Alhamdulillah, pada hari Sabtu (6 Julai 2013) lepas, Dell berpeluang bersama-sama dengan geng Smarts Coach di dalam Program Smarts Defensive System (SDS). Program ini diadakan di Fazilah Kamsah Akademi (FKA) untuk sesi pagi dan di PLKN Hazira, Sepang untuk sesi petang.
![]() |
| Dikenali juga sebagai Program Pencegahan Jenayah |
Apa itu SDS? Ianya merupakan satu sistem kemahiran asas dalam mempertahankan diri dengan cara yang mudah, lancar dan berkesan bagi tujuan pencegahan jenayah dan keselamatan diri. Sistem ini direka untuk mendidik tentang keperluan mengamalkan perlindungan asas terhadap serangan yang tidak diingini. Mereka yang mempelajari SDS ini tidak perlu mempunyai sebarang asas beladiri.
SDS ini dibina oleh Pengasas Smarts Coach iaitu Sir Noordin Khalid pada tahun 2002. Beliau mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam seni mempertahankan diri merangkumi Taekwondo, Silat, Karate dan Capoeira. Beliau pemegang Tali Pinggang Hitam Jalur 5 dalam seni Taekwondo. Berbekalkan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ini maka terhasillah SDS.
![]() |
| Antara yang dipelajari dalam program pada hari tersebut di FKA. |
Program SDS ini dijalankan selama empat jam tau. Ianya termasuk teori dan latihan praktikal. Tak percaya? Cuba tengok foto-foto di bawah ini.
![]() |
| Praktis jangan tak praktis! Hehehe... |
![]() |
| "Tepis jangan tak tepis, bang!" Abang ini sudah ada ilmu seni bela lain sebelum ini tetapi menyertai program ini untuk mengetahui teknik-teknik SDS. |
![]() |
| Semangat betul kakak ini hendak mencuba teknik melepaskan diri setelah dicekik oleh kekuatan 3 orang jurulatih. Siap senyum-senyum lagi. Kena cekik betul-betul tu, bukan lakonan tau! |
![]() |
| Melepaskan diri dari senjata juga tidak terkecuali. |
![]() |
| Melepaskan diri dari diterkam oleh penjenayah turut diajar. |
Peserta-peserta di FKA berminat untuk mempelajari teknik SDS ini dengan lebih mendalam di lain waktu. Ini kerana SDS ada beberapa level iaitu Latihan Asas Beladiri, Latihan Intermediate Beladiri dan Latihan Advanced Beladiri.
Dell tidak terkecuali mempelajari SDS ini bersama-sama mereka. Jika ditanya kepada Dell seronok ke belajar SDS ini, sudah tentu jawapan Dell, "YA!". Teknik-tekniknya mudah diingati. Memang sangat praktikal untuk golongan kanak-kanak berusia 10 tahun ke atas sehingga orang tua.
Setelah sesi di FKA selesai, Dell bersama geng Smarts Coach pergi ke PLKN Hazira, Sepang untuk sesi petang. Di sini, Smarts Coach mengajar SDS kepada pelapis jurulatih PLKN iaitu seramai 100 lebih peserta.
![]() |
| Suka betul mereka ini dengan telatah jurulatih-jurulatih yang terlibat. |
![]() |
| SirN pula menunjukkan bagaimana melepaskan diri setelah dicekik dengan kekuatan 10 orang lelaki dengan guna sebelah tangan sahaja. |
![]() |
| Diajar juga bagaimana hendak menjatuhkan lawan dan mematikan pergerakkannya. |
![]() |
| Bersemangat mereka mengulang semula pergerakan yang dipelajari di hadapan semua peserta dan jurulatih Smarts Coach. |
Maklumbalas daripada peserta-peserta PLKN sangat memberangsangkan kerana ada beberapa orang peserta bertanya kepada Dell di mana boleh belajar SDS ini di luar. Mereka sangat berminat dengan teknik-teknik yang diperkenalkan.
Walaupun Dell mengalami sakit-sakit urat dan lebam-lebam disebabkan melakukan demo dengan mereka ini tapi Dell hendak belajar lagi SDS ini ke peringkat advanced. Dell memang sudah lama meminati seni pertahanan diri ini terutama silat iaitu sejak kecil lagi tetapi tidak dibenarkan oleh arwah nenek. Apatah lagi kalau taekwondo kerana kebanyakan sepupu Dell mengalami kepatahan dan retak tulang.
