Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Program Advanced Train The Trainer - PACT (PROFESSIONAL ASSOCIATE CERTIFIED TRAINER)



By  Kakdell     Rabu, Mac 19, 2014    Labels:,,,, 
Alhamdulillah... Pada hari Ahad lepas (16 Mac 2014), Dell dapat mengikuti Program Advanced Train The Trainer - PACT (Profesional Associate Certified Trainer) di Fazilah Kamsah Akademy (FKA) bersama tim Smarts Coach. Program ini adalah sambungan daripada Bengkel Train the Trainer yang diadakan pada 18 Jun 2013 lalu, yang mana Dell turut berpeluang menghadirinya.

Sebenarnya, Dell tidak sangka dapat peluang mengikuti program PACT ini kerana yuran sebenarnya ialah RM6500 untuk modul selama 5 hari. Dell bertuah kerana tidak perlu mengeluarkan apa-apa kos untuk mengikuti program ini.

Program Advanced Train The Trainer - PACT (Profesional Associate Certified Trainer) selama 5 hari. 

Program ini akan dikendalikan oleh tiga fasilitator yang pakar dalam bidang kejurulatihan iaitu Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, Dr. Hj. Tengku Asmadi Tengku Mohamad dan Hj. Tajodin bin Sanusi. Dalam program ini, kami akan didedahkan dengan 4 modul iaitu :

  • Modul Super Trainer in the Making (STriM) oleh Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah.
  • Personal Branding For Trainers oleh Dr. Hj. Tengku Asmadi Tengku Mohamad.
  • Developing Outdoor Games and Events (DODGE) dan 
  • The Creative Trainer oleh Hj. Tajodin bin Sanusi.

Untuk hari pertama program, kami didedahkan dengan Modul Super Trainer in the Making (STriM) bersama-sama Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah.

Modul Super Trainer in the Making (STriM) bersama-sama Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah.
Banyak ilmu yang Dell belajar di sini untuk menjadi seorang trainer. Antara kandungan modul STriM yang dipelajari ialah :

  • Profile Super Trainer yang bersyukur.
  • Reset Minda & anjakan paradigma.
  • Mengenal diri & Faktor 'X' ST.
  • Falsafah hidup Super Trainer.
  • Falsafah training Super Trainer.
  • Modus Operandi menjadi Super Trainer.
  • 30 Petua untuk menjadi Super Trainer.

Kami juga didedahkan dengan ilmu mengenali watak seseorang melalui bulan kelahiran, garisan tapak tangan, bentuk jari, bentuk rambut, bentuk tulisan dan lain-lain.

Peserta-peserta program

Sepanjang program, kami semua asyik ketawa tidak berhenti-henti dengan telatah Dato' yang mencuit hati. Dell tidak terkecuali beberapa kali 'terkena' dengan Dato', maklumlah beliau pandai membaca karektor seseorang. Habis kami semua kena 'scan' dengan Dato'.

Alhamdulillah, Dato' memberi maklum balas positif dan akan menulis prakata untuk buku pertama kami yang bertajuk 'Rahsia 100 Impian : Daripada Corot menjadi Pakar'

Dell tidak sabar untuk menghadiri kesemua modul di bawah program ini nanti. Masih berbaki 4 hari. :)


Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan