Tiba-tiba minggu lepas, Dell diminta mengajar pelajar-pelajar sekolah rendah dari darjah 1 - 6 atas kepercayaan Pengetua Pusat Tuisyen. Sedangkan Dell lebih tertumpu kepada pelajar sekolah menengah. Kiranya menyahut cabaran la ni.
Macam-macam ragam. Kebiasaannya, Dell mengajar secara perseorangan atau berdua. Ini di dalam kelas yang majoritinya mempunyai 10 pelajar. Benar-benar menguji kesabaran menghadapi karenah mereka.
Hari Khamis lepas merupakan kelas pertama Dell mengajar pelajar Darjah 1 - 3. Pening juga hendak menyediakan modul mereka memandangkan ada yang masih tidak boleh membaca bercampur dengan mereka yang cepat tangkap pembelajarannya.
Hari Khamis lepas merupakan kelas pertama Dell mengajar pelajar Darjah 1 - 3. Pening juga hendak menyediakan modul mereka memandangkan ada yang masih tidak boleh membaca bercampur dengan mereka yang cepat tangkap pembelajarannya.
Adalah satu kebiasaan apabila pelajar Darjah 3 akan membuat mimik muka tidak puas hati ketika kita menyuruh mereka mengulangkaji pelajaran bermula Darjah 1 semula. Mereka merasakan mereka sudah pandai.
Untuk permulaan, Dell mengajar tentang Huruf Vokal dan Huruf Konsonan. Selepas itu, baru Dell mengajar Kosa Kata Terbuka dan Kosa Kata Tertutup. Rupa-rupanya mereka masih lagi keliru pada peringkat awal. Dell suka mengajar menggunakan PETA MINDA. Mudah hendak faham.
Selepas itu, Dell suruh mereka menyanyikan lagu yang terdapat di atas kertas salinan yang Dell beri kepada mereka. Terkejut mereka. Mereka ingat Dell suka-suka suruh menyanyi DUA lagu iaitu Tanya Sama Pokok dan Jong-jong Inai. Dell suruh mereka senaraikan perkataan yang mempunyai Dua Suku Kata Terbuka, Dua Suku Kata Tertutup dan Tiga Suku Kata Terbuka.
Ketika jam masa Dell mengajar mereka telah tamat, mereka tanya, "Cikgu hendak pergi mana? Tak ajar kami untuk subjek lain?". Dell pun menjawab, "Cikgu mengajar subjek BM sahaja, subjek lain ada cikgu lain ajar. Jumpa lagi minggu depan ya."
NOTA :
Di dalam sesebuah kelas, mesti akan ada seorang anak murid yang apabila kita melihatnya sejuk je hati walaupun dia pendiam... Mereka tak sabar nak dengar Dell bercerita untuk bahagian Sastera pada kelas yang masa akan datang. :)
Sebulan selepas Dell meletakkan jawatan di fakulti, Dell diminta membantu mengajar anak-anak kawan yang lemah dalam beberapa mata pelajaran dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Maklumlah sekarang ni, Dell mempunyai banyak masa senggang. Dell pun bersetuju daripada tidak berbuat apa-apa di rumah. Tipulah kalau Dell boleh belajar setiap masa walaupun Dell sudah tidak bekerja.
Mungkin sudah tertulis, Dell akan menjadi seorang guru tuisyen selepas berhenti kerja. Dell juga dipanggil mengajar tuisyen di pusat tuisyen untuk subjek Bahasa Melayu.
Dah lama sebenarnya Dell tidak mengajar tuisyen ni. Kali terakhir Dell mengajar tuisyen dan menjadi tutor di institusi swasta selepas waktu bekerja ialah pada tahun 2010. Waktu itu, Dell hendak tumpukan sepenuh perhatian terhadap projek ilmiah MA agar dapat disiapkan dengan segera dan bergraduat pada tahun tersebut. Maklumlah, penat sebenarnya membuat kerja sambilan selepas waktu bekerja.
