Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya
Ya Allah, permudahkanlah...
Minggu lepas, Dell menghadiri mesyuarat GMJ-ME setelah lebih sebulan tiada mesyuarat. Kelam kabut juga Dell bergegas ke UPM setelah habis tugas di INTI Universiti. Seperti biasa, kami akan membincangkan status artikel yang diterima untuk terbitan seterusnya. 

Dell mencadangkan untuk membuat templet kecil sebagai hebahan ketika hari kemasukan siswazah pada bulan September nanti. Jadi, Dell perlu me'reka' templet tersebut sebagai promosi.

Dell tidak sangka kali ini, Prof. Dr. Md. Salleh bertanyakan kepada Dell sekiranya Dell sudah mula menulis artikel jurnal untuk dihantar ke mana-mana. Secara jujur, Dell mengatakan yang Dell belum menulis jurnal lagi kerana Dell masih lagi berperang dalam pembinaan perisian. Risau juga sebenarnya sebab antara syarat kelulusan PhD ialah siswazah perlu terbitkan dua jurnal. 

Semalam, kami bermesyuarat dengan pihak iDEC UPM mengenai pembangunan dan penyelenggaraan sistem E-Jurnal GMJ-ME ini. Pelbagai isu yang diketengahkan untuk penambahbaikan terutamanya dari segi penempatan server memandangkan sistem E-Jurnal ini membawa imej UPM di dalam dan di luar negara.

Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar.

"Dilla, doakan untuk saya ya..."

Mulakan segala-galanya dengan Bismillah... Semalam Dell meluangkan masa berjalan-jalan di Alamanda selepas Dell bertugas di INTI University. Saja jalan-jalan. Ikutkan Dell hendak mencari kasut atau sandal dan Dell hendak melihat model kamera digital.  Sedang Dell melayani perasaan 'window shopping', tiba-tiba telefon bimbit Dell berbunyi. Rupa-rupanya ada sms yang diterima, berbuny


Berminat Membaca

Kenapa caj murah sangat?

Aku seorang guru Ada yang bertanya kepada Dell, "Mengapa caj yuran tuisyen terlalu murah sedangkan mengajar lebih daripada dua subjek?" Dell memang tak boleh menjawab persoalan itu. Dell berasa sangat gembira sekiranya anak-anak murid yang Dell ajar berjaya dunia dan akhirat.  Setiap kali Dell mengajar mereka... Dell akan titipkan sedikit cerita motivasi dan sedikit nasihat berla


Berminat Membaca

Bertuah diriku Mereka mengambil berat

Hari Isnin lepas, Dell berpeluang berjumpa dengan supervisor. Setiap kali berjumpa dengan supervisor, Dell akan berasa sangat lega kerana dapat selesaikan beberapa perkara. Manakala pakar bidang yang kedua, Dell hanya dapat berbalas sms sahaja dengan beliau kerana beliau ada hal di luar. Dell berasa sangat bertuah kerana supervisor, ahli jawatankuasa dan pakar-pakar bidang yang Dell temui


Berminat Membaca
Sebelum bulan Ramadan tempoh hari, Dell berkesempatan mengunjungi rumah salah satu keluarga angkat Dell. Sementara Dell menunggu mak angkat Dell berbual dengan tukang buat rumah (dia memperbesarkan rumah sedikit), anaknya mengadu kepada Dell bahawa dia tak lulus subjek yang dia belajar tuisyen dengan seseorang ini. Kebetulan hari itu, dia baru mengambil report card.

Dell bertanya, "Laa... Mengapa jadi begitu?"

Dia terus kompelin bahawa guru tuisyennya tu terlalu garang dan suka marah-marah. Dia terasa cikgunya itu tidak ikhlas mengajarnya. Dia mengaku bahawa dirinya agak slow hendak menangkap apa yang diajar. 

Dell bertanya adakah dia ada melawan kata-kata cikgunya itu. Dia menidakkan dan biasanya dia diam sahaja walaupun cikgunya itu berterusan membebel.

