Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Keluarga C Kali ini, Dell berasa gembira dengan perkembangan Fatin. Fatin sudah ingin membina ayat. Bukan mudah nak meminta si Fatin ini untuk membina ayat. Puas dipujuk.  Dell membenarkan Fatin menonton video kartun yang diminatinya setiap kali selepas selesai menulis latihan atau Dell membuka lagu kegemarannya melalui ipad Dell ketika dia membuat latihan. Jika dia tak buat latihan, Dell simpan ipad tu. Oleh itu dia akan kata, 'Saya janji, lepas tengok saya buat la


Berminat Membaca

"Mengapa sejak kebelakangan ni awak macam dingin je? Seolah-olah ada sesuatu yang tak kena", tanya Mira kepada Zul. Zul hanya mendiamkan diri sambil menyuap makanan yang bersisa dipinggannya. Geram sungguh Mira dengan sikapnya itu. Mira perasan sejak kebelakangan ini, Zul seolah-olah tidak mahu bercakap dengannya walaupun Zul masih ingin bertemu dengannya. Perwatakkannya turut berbeza, tak seperti dahulu yang banyak bergurau dan sentiasa menghubunginya. Selepas pulang da


Berminat Membaca

Cenderamata dari India dan Filipina

Alhamdulillah rezeki Dell minggu ini. Seseorang yang merupakan sahabat baik Dell memberi cenderamata dari India dan Filipina. Sahabat Dell ini selalu merantau ke negara orang. Semoga Allah melapangkan pintu rezekinya. Amin...


Berminat Membaca

Cendol Bakar Dengkil

Semalam ketika Dell dalam perjalanan hendak ke rumah sahabat baik Dell di Nilai, Dell singgah di gerai Cendol Bakar Dengkil. Hari pula terlalu panas. kiranya memang waktu yang sesuai Dell singgah. Gerai ni baru dibuka di sini. Cendol Bakar ni popular di Kuala Selangor sehinggalah terpilih masuk di dalam program JJCM TV3. Banyak pilihan cendol yang dijual di sini. Dell memilih Cendol VIP.


Berminat Membaca

Bengkel Tesis Cepat Siap - Mendeley

Pada hari Jumaat minggu hadapan (31 Mei 2013) ini, Dell akan menghadiri Bengkel Tesis Cepat Siap dan Mendeley yang akan diadakan di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM. Mujur ada sahabat beritahu Dell tentang bengkel ini. Nyaris-nyaris terlepas. Apabila Dell membaca tentatif yang akan diadakan, Dell agak tertarik dengan Mendeley. Dell tak pernah dengar perkataan ini. Lalu Dell mencari makl


Berminat Membaca

Buang mereka, bersedia?

Dell sudah membuang mereka-mereka yang negatif dalam hidup Dell. Buat apa kita hendak bersama dengan mereka yang ada penyakit 'hati' ni? Lama-lama, kita yang sakit hati. Jangan sesekali berasa menyesal dan sedih meninggalkan parasit ini dalam hidup kita. Jika kita berada di jalan yang benar, insyaAllah Tuhan akan memberi kita mereka-mereka yang lebih baik dan jujur. Malahan, peluang kita un


Berminat Membaca

Selamat Hari Guru

Keluarga C "Teacher tunggu kejap ya, Fatin nak ambil hadiah" "Ok" kataku sambil tertanya-tanya dalam hati, 'hadiah apa ya?' "Selamat Hari Guru, Teacher!" Katanya tersengih-sengih sambil memberi Dell hadiah dan sekeping kas buatan sendiri. Dell terkejut dan terharu. Tak sangka Fatin nak beri hadiah. Yalah, bukan senang Dell nak melayan kerenah dia yang pelbagai tu. Sesiapa yang m


Berminat Membaca

Batu Karang

Hampir tiga bulan, urat di pinggang sebelah kiri Dell berasa sakit. Bila ditekan terasa urat tu bengkak. Mungkin kerana terlalu asyik mengadap komputer siang dan malam menyebabkan darah tidak berjalan dengan betul. Sudah beberapa kali diurut tapi opah (mak angkat pakar urut tradisional) kata bukan masalah urat ni mungkin berkaitan dengan buah pinggang.  Jadi Dell merujuk dengan kelu


Berminat Membaca

Mari sertai peluang perniagaan! -Iklan berbayar-

Jom Sertai kami!!Rebutlah peluang perniagaan dengan modal yang sangat rendah berkonsep FARMASI dan barangan serbaneka dengan mendaftar sebagai Pemilik Perniagaan (Bussiness Owner-BO). Melalui peluang perniagaan ini anda boleh mendapat faedah melalui 2 aspek:1)Franchisee: Mendaftar sebagai Pengendali Stor / Stokist2)Franchisor: Memperkenalkan kepada mereka yang berminat untuk mengendali


