Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Akhirnya tetap mengajar juga...



By  Kakdell     Selasa, April 01, 2014    Labels:,,,, 
Ketika menjadi home tutor

Dah lama Dell berhenti dari jadi guru tuisyen, selepas bulan Ramadan pada tahun lepas. Kemudian, Dell tumpukan kepada kerja-kerja penulisan (pengeditan) manuskrip bersama-sama Sasterawan Negara Keenam sehingga kini. Masih ada yang tanya sama ada Dell ingin mengajar semula. Dell kata, jika berdekatan dengan rumah, insya-Allah kerana Dell hanya perlu lari sekejap. Maklumlah, jadual Dell kini agak padat.

Namun, perancangan Allah Maha Hebat. Khidmat Dell sebagai pengajar masih diperlukan. Dell tidak mencari malah dipelawa untuk mengajar di salah sebuah pusat tuisyen berdekatan rumah. Dell hanya perlu mengajar 4 jam sahaja sebulan untuk Bahasa Melayu Tingkatan 5. Modul semua disediakan, Dell hanya perlu mengajar. Bayaran pun agak lumayan untuk 4 jam itu walaupun pelajar hadir atau tidak hadir. Sudah isi borang dan akan dihantar ke kerajaan negeri. Malah, jadual Dell tidak terganggu. Alhamdulillah.

Dalam masa yang sama, Dell juga dipelawa oleh seseorang untuk membuat program atau seminar penulisan dalam Bahasa Melayu untuk pelajar-pelajar sekolah. Asalkan Dell dapat membina modul sendiri manakala tempat semua disediakan dan diuruskan. Hal ini  memang sudah ada dalam perancangan Dell lama dulu, peluangnya datang pada waktu sekarang ini.

Keadaan ini secara tidak langsung, Dell dapat mempraktikkan ilmu mengenal potensi diri pelajar di Metafizik Sains Penomboran dan ilmu mengenal karaktor yang dipelajari melalui Dato. Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah di Program Advanced Train Trainer (PACT)

Dell sudah mempraktikkan kedua-dua ilmu ini di Kem Motivasi Zero to Hero di Nur Laman Bestari, Ulu Yam, Selangor baru-baru ini dalam mengenal diri anak-anak buah di bawah jagaan Dell dengan cara hanya memerhatikan sahaja dari jauh (tanpa bertanya salasilah dan perihal) mereka. 

Ketika sesi fasilitator bersama ibu bapa, mereka kata ianya betul dan Dell memberikan cara-cara yang sesuai untuk pembelajaran mereka mengikut pola mereka sama ada mereka ini jenis pelajar kinestatik, visual, audio, digital atau fleksibel. Alhamdulillah.

Sebagai seorang trainer, ilmu-ilmu kemanusiaan ini sangat penting untuk membantu sesiapa yang datang kepada kita. Dalam masa terdekat ini, insya-Allah Dell akan menghadiri Kursus Mengajar Teknik Nabi. Mudah-mudahan, semuanya dipermudahkan oleh-Nya. Amin... :)

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

2 ulasan:

  1. Salam,

    saya nak bertanya, ads nuffnang tu automatik atau kena letak. macamana nak buat ya.

    Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Mula-mula, kita kena daftar dulu kat laman web nuffnang. Dah isi semua maklumat, nanti kita ambil kod yg diberikan kemudian masukkan ke dlm template kita.

      Padam