Segmen 'Jalan-Jalan Cari Makan' hari ini, Dell dan keluarga sepupu makan tengah hari di Restoren Cempaka Rimba di Mall Billion, Bandar Baru Bangi. Maklumlah, kami agak kepenatan dan lapar selepas hampir seharian di Majlis Konvokesyen Sarah di UPM hari ini.
Kami telah memilih Lauk Telur Bungkus saiz kecil, Tom Yam Campur saiz sederhana, Ayam masak Halia saiz kecil dan Sayur Kailan Ikan Masin saiz kecil dua pinggan. Kami berempat memilih air jus yang berbeza mengikut citarasa masing-masing.
Masakan di sini agak sedap dan berasa. Nasi pun lembut. Cuma pada Dell rasa Tom Yam dan air jus agak kureng sikit, bukan tidak sedap tetapi pada Dell kurang pekat rasanya. Harga kesemua yang diorder dalam RM50. Apa-apa pun, Dell rasa puas makan di sini. :)
Dah besar dah sepupu Dell nie... Esok dia akan naik ke atas pentas untuk menerima skrol Ijazah dengan kepujian dalam bidang Teknologi Makanan. Bangga melihatkan ada juga beberapa produk yang dia hasilkan bersama kumpulannya dipaparkan di televisyen dan suratkhabar.
Dulu masa Dell mengambil skrol Ijazah buat kali pertama... dia masih lagi sekolah menengah. Cepat benar masa berlalu, sekarang ni pun dia sudah bekerja dengan syarikat Jepun. Dell berharap sepupu Dell ni melanjutkan pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi dan berjaya dalam hidupnya. :)
Alhamdulillah, berjaya juga Dell membantu mendapatkan peserta tambahan dalam 20 orang untuk membantu AJK lain dalam menganjurkan bengkel SPSS ini. Almaklumlah, 40% markah kami untuk kursus ini ialah penganjuran bengkel ini. Nasib baik, salah seorang sahabat Dell di pejabat membantu mengedarkan emel Dell di halaman siswazah fakulti. Lepas ni, Dell hendak siapkan buku program pula. Harap-harap hari Isnin ni siap dicetak, insya-Allah.
Diam tak diam, dah sebulan Dell memasuki kuliah. Terasa masa berlalu sangat pantas dan kami semua perlu bersedia untuk perbentangan dan penghantaran tugasan besar. Getaran sudah terasa.
Pada 11 April 2011, ada satu wawancara khas bersama Seniman Negara, Y. Bhg. Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin di FBMK, UPM. Dell berpeluang mengikuti press conference di Bilik Anjung Bestari.
Banyak maklumat yang Dell dapati melalui jawapan yang diberikan oleh Tan Sri setelah ditemuramah oleh para wartawan dan pelajar-pelajar komunikasi. Tan Sri benar-benar berjiwa patriotik. Banyak kali beliau menekankan betapa pentingnya ilmu sejarah dan perjuangan.
Selepas press conference tamat, Dell tidak melepaskan peluang ingin menyimpan autograph beliau.

Panjangkan tandatangan beliau!
Selepas majlis selesai, Dell ingatkan hendak masuk ke pejabat semula tetapi urusetia yang menganjurkan wawancara ini meminta Dell serta beberapa orang staf mewakili FBMK untuk menemani Tan Sri makan tengah hari. 'Pucuk di cita ulam mendatang' namanya tu. Hehehe...

Sebelum Tan Sri pulang, Dell minta kebenaran hendak mengambil gambar bersama beliau. "Boleh... ini anak saya ni!" katanya kepada para wartawan. Tak pasal-pasal wartawan pun mengambil gambar diriku dengan beliau. Asalnya, Dell minta kawan ambilkan gambar melalui kamera hp Dell je.
Itulah kenangan Dell bersama aktor yang terkenal zaman dulu-dulu... ;)
Selepas menghadiri Bengkel Penolong Pengarah Filem/TV di FINAS, Dell mengikut Husna dan kawan-kawannya pergi ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Kami pergi ke sana selepas waktu pejabat. Suasana agak lengang sedikit, mungkin kerana hari sudah petang... tambahan pula hari bekerja. Jadi, Dell menggunakan peluang ini untuk mencari buku-buku yang dikehendaki sesuai dengan bidang penyelidikan yang Dell hendak lakukan.
Sedang Dell dok mencari buku... tiba-tiba ternampak pula Datuk A. Samad Said sedang melancarkan buku beliau di suatu sudut terbitan PTS. Jadi, ketika beliau sedang membaca sedikit isi kandungan buku tersebut... dapatlah Dell bergambar dengan beliau.
