Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Kem Zero to Hero siri ke-2



By  Kakdell     Jumaat, Jun 13, 2014    Labels:,, 
Alhamdulillah, akhirnya kem Zero to Hero siri ke-2 anjuran Smarts Coach telah berjaya dilaksanakan pada 6 - 8 Jun 2014 di Nur Laman Bestari, Ulu Yam Selangor.

Dan, alhamdulillah Dell masih lagi berpeluang untuk bersama-sama anak-anak comel yang menjadi peserta kem pada kali ini. Ini merupakan kem yang ketiga Dell menjadi fasilitator.

Kelihatan ada beberapa orang peserta kem yang merupakan peserta kem siri-siri sebelum ini.

Tahniah diucapkan kerana telah memilih kem ini sekali lagi sebagai tempat mendalami ilmu dan sudi menjalinkan hubungan silaturrahim dengan sahabat-sahabat baru.

Adalah menjadi adat bagi pendidik dari Smarts Coach memperkenalkan beberapa permainan yang baharu untuk menjana kreativiti peserta. Antara aktiviti-aktiviti yang sempat dirakam.

Tulis perkataan menggunakan sebatang pen tetapi hanya boleh dikawal melalui tali yang diikat.
Membawa bola ping pong tanpa menyentuhnya dengan menggunakan tali tersebut.
Menanamkan semangat di dalam diri peserta.
Persembahan 'Teater Muzikal'.
Mencari imej yang sesuai menggambarkan impian masing-masing.
Sesi 'Ice Breaking'.
Permainan 'Musang Berjanggut'.
Permainan si Bisu.
Seronoknya berada di kem ialah kita dapat menjalankan aktiviti menjana minda di luar dewan. Mereka didedahkan dengan alam melalui aktiviti 'Jungle Tracking'. Selepas itu, mereka bergembira mandi di sungai berdekatan.

Dalam banyak-banyak aktiviti, Dell tertunggu-tunggu aktiviti 'Persembahan Teater Muzikal'. Maklumlah, sudah lama Dell tinggalkan dunia teater. Teringat ketika Dell menjadi Stage Manager 'Teater Ayu si Puteh' untuk pertandingan Teater Inter-Universiti UPM dulu.

Dell berterima kasih kepada trainer kerana sudi melantik Dell sebagai Ketua Juri pada malam tersebut. Terlepas rindu Dell dalam dunia persembahan. Telatah mereka sangat menghiburkan hati Dell.
Ketua Juri untuk persembahan 'Teater Muzikal'.
Paling yang Dell tidak lupa, para peserta sebulat suara meminta semua fasilitator dan trainer berlakon juga. Mujur menjadi walaupun kami berlakon secara spontan setelah berbincang selama 5 MINIT sahaja! Hihihihi....

Autograf untuk buku 'Rahsia 100 Impian : Daripada Corot menjadi Pakar'.
Semoga buku 'Rahsia 100 Impian : Daripada Corot menjadi Pakar' ini menjadi pendorong semangat kepada anak-anak comel ini dalam menjana impian dan seterusnya berjaya di dunia dan di akhirat.

Percayalah, mereka semua ada bakat terpendam dan potensi tertentu yang menanti untuk digilap supaya lebih bersinar dengan cemerlang.

"Anda Bijak, Anda Boleh!"

Gambar-gambar semasa di kem boleh lihat di sini :

4. Candid.

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan