Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya
Pada 3hb November lepas Dell berpeluang pergi ke Majlis Aqiqah cucu kepada bapa angkat Dell iaitu Kamaludin Mat Lela di Kuala Selangor. Dell pergi ke sana bersama dengan sepupu Dell, Masittah. Cucu-cucu bapa angkat Dell ni comel-comel belaka.

Banyak hidangan yang dihidangkan. Salah satunya ialah kambing panggang. Tapi Dell tak boleh makan sangat waktu tu sebab tekak Dell kena ulser, nak telan air liur pun sakit. Dell cuma makan salad dan kuih-kuih yang manis je. Huhu. Geram je tengok sepupu bedal macam-macam makanan.

Seronok melihat bilik study abah ni. Buku bersusun dah macam kat perpustakaan. Banyak sungguh bukunya. Abah Dell ni bekas wartawan Utusan Malaysia. Jadi, banyaklah kisah-kisah yang dikongsikan kepada kami. Kalau ada sesiapa yang hendak temuramah beliau mengenai kewartawanan, jumpalah beliau. Mama pula sibuk layan saudara mara dan sahabat handai yang datang ke majlis ni.

Nota :
  1. Suatu hari nanti Dell nak wujudkan perpustakaan di rumah sendiri (bilik khas untuk buku).
  2. Seronok kerana dapat buku percuma jika melawat bapa angkat Dell ni. :)


Sudah seminggu Dell meninggalkan blog kesayangan Dell ni. Al-maklumlah, sibuk ke hulu dan ke hilir. Hari Ahad lepas, sepupu Dell melangsungkan perkahwinannya. Jadi Dell dan saudara-mara lain balik ke Kluang, Johor.

Inilah dia sepupu Dell, Azliza dengan pasangannya Jamil.

Button khas untuk keluarga yang terdekat! Woha! ~comel button tu~

Kali ni, Dell pulang ke kampung tumpang saudara (keluarga sepupu) Dell dari Ipoh, Perak. Mujur kereta mereka ada kosong. Untung juga kerana merasa naik Alza baru, hehehe... Malam Sabtu, kami bertolak dari rumah Dell. Kami singgah makan di RnR Seremban. Sedap lauk udang galah rendang yang dimasak oleh ibu sepupu. Banyak ekor juga yang Dell rembat! 

Selepas majlis di Kluang selesai, Dell ikut saudara melawat saudara mereka di Kota Tinggi. Dah lama Dell tak ke Kota Tinggi. Masakan saudara sangat sedap, ikan masak asam pedas, kangkung goreng belacan dan ayam goreng rempah menepati citarasa Dell. Puas Dell makan berkali-kali.

Dell turut berpeluang memandu Alza kepunyaan saudara sehingga puas! Seronok juga memandu kereta MPV ni. Ni yang terasa hendak menukar kereta baru!!! ~Sabar wahai hati.. tunggu sehingga habis belajar...~

Hari Isnin malam, baru kami sampai di rumah Dell. Mereka semua bermalam di rumah Dell sebelum bertolak ke Perak, hari dah lewat sangat. Selepas subuh, baru mereka bertolak ke rumah Tanjung Malim sebelum ke Ipoh.

~Perjalanan yang menyeronokkan ;)~
Minggu ni mood agak slow sikit. Maklumlah lama sangat lepak di kampung. Balik dari kampung, sakit tekak pula tambahan terasa macam demam sikit, tu yang membuatkan terasa malas je. Mujur ada kawan-kawan berdekatan, dapat juga lepak-lepak dengan mereka. Kalau malas nak keluar, chat je dengan mereka.

Walaupun kini Dell sudah tidak bekerja, talian telefon Dell tetap berdering seperti biasa. Jadi, tidaklah terasa sunyi. Sepupu pun selalu juga datang lepak di rumah Dell. Kalau bosan sangat, Dell lepak di rumah kawan-kawan pula. 

Dell masih lagi menjadi Administrator untuk Global Media Journal-Malaysian Edition (GMJ-ME). Sekali-sekala dapat berhubung dengan orang luar melalui mesyuarat. Dapat input baru. Mujur Dell dapat menguruskan jurnal ini di rumah.