Alhamdulillah, dapat juga mengisi masa lapang dengan perkara kebaikan di samping menjana pendapatan tambahan. :)
Hari ini, Dell seharian berada di fakulti. Maklumlah, banyak betul urusan yang perlu Dell selesaikan. Pada pukul 10.00 pagi, Dell ada mesyuarat GMJ-ME. Selepas itu, Dell lari ke Pejabat Imigresen Kajang sekejap untuk perbaharui pasport. Setelah selesai, Dell ke fakulti semula untuk mendapatkan laporan GS-11 yang telah ditandatangani oleh pensyarah yang merupakan salah seorang daripada Jawatankuasa Tesis Dell. Kemudian, Dell perlu menghantar laporan tersebut di Seksyen Siswazah Fakulti. Kebetulan ada beberapa perkara yang Dell perlu dapatkan info berkaitan dengan perjalanan Dell sebagai seorang siswazah untuk semester depan. Mudah sedikit Dell hendak membuat perancangan nanti. Sepanjang Dell berada di fakulti, Dell terserempak dengan beberapa pensyarah yang sudah lama Dell tak jumpa. Satu kebiasaan jika kami akan berhenti dan berbual sekejap. Maklumlah, masing-masing sibuk.
NOTA :
Terharu... kerana ada salah seorang pensyarah telah memberi satu bungkusan kecil kepada Dell ketika berjumpa. Beliau kata dah lama dia simpan cenderahati tu untuk diberikan kepada Dell, cuma dia terperanjat ketika dia ingin berjumpa Dell di pejabat, Dell sudah berhenti kerja secara tiba-tiba. Jadi, dia simpan bungkusan kecil tu kerana dia pasti akan berjumpa dengan Dell satu hari nanti.
Apabila Dell membuka bungkusan kecil itu, terdapat dua brooch yang cantik. Terima kasih Dr. N. Semoga Allah melapangkan pintu rezekinya. Amin... :)
NOTA :
Terharu... kerana ada salah seorang pensyarah telah memberi satu bungkusan kecil kepada Dell ketika berjumpa. Beliau kata dah lama dia simpan cenderahati tu untuk diberikan kepada Dell, cuma dia terperanjat ketika dia ingin berjumpa Dell di pejabat, Dell sudah berhenti kerja secara tiba-tiba. Jadi, dia simpan bungkusan kecil tu kerana dia pasti akan berjumpa dengan Dell satu hari nanti.
Apabila Dell membuka bungkusan kecil itu, terdapat dua brooch yang cantik. Terima kasih Dr. N. Semoga Allah melapangkan pintu rezekinya. Amin... :)
Walaupun Dell sudah tidak bekerja lagi di Seksyen Penyelidikan dan Inovasi di fakulti, pengalaman Dell masih lagi diperlukan oleh beberapa pensyarah di situ. Kira ianya menjadi salah satu punca rezeki Dell sebagai pendapatan tambahan. Buat masa sekarang ni, Dell membantu beberapa pensyarah memasukkan data ke dalam KM-Portal mereka. Bukan kerana mereka tidak tahu untuk memasukkan data-data tersebut, cuma disebabkan mereka terlalu sibuk dengan urusan di pejabat dan ianya leceh tambahan pula mereka terpaksa mengejar tarikh akhir menyebabkan mereka memerlukan khidmat Dell untuk membantu mereka. Apa sahaja berkaitan dengan penyelidikan yang mereka rasa sesuai untuk meminta bantuan Dell, mereka akan menghubungi Dell. Atas kepercayaan yang diberikan oleh mereka, sangat-sangat Dell hargai. Dell bersyukur setiap kali membantu mereka, Dell mendapat ilmu pengetahuan baru. Mereka tidak pernah kedekut berkongsi ilmu mereka dengan Dell. Kebanyakannya sangat berguna bagi Dell sebagai seorang siswazah dan juga sebagai seorang penyelidik.
