Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Raya Sakan!



By  Kakdell     Khamis, Ogos 29, 2013    Labels:, 
Menunggu tetamu sambil menjawab ucapan raya... hehehe....
Hampir sebulan Dell menyepikan diri setelah Hari Raya Aidilfitri menjelma. Sibuk menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti di kampung. Hehehe...

Kepulangan Dell ke kampung kali ini, Dell banyak menemani mama Dell keluar membeli-belah barangan selain kerap pergi ke bazar Ramadan sekitar Kluang. Maklumlah, Dell balik awal iaitu seminggu sebelum raya.

Di malam raya, Dell sudah menikmati juadah nasi impit, rendang daging dan sambal kacang. Juadah kegemaran Dell sejak dulu sehingga kini. Raya kali ini, Dell hanya membuat satu sahaja biskut raya kegemaran Dell iaitu Cornflakes Madu. Ingatkan Dell nak buat biskut Sugi tapi memandangkan biskut raya yang dibeli oleh Dell dan mama Dell ada beberapa jenis, ditakuti membazir. Dan benar, rezeki kali ini melimpah ruah, ada pula saudara-mara yang datang memberi kami beberapa jenis biskut raya, kek dan kerepek.

Biskut Cornflakes Madu, biskut kegemaran Dell...

Antara biskut raya yang dihidangkan selain kerepek...
Juadah di rumah Dell pada hari raya pertama ialah nasi impit, ketupat, rendang daging, sambal kacang, ayam masak kurma dan sambal jawa. Di pagi raya, seperti biasa Dell akan menukar dulang sesama jiran terdekat (bertukar juadah). Sambil-sambil tu, Dell beraya sekali. Soalan yang popular Dell kena jawab ialah "Bila habis belajar?" dan "Bila nak kahwin?" Fuhhh...

Selepas sembahyang raya, saudara-mara terdekat datang berhari raya di rumah Dell. Sebelah petang, Dell pergi pula ke rumah mereka. Sebelah malam, Dell berehat sambil menonton televisyen. Dell menunggu kepulangan keluarga pakcik pada hari raya kedua.




Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

2 ulasan:

  1. wah byknye kuih raya kakdell. heheh cx pon suke cornflakes madu. sdp kan? hee. kalo pegi uma org, cx msti mkn byk. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, tahun ini biskut raya ada pelbagai jenis. Ada yang saya tidak muatkan di dalam gambar. Malas pula hendak mengambil gambarnya. Biskut cornflakes madu memang Dell suka buat sebab senang sangat. :)

      Padam