Pelik juga Dell kerana cikgu tuisyennya tu cikgu lelaki. Jarang cikgu lelaki ini suka membebel.

Sedang kami berbual, ibunya masuk ke dalam rumah lalu anaknya terus meminta izin hendak belajar tuisyen dengan Dell. 

Dia berterusan kompelin tentang cikgu yang garang itu kepada ibunya menjadi punca penyebab dia tak lulus subjek itu. Dia tak boleh belajar dengan cikgu yang sangat garang.

Ibunya kata boleh dan memintanya bersabar sehingga selepas bulan Syawal nanti. Dan terpulang kepada Dell jika setuju untuk menjadi guru tuisyennya. 

Dell bersetuju dan cuba yang terbaik untuk mengajar anaknya nanti.

Bersinarkah Ramadan dan Syawal?

Salam Ramadan semua, Semalam Dell terbaca beberapa status di facebook yang berbau kesedihan (malah ada yang berbunyi, 'Mengapa bulan ramadan datang lagi kali ini?' dan 'Aku tidak suka lihat kawan-kawan aku sibuk update tentang kemeriahan raya') oleh beberapa rakan yang dikenali akan kehadiran bulan Ramadan dan Syawal ini.  Ini kerana mereka kehilangan ibu atau ayah mereka pada bulan R


Berminat Membaca

Program Smarts Defensive System (SDS)

Alhamdulillah, pada hari Sabtu (6 Julai 2013) lepas, Dell berpeluang bersama-sama dengan geng Smarts Coach di dalam Program Smarts Defensive System (SDS). Program ini diadakan di Fazilah Kamsah Akademi (FKA) untuk sesi pagi dan di PLKN Hazira, Sepang untuk sesi petang.  Dikenali juga sebagai Program Pencegahan Jenayah Apa itu SDS? Ianya merupakan satu sistem kemahiran asas dalam mempe


Berminat Membaca

National Library of Singapore - Bhgn. 8

Dell berpeluang memasuki National Library of Singapore dan Dell sangat kagum dengan tersusunnya sistem dokumentasi di situ.  National Library of Singapore Dell suka tempat simpanan barang di sini.   Dell tidak berani hendak mengambil foto di dalam perpustakaan. Tapi Dell kagum cara mereka kodkan buku-buku mereka tu. Dell juga kagum dengan susunan pameran-pameran mereka.


Berminat Membaca

Universal Singapore Studio - Bhgn. 7

Terlupa Dell hendak update kisah di Singapore dulu tu. Nak jadikan cerita, kami semua pergi ke Universal Singapore Studio (USS) pada hari kedua kami di sana. Pagi-pagi lagi kami sudah sampai di sana dalam pukul 9.00 lebih pagi.  Ketika menunggu di pintu masuk USS Dell memang teruja ketika berada di dalam USS nie. Banyak pengalaman dan ilmu mengenai perfileman yang Dell perolehi di sini.


Berminat Membaca

Aku lulus dalam seminar itu

Perancangan itu penting Hari Khamis lepas ketika berada di kampung, Dell teringat tentang seminar tesis yang Dell risau sangat-sangat tentang keputusannya. Dengan perasaan berdebar-debar, Dell semak portal pelajar dan alhamdulillah Dell lulus di dalam perbentangan seminar tesis itu. Mungkin ada yang beranggapan, "Alah, setakat seminar bukan apa pun!". Benar, tapi Dell mengganggapnya pentin


Berminat Membaca

Di hari pertunangan sahabat baikku

Dell bersama Camy Hari Ahad lepas (30 Jun 2013), Dell menemani sahabat baik Dell iaitu Camy sempena hari bersejarahnya, majlis pertunangan. Majlis dibuat hanya kecil-kecilan sahaja. Kami sudah bersahabat sejak kami berusia 8 tahun. Kami sangat rapat waktu itu dan tidak mengetahui bahawa rupa-rupanya kami bersaudara. Suka-duka kami sentiasa bersama sehingga kini. Siapa tunangannya? Jeng...


Berminat Membaca
Page 1 of 26712345...267Next