Kami terserempak juga dengan budak genius matematik, Adi Putra di sana tetapi kami malas nak bergambar dengannya memandangkan hari sudah malam dan kami semua keletihan dan kelaparan, dalam minda cuma hendak pulang segera.
Kami semua tidak sempat hendak melewati kesemua booth yang ada. Tapi, Dell agak gembira kerana sekurang-kurangnya Dell jumpa sebuah buku yang benar-benar memenuhi citarasa Dell. Ilmu di dalam buku itu benar-benar akan membantu penyelidikan Dell nanti. Walaupun buku itu adalah terbitan lama pada tahun 2007, dengan warna muka suratnya yang lusuh dan kulit bukunya ada kerosakan sedikit... Dell tidak kisah. Yang penting adalah ilmu di dalamnya dan alhamdulillah pengedarnya telah menelefon Dell malam itu dan bersetuju memberi diskaun lagi sebanyak 50% memandangkan Dell seorang sahaja yang berminat hendak membeli buku tersebut. Dari RM84 dikurangkan lagi harganya ke RM42... syukur...
Hari Ahad depannya pula, Dell ke sana lagi untuk mengambil buku tersebut dan mencari buku-buku yang lain pula.
Jauh perjalanan kami pada hari itu... dari pagi sehingga petang di FINAS selepas tu ke PWTC pula dari UPM selepas waktu bekerja.
Apa-apa pun, kami semua sangat gembira kerana dapat membeli buku-buku yang diidamkan masing-masing.
Dell terasa bertuah kerana dipelawa oleh Dr. Fazilah Husin untuk mengikuti bengkel sebegini ketika bekerja di FBMK dulu. Dell membantu Dr. F memastikan pelajar-pelajar komunikasi (penyiaran) yang terlibat semuanya berkumpul di hadapan fakulti selewat-lewatnya pada pukul 8.00 pagi. Ikut perancangan, kami perlu perlu bertolak dari fakulti ke FINAS selewat-lewatnya pada pukul 8.00 pagi untuk mengelakkan lewat sampai ke destinasi.
Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kami bertolak agak lambat pagi itu... kira-kira dalam pukul 8.20 pagi dengan menaiki kenderaan fakulti. Dalam pukul 9.15 pagi, kami sampai di FINAS.
Inilah ia bengkel yang kami semua ikuti... Bengkel Penolong Pengarah Filem/TV anjuran Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Kami semua agak teruja mengikuti bengkel ini kerana bukan senang hendak mendapat peluang ini, tambahan pula kami semua dipelawa oleh FDAM mewakili UPM untuk ke bengkel ini.
Ada tiga orang pengarah filem yang terkenal memberi ceramah dalam bengkel ini iaitu En. Othman Hafsham, En. Aziz M. Osman dan En. Ahmad Ibrahim (Presiden FDAM).
Banyak yang kami pelajari daripada pengalaman pengarah-pengarah filem nie. Tapi kebanyakan isu yang diutarakan oleh En. Othman Hafsham, Dell dapat kaitkan dengan pengalaman Dell ketika berada di set pengambaran Drama 'Iftitah' dulu. Ini memudahkan Dell memahami apa yang dikatakan oleh beliau.
Memandangkan ada ramai peserta bengkel adalah warga asing semua ceramah disampaikan di dalam bahasa Inggeris. Di antara ketiga-tiga penceramah, Dell lebih tertarik dengan perkongsian maklumat dari En. Othman Hafsham walaupun kelakar tetapi berisi.
Antara tips-tips beliau untuk berjaya ialah disiplin, komitmen dan tepati masa, yang paling penting mesti rasa gembira dengan kerja yang kita buat supaya kita ada rasa ghairah dan semangat untuk meneruskan kerja itu.
Berpeluang bergambar dengan pengarah-pengarah terkenal tersebut ketika berkongsi ilmu... dari kiri; En. Ahmad Ibrahim dikenali juga sebagai Mat London (Presiden FDAM), En. Aziz M. Osman dan En. Othman Hafsham.
**********
Ketika makan tengahari, kami berpeluang makan di cafe FINAS... cantik sungguh hiasan di dalamnya! Dell dan beberapa staf UPM tak join makan dengan mereka semua kerana tak sanggup beratur panjang, lagipun nak kejar masa. Antara hiasan-hiasan yang terdapat di cafe FINAS boleh dilihat dalam gambar-gambar di bawah.
Dalam pukul 3.30 petang, bengkel tersebut pun berakhir. Dell sangat gembira dengan perkongsian ilmu tersebut. Apa-apa pun, yang penting kita 'enjoy!'