Esok Dell akan ada perbincangan untuk laporan bengkel yang telah Dell tulis selepas disemak oleh pensyarah. Katanya, insyaAllah dapat markah penuh. Cuma Dell perlu buat sedikit pembetulan mengikut apa yang diminta. Alhamdulillah. Lega rasanya. 

Sepatutnya, esok petang Dell perlu kemukakan borang soal selidik yang berkaitan dengan penyelidikan Dell tapi tulah ilham belum datang lagi. Tambahan mood yang agak kureennnggg ni, lagilah terasa malas hendak buat. Tapi tetap kena buat juga sebab ada markah beb. Harap-harap dapat ilham esok pagi. 
Masih Dell ingat kali pertama menjejakkan kaki di atas pentas UPM untuk menerima skrol BA (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) pada 30 Julai 2005. Waktu itu terasa tidak percaya Dell sudah berjaya pada peringkat yang pertama. 

Dua tahun kemudian, Dell melanjutkan pengajian dalam bidang yang sama. Ketika itu, Dell sedang bekerja di Research Management Centre (RMC) UPM. Waktu itu, pegawai dan bos di sana memberi galakan kepada stafnya untuk sambung belajar. Ramai rakan-rakan sekerja sedang sambung belajar waktu itu.

Akhirnya, pada 9 Oktober 2010, Dell berjaya mendapatkan skrol Master Bahasa Melayu di atas pentas. Waktu itu, Dell bertuah kerana sesi penyampaian skrol dilaksanakan oleh Tuanku Sultan Selangor. Merasa bersalaman dengan Sultan Selangor.

Alhamdulillah, pada tanggal 28 Jun 2011, Dell sekali lagi telah naik ke atas pentas UPM untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) UPM. Anugerah disampaikan oleh Dato' VC UPM iaitu Y. Bhg. Dato' Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi. Itulah kenangan Dell sebelum menamatkan perkhidmatan dengan UPM pada tahun 2012 ni. 

NOTA :
Tak sabar untuk naik ke atas pentas sekali lagi untuk menerima skrol Ijazah Doktor Falsafah pada tahun akan datang... insyaAllah... 
Isu mengenai kad kredit ni sentiasa disebut-sebut. Paling ditakuti ialah bankrap di usia muda. Dulu ketika masih belajar, Dell pernah menyuarakan hasrat tidak menggunakan kad kredit sebab takut berhutang banyak dan muflis jika tidak dapat bayar hutang-hutang tersebut. Tetapi pada tahun 2009, Dell terpengaruh juga dengan tawaran penggunaan kad kredit oleh agen dari Bank Rakyat yang menyatakan kad kredit tersebut berlandaskan islamik, tambahan akan mendapat mata untuk umrah atau percutian. Mujur had limit kad kredit Dell cuma RM3000 je. 

Sebelum Dell mempunyai kad kredit, biasanya Dell akan membeli barangan secara tunai atau buat ansuran bulanan untuk barangan yang Dell mampu. Tetapi sejak sudah ada kad kredit ni, kadang-kala Dell terbabas juga membeli barangan yang diminati terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, Dell akan pastikan setiap bulan Dell akan membayar melebihi bayaran minima yang ditetapkan. 

Pada Dell kelebihan kad kredit ini ialah apabila kita ada kecemasan seperti kereta rosak atau pun ketika kita kehabisan wang tunai di tangan dan mesin ATM kehabisan tunai. Hal ini, selalu terjadi pada Dell, jadi Dell terpaksa menggunakan kad kredit.

Apa-apa pun, Dell sedaya upaya melimitkan penggunaan kad kredit ni. Kalau boleh, cuba tak nak gunakan kad ini untuk jangkamasa yang lama dan untuk kecemasan sahaja.

NOTA :
  1. Boleh hendak guna kad kredit tetapi pastikan ada tabungan simpanan duit lebih di tempat lain yang langsung tidak diusik. 
  2. Pastikan tidak menjadikannya habit dan jangan jadi shopaholic!
  3. Bayaran bulanan hendaklah melebihi bayaran minima yang ditetapkan.
Benar apa yang dikatakan oleh Albert Einstein tu. Tanpa angan-angan atau impian, apa yang kita imaginasi itu tidak akan wujud. Tetapi, sebagai orang Islam jika impian, angan-angan atau cita-cita itu di jalan kebaikan walaupun agak lambat nampak hasilnya... percayalah jalan menuju ke situ akan dipermudahkan oleh-Nya dengan tidak kita sangka-sangka. Yang penting, kita kena rajin berusaha, berdoa dan tawakal. 