Bila diingat-ingatkan balik, nak terketawa juga. Degil nak belajar silat juga, sudahnya belajar senyap-senyap. Menipu kata ada aktiviti kokurikulum lain. Belajar silat pakai baju PBSM, kalau tak pakai baju sukan. Bila dah tamat satu level, tok guru silat suruh pakai baju silat sebenar. Terus Dell dah tak datang sebab tak berani. Takkan nak cakap, keluarga sebenarnya tak izin belajar silat. Kena pelempang sia-sia je.
P/S : Ketika Dell melihat SirN melakukan senaman sebagai penutup SDS di PLKN, Dell terkejut kerana itulah senaman yang Dell kena lakukan sebelum mulakan pengajian silat masa sekolah dulu. Tak sangka senaman itu bagus untuk urat saraf.
Jika ada yang berminat untuk mempelajari SDS boleh layari laman web http://www.smartscoach.com/v2/
Dell berpeluang memasuki National Library of Singapore dan Dell sangat kagum dengan tersusunnya sistem dokumentasi di situ.
| National Library of Singapore |
![]() |
| Dell suka tempat simpanan barang di sini. |
Dell tidak berani hendak mengambil foto di dalam perpustakaan. Tapi Dell kagum cara mereka kodkan buku-buku mereka tu. Dell juga kagum dengan susunan pameran-pameran mereka. Pengawal keselamatan di situ pun sangat peramah dan melayan segala pertanyaan kami.
Terlupa Dell hendak update kisah di Singapore dulu tu. Nak jadikan cerita, kami semua pergi ke Universal Singapore Studio (USS) pada hari kedua kami di sana. Pagi-pagi lagi kami sudah sampai di sana dalam pukul 9.00 lebih pagi.
| Ketika menunggu di pintu masuk USS |
Dell memang teruja ketika berada di dalam USS nie. Banyak pengalaman dan ilmu mengenai perfileman yang Dell perolehi di sini. Macam-macam ada. Sebut sahaja berapa dimensi yang kamu hendak lihat divisualkan, 3D, 4D, 6D? Kiranya berbaloilah bayar beratus RM untuk tiket di sini. Antara foto-foto yang dapat Dell kongsikan di sini.
![]() |
| Perancangan itu penting |
Hari Khamis lepas ketika berada di kampung, Dell teringat tentang seminar tesis yang Dell risau sangat-sangat tentang keputusannya. Dengan perasaan berdebar-debar, Dell semak portal pelajar dan alhamdulillah Dell lulus di dalam perbentangan seminar tesis itu.
Mungkin ada yang beranggapan, "Alah, setakat seminar bukan apa pun!". Benar, tapi Dell mengganggapnya penting kerana peraturan baru jika tidak lulus dalam seminar ini, pelajar perlu bentang semula pada semester depan. Dell memang tidak mahu membentangnya lagi sekali kerana ianya akan menyebabkan milestone Dell berubah.
Sekarang ini, Dell sudah boleh mulakan langkah-langkah seterusnya tanpa risau tentang seminar lagi. Dell target dapat lakukan CE dan perisian siap sebelum akhir tahun ini. Hal-hal berkaitan copyright pun sudah ada yang hendak membantu. Dell juga sudah jumpa pakar bidang yang sudi bekerjasama dengan Dell. Ianya cukup melegakan hati Dell. Semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya. Amin.
![]() |
| Dell bersama Camy |
Hari Ahad lepas (30 Jun 2013), Dell menemani sahabat baik Dell iaitu Camy sempena hari bersejarahnya, majlis pertunangan. Majlis dibuat hanya kecil-kecilan sahaja. Kami sudah bersahabat sejak kami berusia 8 tahun. Kami sangat rapat waktu itu dan tidak mengetahui bahawa rupa-rupanya kami bersaudara. Suka-duka kami sentiasa bersama sehingga kini.
Siapa tunangannya? Jeng... Jeng... Jeng...
![]() |
| Teddy dan Camy |
Inilah dia. Namanya Teddy Wilson. Kami semua dah kenal sejak sepuluh tahun yang lalu.
Alhamdulillah, pada tahun lepas, Teddy telah memeluk agama Islam atas kerelaan sendiri. Bertambah umat Nabi Muhammad. :)
InsyaAllah, majlis persandingan akan dibuat pada hujung September ini. Semoga mereka berkekalan sehingga ke syurga. Amin...
Dell teringat ketika di majlis persandingan sepupu Dell pada tahun 2011, Dell menyanyikan dua buah lagu setelah dipaksa oleh bapa saudara Dell. Pengantin di dalam video ini sedang meniti hari untuk menimang cahaya mata yang pertama.






