Apa-apa pun, kita mestilah sentiasa berfikiran positif dan ikhlas dalam melaksanakan sesuatu perkara. Chaiyok-chaiyok! :)
Hari ini Dell menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Editorial Board Global Media Journal-Malaysian Edition (GMJ-ME) untuk tahun 2013. Dell bersyukur kerana kali ini, Dell selaku pentadbir (administrator) untuk GMJ-ME dibantu oleh beberapa pensyarah FBMK untuk memantapkan lagi perjalanan pentadbiran jurnal online ini. Bukan mudah sebenarnya untuk Dell melakukan seorang diri memandangkan ada masalah dengan sistem perisian GMJ-ME. Tambahan pula, pegawai IT yang telah membina sistem tersebut telah berpindah ke tempat lain. Walaupun perjalanan jurnal ini agak lambat sedikit disebabkan masalah-masalah teknikal, kami tetap tidak berputus asa dan cuba mengatasinya sedikit demi sedikit. Target kami untuk menjadikan jurnal ini sebagai cited journal tidak padam. Kami semua memang berusaha ke arah itu.
NOTA :
Dell berharap jurnal ini akan dapat taraf cited-journal sebelum Dell menamatkan PhD Dell. Semoga Allah permudahkan usaha kami semua. Amin.
Teruk juga ya jika kucing kita DEMAM. Inilah kali pertama dalam hidup Dell merawat kucing yang demam dalam erti kata sebenar. Maksudnya, jaga makan minumnya, bagi ubat dan lain-lain. Macam menjaga anak kecil pula.
Beberapa hari sebelum Dell menghantar Kimmy ke vet, Dell perasan yang Kimmy selalu sangat baring di atas peti ais sedangkan dia tak pernah buat macam tu sebelum ini. Suara macam serak. Lama kelamaan, dia dah tak nak dekat dengan Dell (macam bawa diri duduk jauh-jauh). Tak gigit Dell seperti biasa dan kurang makan. Dell rasa semacam bila tiba-tiba bulunya gugur teruk bila didukung. Terus Dell periksa mulut Kimmy tapi dia asyik alih mukanya dan ketap mulut, rupa-rupanya ada bau busuk di mulutnya.
Jadi, Selasa lepas Dell bawa Kimmy ke Klinik Haiwan dan Surgeri, Taman Equine untuk rawatan. Kebetulan memang Dell hendak bagi rawatan kutu dan cacing untuk Kimmy. Mula-mula, ingatkan Kimmy keracunan. Rupa-rupanya, Kimmy DEMAM.
Suhu badan Kimmy 40 darjah celcius dan mulutnya kena ulcer. Disebabkan itulah, dia tak nak makan disebabkan luka di dalam mulut. Kimmy kena makan makanan basah (wet food). Jangan terkejut ya, kos perubatan Kimmy pada hari itu berjumlah RM139, itu pun setelah dapat diskaun (termasuk rawatan cacing, kutu dan ubat-ubatan).
Dalam masa seminggu ni, Dell kena bagi 4 jenis ubat kepada Kimmy iaitu ubat ulcer mulut, pil antibiotik, pil demam dan pil tahan sakit/bengkak. Kimmy kena makan 3 1/2 pil setiap hari serta diletakkan ubat ulcer di dalam mulutnya.
Bukan senang tau nak suruh Kimmy makan ubat. Nampak picagari je dia hilang! Nak suruh telan pil-pil tadi tu, dia mesti kacip mulutnya supaya tak boleh buka. Memang kena paksa. Tapi selepas diberi ubat, dia ok pula. Makan dan minum pun bersuap. Kalau tak, tak makan. Dah macam Dr. Vet pula di rumah. Dulu takut juga nak bagi dia makan ubat sendiri tapi Dr. Vet dah ajar cara-caranya... mudah sikit. Banyak juga ilmu haiwan yang Dell belajar di klinik Vet.
Hari ni, Kimmy dah aktif semula. Cuma dia masih makan wet food. Apa-apa pun, alhamdulillah Kimmy dah semakin sihat semula. :)
NOTA :
Selepas Kimmy diberi rawatan, Dell perasan Kimmy macam berterima kasih kepada Dell kerana tolong ubatkan dia. Nampak melalui tingkah laku dia selepas pulang dari Klinik Vet. Cara dia dekat dengan Dell dan raut mukanya.
Sebelum terlupa, mungkin kerana berkat membantu seekor kucing... rezeki Dell bertambah dari sudut yang Dell tak sangka-sangka. Dapat cover balik duit perubatan Kimmy dalam masa dua hari ni. Alhamdulillah.





