![]() |
| Kertas Kerja Konvensyen Penulisan 2014 |
Pada 21 Jun 2014 lepas, Dell berpeluang menghadiri Konvensyen Penulisan 2014 bertempat di UIA Gombak, Selangor. Di sini, Dell berkesempatan berjumpa dengan para alumni penulisan dan penulis-penulis bestseller. Banyak perkongsian ilmu untuk menjadi penulis usahawan. Ia telah membuka minda dan mata Dell supaya melangkah lebih jauh.
![]() |
| "Penulis perlulah menulis dari hatinya. Tulisan yang lahir dari hati akan turun ke hati." - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. |
![]() |
| Bersama-sama Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan |
![]() |
| Sesi Autograf buku Antologi Cerpen Muzikal, Indah Lelapku - Karya Dell. |
![]() |
| Penulis-penulis Buku Antologi Cerpen Muzikal. |
![]() |
| Sebagai motivasi diri. |
![]() |
| Walaupun, Dell sudah menghadiri beberapa bengkel penulisan, Dell tetap membeli bahan-bahan rujukan lain seperti buku, CD dan ebook. |
Alhamdulillah, konvensyen tamat dengan jayanya. Terlalu banyak ilmu yang Dell peroleh di sini. Jika diikutkan tidak cukup hanya hadir sehari. Insya-Allah jika ada peluang suatu hari nanti, Dell teringin hendak pergi konvensyen di luar negara pula. Amin.
![]() |
| Bersama-sama dengan Dr. Lim Swee Tin. Buku yang dipegang itu harus dimiliki! |
Pada 15 Jun 2014 lepas, Dell menghadiri Bengkel Bimbingan Intensif Penulisan Novel bersama-sama Dr. Lim Swee Tin (Dr. LST) dan Pn. Sri Rahayu Mohd. Yusop (Pemenang Sayembara) di Bandar Baru Bangi. Jika sebelum ini, Dell selalu berguru dengan Dr. LST secara tidak rasmi. Maklumlah, kami dulu bekerja di satu tempat kerja. Akhirnya, Dell berpeluang mengikuti bengkel beliau. Dan Dell tidak sangka berjumpa dengan rakan-rakan alumni penulis di sini.
Permulaan bengkel, Dr. LST memberi taklimat persediaan diri sebagai seorang penulis. Cara penyampaian beliau yang spontan, humor dan bersahaja itu menambat hati kami semua.
![]() |
| Penerimaan sijil setelah selesai bengkel. |
Banyak ilmu yang Dell pelajari di sini. Dell beruntung kerana ilmu mengenai penulisan puisi atau sajak turut didedahkan selain ilmu mengenai penulisan sayembara. Wakil penerbit iaitu Tuan Rozlan Mohamed Noor dari ITBM turut berkongsi mengenai ruang dan peluang penerbitan berdasarkan pengalaman beliau.Lain guru, lain ilmunya. Ikutkan terasa tidak puas berbengkel hanya sehari. Seronok pula!
Sedikit kisah mengenai bengkel ini, boleh dibaca di blog rakan penulis Dell di blog beliau.
Alhamdulillah, akhirnya kem Zero to Hero siri ke-2 anjuran Smarts Coach telah berjaya dilaksanakan pada 6 - 8 Jun 2014 di Nur Laman Bestari, Ulu Yam Selangor.
Dan, alhamdulillah Dell masih lagi berpeluang untuk bersama-sama anak-anak comel yang menjadi peserta kem pada kali ini. Ini merupakan kem yang ketiga Dell menjadi fasilitator.
Dan, alhamdulillah Dell masih lagi berpeluang untuk bersama-sama anak-anak comel yang menjadi peserta kem pada kali ini. Ini merupakan kem yang ketiga Dell menjadi fasilitator.
Kelihatan ada beberapa orang peserta kem yang merupakan peserta kem siri-siri sebelum ini.
Tahniah diucapkan kerana telah memilih kem ini sekali lagi sebagai tempat mendalami ilmu dan sudi menjalinkan hubungan silaturrahim dengan sahabat-sahabat baru.