Pengalaman Dell sendiri, untuk sampai ke tahap ini terlalu banyak dugaan yang perlu ditempuhi. Tak perlu jauh, ketika Dell berada di semester satu pengajian... Dell DIPERLI habis-habisan di dalam mesyuarat staf, depan semua staf yang hadir dalam mesyuarat itu. Dikait-kaitnya tentang pengajian PhD Dell. Sedangkan pengajian Dell tiada kaitan langsung dengan soal kerja dan mesyuarat itu (dalam mesyuarat itu cuma nak beritahu ada beberapa staf kena tarik ke tempat lain kerana kekurangan staf, seksyen Dell terlibat sama. Jadi, Dell perlu uruskan Seksyen Penyelidikan dan Inovasi keseorangan). Terasa AIB juga. Panas je hati mendengarnya. Dell malas nak bertekak, Dell buat dengar tak dengar je apa yang 'orang' tu kata walaupun 'dia' sengaja ulang berkali-kali dengan suara yang kuat (nak tarik perhatianlah tu). Nasib baiklah, ada seorang staf ini pun menyampuk "Dia diam tu, maknanya dia dah redha la tu. Buat apa nak cakap macam tu?". Barulah 'orang' tu diam. ~Ini cerita ketika Dell masih bekerja, sebelum mendapat tawaran biasiswa KPT tu~

Cuba bayangkan, Dell cuma sambung belajar je dah ada orang PERLI-PERLI. Bukan orang jauh pun, orang berdekatan je. Waktu tu, ramai terkejut Dell dah sambung belajar sebab Dell memohon senyap-senyap. Mungkin Dell diPERLI begitu kerana mereka sangka Dell akan bekerja lama di tempat itu. Sebenarnya, mereka langsung tak terfikir yang Dell akan tinggalkan tempat kerja itu secara drastik kerana telah memohon biasiswa. Bila kau mohon? ~Dell letak jawatan berkuatkuasa 31 Ogos 2012~

Pada tahun 2011 lagi, sudah ada beberapa orang yang berkenaan telah PERLI apa yang Dell hendak buat. Yang PERCAYA dengan isu yang Dell bawa ialah seorang pensyarah ni (sekarang ni dia merupakan supervisor Dell). Sejak isu itu dibincangkan, maka proposal pun disediakan. Yang menyokong proposal itu ialah beberapa orang profesor yang nampak hasilnya pada masa akan datang.

Alhamdulillah, kini Dell merupakan pelajar sepenuh masa dengan biasiswa penuh dan penyelidikan kami mendapat geran penyelidikan. Dell sudah tidak perlu lagi memikirkan soal kerja di pejabat dan hanya perlu tumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran dan penyelidikan.

~HAMPIR KESEMUA PEMENANG NOBEL PERNAH DIPERLI MALAH DIANGGAP GILA OLEH MASYARAKAT DI TEMPAT ITU~


NOTA :
  1. Dell sudah meninggalkan kelompok-kelompok 'mereka' yang negatif. Buang masa.
  2. Salah seorang sahabat Dell (kami bergabung tenaga sebelum ini untuk sesuatu projek tetapi terpaksa membatalkan projek tersebut atas sebab-sebab tertentu termasuk DIPERLEKEHKAN oleh 'SATU KELOMPOK') pun sudah berjaya dengan proposal beliau dengan bosnya untuk mewujudkan satu pusat kecemerlangan di UPM setelah diluluskan oleh Dato VC baru-baru ini. Kami berdua berjuang proposal yang berbeza dalam bidang masing-masing sejak setahun yang lalu dan hasilnya BERJAYA pada HARI yang SAMA. Kami BERJAYA kerana kami TIDAK PUTUS ASA. 
  3. Tidak kira apa pun yang kita lakukan, yang penting ialah ILMU. Tanpa ilmu yang mencukupi, agak sukar kita hendak melaksanakannya.