Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya
Diam tak diam, dah masuk bulan Februari. Cepat benar masa berlalu. Lagi beberapa minggu dah nak masuk Semester 3. Ish, risaunya! Dell sedang menyemak jadual yang sesuai untuk Dell menghadiri kursus Kursus Technical Graphic Design yang berkaitan dengan tesis Dell. Kursus-kursus yang wajib Dell hadiri ialah :

1. Kursus Sijil Asas AutoCAD 2D
a. AutoCAD Coordinate Systems
b. AutoCAD Commands & AutoCAD Interface
c. Grid, Snap & Limits Settings
d. Basic Commands (Line, Arc, Circle, Polygon, Pline, Rectangle)
e. Polar Track, Object Snap & Object Track Concepts
f. Text & Dimensioning (Dimension Styles)
g. OFFSET, TRIM & EXTEND Commands
h. PEDIT & ARRAY Commands
i. Drawing Floorplan in Real Masurements with Scaling Features
j. FILLET & CHAMFER Commands
k. REGION, BOUNDARY & HATCH Commands
l. AutoCAD BLOCK Library & Creating Your Own Custom Blocks
m. Layer Management Properties & Plotting/Printing Drawings

2. Kursus Sijil AutoCAD 3D Advanced
a. Creating 3D Models from 2D Profiles
b. Advanced BOUNDARY & REGION Commands
c. The User Coordinate System - UCS
d. Determining UCS with the Right Hand Rule (X, Y & Z-axis)
e. EXTRUDE 2D Objects to 3D Objects
f. Creating Solid Primitives (Box, Cylinder, Torus, Pyramid & etc.)
g. 3D Fillet, 3D Rotate, 3D Array & 3D Mirror
h. Slicing 3D Objects using SLICE Command
i. EXTRUDE Along a Pline (Pipe Models)
j. REVOLVE, REVSURF & EDGESURF Commands
k. 3D Union, 3D Subtraction & 3D Intersection
l. LOFT & SWEEP Commands
m. AutoCAD Materials & Renderings

3. Kursus Sijil 3DS Max VRay with Animation
a. 3DS Max Buttons, Functions & Interface
b. Creating Basic 3D Primitives like Box & Cylinder
c. Understanding Object Parameters
d. Import/Export Files in 3DMax (AutoCAD format to MAX file)
e. Editable Polygons - Manipulating Vertices & Polygons
f. Boolean Operations and Soft-Selection
g. Creating 3D Models from 2D Profiles Shapes
h. Union & Subtraction (Compound 3DMax Objects)
i. Realistic Materials Textures & Rendering Realistic Images
j. Lightings Effetcs & VRAY Functionalities
k. How to Download Ready Made 3DS Max Library?
l. How to Create Your Own 3DS Max Blocks Models Library?
m. 3D Animations Theory & Practical

4. Kursus Adobe Designs CS5 (Photoshop & Illustrator)
a. Adobe Photoshop Buttons, Functions & Interface
b. Edit & Enhance Images Using Photoshop Techniques
c. Color Replacements & Adjustments Using Photoshop
d. Photoshop Layer Styles
e. Photoshop Filter Effects
f. Building Brochures or Posters Using Photoshop
g. Creating or Defining Patterns in Photoshop
h. The Lasso, Marquee, Brush & Pen Tools Techniques
i. Gradient, Transparency & Image Mask Techniques
j. Adobe Illustrator Drawing Functions & Techniques
k. Adobe Illustrator Graphics & Effects
l. The Illustrator Pen Tool
m. Vector Concepts & Curves in Illustrator 


NOTA :
Jangan ingat pelajar dalam bidang linguistik bahasa Melayu tidak perlu mempelajari sesuatu di luar bidangnya. Dunia ilmu itu luas jika kita tahu bagaimana hendak kaitkannya dengan bidang kita. Jangan sempitkannya dengan kebiasaan tetapi perlu memikirkannya di luar kotak. Sesungguhnya imaginasi itu akan terlaksana jika kita benar-benar ingin melakukannya. :)

Kalau korang nak tahu, Kimmy pantang kalau Dell sebut macam nie, "Cak.. cak.. cak.. cak.. cak.. cicaaakkkk!" dengan tone suara tertentu. Secara automatik Kimmy akan pandang ke arah dinding dengan matanya yang besar tu dan cari cicak. Siapa lagi kalau bukan mama Dell yang ajar sebab kat kampung ada cicak. Kat rumah Dell jarang jumpa cicak ni. Kalau Kimmy dengar Dell sebut macam tu, tengah jilat bulu pun dia akan berhenti dan tengok dinding. Perkataan 'Lipas' pun sama tapi dengan tone tertentu. Sepupu cuba buat tone tu tapi tak jadi. Kimmy buat bodoh je. 


Haa... tu dia pemanggang ajaib Dell dah sampai! Dah banyak kali dok baca ramai menggunakan pemanggang ajaib ni malah pernah juga melihatnya di TV beberapa bulan lepas. Memang dah lama Dell nak beli tempat pemanggang sebab Dell memang teringin nak masak gril setelah menonton rancangan di saluran 707 TLC dan 703 AFC. Secara kebetulan, salah seorang kawan Dell (ibu kepada anak-anak murid tuisyen Dell tu) menjual pemanggang ni, apalagi Dell grab la satu!