Tahniah diucapkan kerana telah memilih kem ini sekali lagi sebagai tempat mendalami ilmu dan sudi menjalinkan hubungan silaturrahim dengan sahabat-sahabat baru.
Adalah menjadi adat bagi pendidik dari Smarts Coach memperkenalkan beberapa permainan yang baharu untuk menjana kreativiti peserta. Antara aktiviti-aktiviti yang sempat dirakam.
![]() |
| Tulis perkataan menggunakan sebatang pen tetapi hanya boleh dikawal melalui tali yang diikat. |
![]() |
| Membawa bola ping pong tanpa menyentuhnya dengan menggunakan tali tersebut. |
![]() |
| Menanamkan semangat di dalam diri peserta. |
![]() |
| Persembahan 'Teater Muzikal'. |
![]() |
| Mencari imej yang sesuai menggambarkan impian masing-masing. |
![]() |
| Sesi 'Ice Breaking'. |
![]() |
| Permainan 'Musang Berjanggut'. |
![]() |
| Permainan si Bisu. |
Seronoknya berada di kem ialah kita dapat menjalankan aktiviti menjana minda di luar dewan. Mereka didedahkan dengan alam melalui aktiviti 'Jungle Tracking'. Selepas itu, mereka bergembira mandi di sungai berdekatan.
Dalam banyak-banyak aktiviti, Dell tertunggu-tunggu aktiviti 'Persembahan Teater Muzikal'. Maklumlah, sudah lama Dell tinggalkan dunia teater. Teringat ketika Dell menjadi Stage Manager 'Teater Ayu si Puteh' untuk pertandingan Teater Inter-Universiti UPM dulu.
Dell berterima kasih kepada trainer kerana sudi melantik Dell sebagai Ketua Juri pada malam tersebut. Terlepas rindu Dell dalam dunia persembahan. Telatah mereka sangat menghiburkan hati Dell.
Dell berterima kasih kepada trainer kerana sudi melantik Dell sebagai Ketua Juri pada malam tersebut. Terlepas rindu Dell dalam dunia persembahan. Telatah mereka sangat menghiburkan hati Dell.
![]() |
| Ketua Juri untuk persembahan 'Teater Muzikal'. |
Paling yang Dell tidak lupa, para peserta sebulat suara meminta semua fasilitator dan trainer berlakon juga. Mujur menjadi walaupun kami berlakon secara spontan setelah berbincang selama 5 MINIT sahaja! Hihihihi....
![]() |
| Autograf untuk buku 'Rahsia 100 Impian : Daripada Corot menjadi Pakar'. |
Semoga buku 'Rahsia 100 Impian : Daripada Corot menjadi Pakar' ini menjadi pendorong semangat kepada anak-anak comel ini dalam menjana impian dan seterusnya berjaya di dunia dan di akhirat.
Percayalah, mereka semua ada bakat terpendam dan potensi tertentu yang menanti untuk digilap supaya lebih bersinar dengan cemerlang.
Percayalah, mereka semua ada bakat terpendam dan potensi tertentu yang menanti untuk digilap supaya lebih bersinar dengan cemerlang.
"Anda Bijak, Anda Boleh!"
Gambar-gambar semasa di kem boleh lihat di sini :
1. Sesi Taklimat.
2. Amazing Race.
3. Ice Breaking.
4. Candid.
6. Pengisian Ilmu.
![]() |
| Buku 'Tulis Tesis Cepat' oleh Dr. OT. |
Alhamdulillah, akhirnya Dell berjaya membaca buku ini sehingga habis walaupun sudah beberapa kali bertangguh. Banyak ilmu yang Dell dapat melalui buku ini. Pengetahuan Dell bertambah dan mudah sedikit untuk Dell rujuk kerana lebih tersusun berbanding di dalam blog Dr. OT. Inilah buku yang paling banyak Dell letak 'sticky note'. Setiap kali membaca, Dell tergelak dengan coleteh Dr. OT di dalam buku ini.
Perjalanan seorang siswazah ini sangat panjang. Macam-macam dugaan akan datang dari pelbagai sudut. Kadang-kadang suka, kadang-kadang duka. Hanya kepada-Nya kita kembali dengan yakin. Kena banyak-banyak bersabar. Insya-Allah, Dia akan permudahkan urusan kita dengan cara atau laluan yang kita tidak sangka.
