yang lebih sepuluh tahun bersama berbanding dirinya yang hanya dikenali selama enam bulan.

Mira pun mengundurkan diri secara drastik daripada projek tersebut kerana dia tahu, akan timbul masalah lain pula nanti. Puas juga Mira cuba memulihkan hubungannya dengan Zul tetapi sia-sia. Zul berterusan dingin dengannya.

Dalam diam, Mira membuat keputusan untuk pergi jauh dari kelompok mereka tu. Mira berhenti kerja secara mengejut. Ramai di antara mereka terperanjat dengan keputusan Mira yang drastik itu.

Dua bulan berlalu, Zul cuba menghubungi Mira tetapi Mira tidak pernah membalas penggilannya mahupun mesejnya. Zul tidak putus asa, setiap sebulan atau dua bulan sekali dia akan meninggalkan mesej di telefon Mira sama ada ucapan maaf atau tanya khabar.

Setahun kemudian, barulah Mira membalas mesej tersebut tetapi dengan perasaan dingin. Hatinya telah tawar. Mira hanya akan membalas satu daripada beberapa mesej yang dihantar. 

Zul tidak berputus asa tetapi tidak mendesak kerana takut akan terus kehilangan Mira. Pada Zul hatinya sudah cukup bahagia kerana kini Mira sudah mahu membalas mesejnya walaupun Zul tahu Mira masih tidak mahu bercakap dengannya. Malah, dia juga tidak tahu di mana Mira tinggal sekarang ni. Zul berasa lega kerana Mira tidak menukar nombor telefon bimbitnya.

Kadang-kala, Mira merasa geram juga apabila mendapat mesej daripada Zul yang selalu mengatakan dia asyik teringat akan dirinya apabila berada di tempat-tempat yang mereka selalu bersama dahulu. Pada Mira, buat apa dikenang perkara yang lepas?

Diam tak diam, sebulan lagi genaplah dua tahun mereka tidak bertemu. Sengaja Mira mengingatkan bahawa sudah hampir dua tahun mereka tidak bertemu. 

Serta-merta Zul menyatakan bahawa dia ingin bertemu dengan Mira selepas tarikh pilihanraya. Mira hanya mendiamkan diri.

Dua minggu kemudian, Zul mesej lagi mengajak Mira untuk bertemu.

'Maaf. Saya belum bersedia.' balas Mira.

'Baiklah, saya akan tunggu sehingga Mira bersedia.' balas Zul sedikit hampa dengan jawapan Mira. 

Sebulan berlalu, Mira menerima mesej berbunyi, 'Mira, sudahkah awak bersedia?'

Mira hanya tersenyum dan membalas, 'Boleh tak awak tunggu sehingga saya habis pengajian saya dahulu?'

Setengah jam kemudian, Mira menerima mesej berbunyi, 'Baiklah, saya setia menanti. Selepas ini saya tidak akan sms lagi. Saya tidak mahu mengganggu Mira belajar. Tidak sms bukan bererti saya lupakan Mira. Semoga kita akan bertemu juga satu hari nanti. Salam'


P/S : Apa akan jadi dengan hubungan mereka ini ya? Apa pendapat kamu tentang karekter mereka berdua ini? Sengaja saya tidak dedahkan konflik yang berat-berat di sini kerana ianya hanyalah sedutan cerita dari keseluruhannya.





Alhamdulillah rezeki Dell minggu ini. Seseorang yang merupakan sahabat baik Dell memberi cenderamata dari India dan Filipina. Sahabat Dell ini selalu merantau ke negara orang. Semoga Allah melapangkan pintu rezekinya. Amin...

Semalam ketika Dell dalam perjalanan hendak ke rumah sahabat baik Dell di Nilai, Dell singgah di gerai Cendol Bakar Dengkil. Hari pula terlalu panas. kiranya memang waktu yang sesuai Dell singgah. Gerai ni baru dibuka di sini. Cendol Bakar ni popular di Kuala Selangor sehinggalah terpilih masuk di dalam program JJCM TV3. Banyak pilihan cendol yang dijual di sini.

Dell memilih Cendol VIP. Harganya RM2 tetapi kiranya puaslah makan. Rasanya manis dan cukup bahan yang diletakkan di dalamnya. Dell suka kerana cendolnya halus dan mereka guna kacang merah bukan kacang panggang. Cendol dengan kacang merah memang kegemaran Dell. 

Cubalah makan cendol di sini, memang berbaloi!


Pada hari Jumaat minggu hadapan (31 Mei 2013) ini, Dell akan menghadiri Bengkel Tesis Cepat Siap dan Mendeley yang akan diadakan di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM. Mujur ada sahabat beritahu Dell tentang bengkel ini. Nyaris-nyaris terlepas. Apabila Dell membaca tentatif yang akan diadakan, Dell agak tertarik dengan Mendeley. Dell tak pernah dengar perkataan ini. Lalu Dell mencari maklumat di internet dan barulah faham sedikit tentang penggunaannya itu. 

Dell harap Mendeley ni dapat membantu Dell dalam mencari rujukan secara online di internet dengan lebih cepat dan tepat. Tak sabar rasanya untuk menimba ilmu pengetahuan yang baru. Woha!


Dell sudah membuang mereka-mereka yang negatif dalam hidup Dell. Buat apa kita hendak bersama dengan mereka yang ada penyakit 'hati' ni? Lama-lama, kita yang sakit hati. Jangan sesekali berasa menyesal dan sedih meninggalkan parasit ini dalam hidup kita. Jika kita berada di jalan yang benar, insyaAllah Tuhan akan memberi kita mereka-mereka yang lebih baik dan jujur. Malahan, peluang kita untuk berjaya akan terbuka lebih luas tanpa disangka-sangka walaupun ada halangannya. Ingat, doa insan yang teraniaya ni dimakbulkan Tuhan tanpa hijab. Maka, kita haruslah menggunakan peluang yang ada dan bertawakal setelah berusaha.

Semalam, Dell menerima sms daripada seseorang yang ingin bertemu dengan Dell setelah dua tahun tidak bertemu. Dell menolak dengan cara baik. Dell memang belum bersedia untuk bertemu dengannya atas alasan-alasan tertentu. Biarpun apa yang berlaku sudah berusia dua tahun, tapi parutnya tetap ada. Lagipun, dia dan gengnya pun pernah memperkecilkan Dell dulu. Cukuplah perbuatan mereka itu.

Sekarang ini, Dell hanya fikir tentang masa depan Dell terutama PhD Dell. Lagipun, ada banyak perancangan Dell untuk masa depan. Usaha tangga kejayaan. Jangan biarkan parasit seperti ini membunuh kita dalam diam. Anggap sahaja mereka itu pencetus motivasi kita agar lebih berjaya. 

Ingat rezeki kita terletak pada Allah, bukan di tangan mereka. Jika kita berterusan meratap perbuatan mereka, kita tidak akan ke mana-mana malah turut membuang masa. Percayalah cakap kak Ton... Eh, silap! Percayalah cakap Dell ini. Hehehe... Chaiyok!