Sejak dah tak kerja ni, jika tiada apa-apa urusan di luar rumah... Dell malas nak keluar rumah untuk membeli makanan. Jadi Dell akan masak apa yang ada di dalam peti ais untuk mengenyangkan perut. Dell suka pemanggang ajaib ni kerana ianya jenis boleh ditutup.  Lagipun, pemanggang ni pun jenis yang multitasking. Senang nak masak. Harganya RM129 (ala... potong dari duit upah tuisyen je.. hehehe...). 

NOTA : 
Baru cuba goreng ayam dan bebola ayam tadi dengan menggunakan pemanggang ni. Bagus sebab dah takde minyak yang terpercik kerana boleh ditutup. Masak pun sekejap je sebab suhu panas terjaga. Lepas ni, lagi banyaklah makanan basah dalam peti ais tu nanti! Woha!

~Sudah terbayang nak memanggang daging, ikan dori, ayam, sotong dan lain-lain dah ni, buat sendiri jimat bajet. Hehehe...~
Masih ingatkah lagi tentang kemalangan kancil ku pada Hari Raya Aidilfitri tahun lepas? Baca di sini : Kemalangan di hari raya

Beberapa hari ini, Dell baru perasan bahawa cat di bumper kereta melepuh dan tanggal. Yang paling Dell risaukan ialah bumper kereta tu bukan jenis body tetapi plastik. Dalam masa terdekat ni, Dell terpaksa meminta mak angkat Dell telefon empunya bengkel tu untuk berbincang baik pulih kereta Dell semula. Harap-harap tiada masalah. Amin....

NOTA :
Kalau kereta ni dapat diperbaiki, nampak gayanya Dell terpaksa menumpang bermalam di rumah atok saudara Dell di Keramat, KL kerana bengkel tu beberapa meter sahaja dari rumahnya.
Rezeki Dell rasanya pergi ke DownTown Mines semalam. Ada pameran buku di situ walaupun cuma ada beberapa buah booth untuk gerai buku je. Maklumlah Dell tak berkesempatan pergi ke Pameran Buku Malaysia di PWTC tu.
Orang pergi di sana beli pakaian dan kasut, tapi Dell borong buku. Hehe. Dell beli kelima-lima buku ni hanya RM50 sahaja! Terbitan Casa Delima Tahun 2010. Buku-buku baru ya bukan second hand book tau! Buku-buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Dell senaraikan judul buku dengan harga sebenar buku tersebut ya sebagai perbandingan :
  1. Hargai Setiap Detik Kehidupan : Inspirasi dan Motivasi untuk Santapan Jiwa oleh Aruan Pradiansyah - RM19.90
  2. 100 Ayat yang Mampu Mengubah Hidup Anda oleh Eidi Mahendra - RM20.50
  3. Cahaya Hidayah oleh Ari Wulandari - RM18.50
  4. Visualisasi Minda Ke Arah Merangsang Pemikiran Kreatif oleh Tut Sayogya - RM17.50
  5. Potensi SQ, EQ dan IQ di sebalik Ayat-ayat Al-Fatihah oleh Mustamir S. Ked - RM19.50
Bayangkan, Dell dapat jimat RM45.90! Dell sudah baca sepintas lalu buku-buku ini sebelum beli. Isi kandungannya bagus. Terutama ilmu didalamnya. Ada juga beberapa buah buku tulisan pensyarah dari UPM. 

Cubalah jengok sekejap di Downtown Mines ni untuk membeli buku dengan harga yang murah. Gerai Karangkraf pun ada tau! Tapi Dell tak tahu sampai bila pameran buku ni ada di situ. 

P/S : Sekali sekala borong buku di DownTown apa salahnya, kan? 
Semalam Dell tidak melepaskan peluang untuk makan malam di DownTown Mines dengan salah seorang sahabat Dell, Kak Sue. Lagipun ini kali pertama Dell datang menjengok DownTown Mines ni. Setelah puas berjalan, Dell mencari gerai makan yang berada di situ. 

Ini dia menu pilihan Dell iaitu Coconut Dell dan Mee Cambo. Kali pertama mendengar nama menu Mee Cambo. Apalagi Dell teringin nak mencuba.
Dell mencuba Mee Cambo Special. Specialnya terletak pada 4 biji telur burung puyuh. Rasa sup mee ni boleh tahan la. Banyak bebola daging dan isi daging di dalamnya. Cuma Dell tak berapa suka dengan rasa meenya. Meenya terlalu lembik dan tiada rasa mee. Ada satu je kekurangan untuk makan mee ni iaitu tiada sambal kicap. Maklumlah, Dell kan orang Johor, mana boleh tinggal sambal kicap ni. Kiranya Dell tak puas makan! Huhu. Harga semangkuk Mee Cambo Special ni RM6.
Ini pula Coconut Shake. Kali pertama Dell merasa minuman ni. Campuran ais, air kelapa, isi kelapa dan satu scoop aiskrim vanila membuatkan rasanya sedap cuma Dell memang kurang suka makan isi kelapa. Kisaran isi kelapanya tidak hancur habis, jadi ianya membuatkan Dell lambat sedikit untuk menghabiskannya. Harganya pula RM3.

Ini pula menu yang dipilih oleh sahabat Dell tu iaitu Kueh Teow Goreng Kerang. Harga RM4 sepinggan tapi memang sedap dan banyak bahan didalamnya. Ada kerang, ada Fishball, Fishcakes dan Sotong. Rasanya macam nak datang makan kat sini lagi jika berpeluang. Nak cuba Char Kueh Teow Gorengnya pula. :)