Semakin banyak ilmu yang kita tahu, kita akan terasa semakin kerdil melihat betapa luas Ilmu-Nya. Curahan ilmu yang pelbagai kepada Dell dalam masa dua tahun ini membuatkan Dell rasa sangat sedih. Terasa sedih kerana Allah lorongkan segala apa yang Dell inginkan setelah Dell berhijrah menjadi siswazah sepenuh masa. Syukur Ya Allah...
Semoga Dell dapat tamatkan pengajian PhD ini seawal yang mungkin dan dapat berkhidmat kepada masyarakat. Amin...
Nota :
Antara bengkel dan seminar Dr. OT yang Dell pernah hadiri ialah :
Asalnya Dell mahu berehat sebentar menulis cerpen setelah menyiapkan sebuah cerpen muzikal yang akan diterbitkan buku antologinya pada bulan Jun ini. Tetapi, gelora di hati tidak dapat ditahan-tahan setelah melihat rakan-rakan penulis meletakkan beberapa iklan mengenai penulisan cerpen. Salah satu iklan yang benar-benar menarik hati Dell ialah iklan ini.
![]() |
| Antologi Cerpen Cinta Pertama. |
Terus Dell mendapat idea jalan cerita yang harus ditulis. Bukan mudah untuk mengadun jalan cerita yang ada supaya ianya kelihatan logik dan mempunyai rencah rasa. Kerana kisah cinta tersebut masih belum berakhir dan masih menanti jawapannya.
Tambahan pula, salah satu babak kisah cinta tersebut terbit melalui mimpi Dell baru-baru ini. Lagilah hati Dell tidak tertahan-tahan ingin menulisnya. Dell berasa sangat terkesan dengan kisah itu namun ianya tidak mudah untuk mentafsirnya melalui bait-bait kata.
Harap-harap, sempatlah Dell menyiapkan cerpen ini dengan sempurna rencah rasanya sehingga sesiapa yang membacanya akan terasa syahdu dan sendunya kisah itu. Amin...
Alhamdulillah, sudah sebulan buku 'Rahsia 100 Impian : Daripada Corot Menjadi Pakar' telah berada di pasaran. Dan lebih menggembirakan adalah maklum balas yang diterima oleh pembaca-pembaca buku R100I ini. Terasa sangat berbaloi bersengkang mata dan memerah otak dalam menyiapkan buku ini bersama-sama penulis pertama.
Terima kasih kepada Tn. Mohammad Izham kerana sudi mengulas panjang lebar mengenai buku ini di blog Travelog Sarjana beliau. Sehari selepas beliau, salah seorang Penyunting Kanan dari BERNAMA iaitu Puan Melati Ariff turut memberi maklum balas yang sangat positif mengenai buku ini.
![]() |
| Penyunting Kanan BERNAMA, Puan Melati Ariff. |
Beliau mengatakan buku R100I ini merupakan sebuah hasil kerja yang baik dengan gaya tulisan yang santai dan penuh inspirasi sehingga beliau tertarik untuk menulis sendiri kisah Encik Noordin Khalid walaupun sudah lama beliau tidak menulis artikel.
Kenalan Dell dari BERNAMA memaklumkan bahawa Puan Melati Ariff ini merupakan pemenang Anugerah Kajai pada tahun 2010. Anugerah itu adalah anugerah tertinggi dalam bidang penulisan berita/rencana di negara ini.
Kenalan Dell dari BERNAMA memaklumkan bahawa Puan Melati Ariff ini merupakan pemenang Anugerah Kajai pada tahun 2010. Anugerah itu adalah anugerah tertinggi dalam bidang penulisan berita/rencana di negara ini.
Alhamdulillah... sebenarnya inilah yang kami harapkan. Penulisan santai yang dapat memberi inspirasi kepada pembaca.
NOTA :
Untuk memiliki buku ini, boleh hubungi saya di sini ---> mesej FB Nurdilla Zaini.