Berminat Membaca

Andai aku seorang penulis

Dell bersyukur kerana telah jumpa seorang rakan yang cenderung dalam bidang penulisan. Perkenalan secara tidak langsung melalui blog, telah memberi peluang kepada Dell untuk mengikutnya pergi ke sesi bersama penulis serta bengkel penulisan. Dell suka dengan cara pemikiran beliau dalam bidang penulisan walaupun beliau dari bidang pertanian (kini sedang melanjutkan pelajaran peringkat master)


Berminat Membaca

Hatiku gundah tak siapa yang tahu

Baru saat ini, Dell mempunyai kekuatan untuk mencatat diari 'musafir seorang pelajar' ini. Mood Dell secara drastik telah menurun secara mendadak selepas membentangkan proposal tesis di dalam seminar tesis pada hari Sabtu lepas. Teguran daripada seorang penilai yang telah menakutkan Dell dengan menyatakan bahawa dia tidak berpuas hati dengan perbentangan Dell dan mahu Dell bentang semula pa


Berminat Membaca

Bahang PRU13

Bahang PRU13 masih tidak reda nampaknya kerana Dell masih melihat status-status berbaur politik yang masih berterusan terpampang di dinding FB Dell. Dell sedaya-upaya tidak menyentuh isu tersebut kerana tidak mahu perdebatan yang berterusan yang mungkin akan menyebabkan Dell turut fanatik dan stres disebabkan hal ini. Biasalah masing-masing akan cuba mempertahankan pendapat masing-masing. 


Berminat Membaca

Sedar tak sedar, keretaku sudah berusia lebih tujuh tahun berkhidmat untukku. Masa yang berlalu terlalu cepat menyebabkan Dell nyaris-nyaris terlupa untuk periksa balancing dan alignment setelah menukar kesemua tayar pada awal tahun lepas. Mujur teringat lalu Dell hantar kereta untuk balancing dan alignment ketika Dell balik ke kampung hujung minggu lepas untuk membuang undi.  Nasib baik Dell cepat menghantar kereta untuk alignment dan balancing tayar tu sebab tayar di bah


Berminat Membaca

PRU13

Akhirnya pada tahun 2013, Dell selamat menunaikan kewajiban sebagai pengundi untuk kali pertama. Dulu, Dell tak kisah langsung tentang hal ini walaupun sudah daftar lama dah. Mungkin faktor usia yang semakin matang menyebabkan Dell terasa sangat bertanggungjawab untuk mengundi. Sementelah keadaan politik negara yang semakin tidak stabil sejak kes bekas timbalan TPM ketika itu. Dell kena


Berminat Membaca

Seminar Tesis

Bulan April merupakan bulan yang paling padat untuk Dell. Namun alhamdulillah, disebalik kepadatan masa itu Dell berjaya menyelesaikan beberapa perkara. Terasa letih sedikit tetapi berbaloi. Sekurang-kurangnya masa Dell terisi dengan kerja yang berfaedah, maklumlah semester ini Dell tiada kelas. Dalam kesibukan Dell menghadiri bengkel, mesyuarat dan tugas di tempat lain, Dell perlu menyi


Berminat Membaca

Kisah Mustafa Kamal Ataturk

Sudah lama Dell mencari buku ini kerana ingin mengetahui kisah Mustafa Kamal Ataturk. Tambahan pula, kisah ini ditulis oleh penulis terkenal iaitu Abdul Latip Talib. Dell ingin mengetahui bagaimana kisahnya digarap dalam bentuk novel. Sebelum ini, Dell pernah membaca mengenai kisah Mustafa ini dalam artikel di internet sahaja.  NOTA : Tak sangka anak murid Dell memiliki novel ini. Ba


Berminat Membaca

Cikgu nak air milo, tak?

Hari Isnin lepas, selepas bertugas di Inti University seperti biasa Dell terus ke rumah Fatini untuk kelas tuisyen. Ikutkan Dell memang teringin hendak singgah di restoren mamak berdekatan rumahnya untuk minum milo ais tetapi dek kerana Dell terasa penat, Dell batalkan niat tu. Dell sampai di rumahnya agak awal setengah jam sebelum pukul 8.00 malam. Dell terus minta izin untuk solat ma


Berminat Membaca

Xbox 360

Selepas Bengkel GMJ-ME minggu lepas, mereka ada bercerita tentang X-box. Dell tak pernah main permainan ini. Jadi, Dell tak dapat bayangkan bagaimana bentuknya. Maka, Dell dipelawa untuk mencuba permainan ini pada Ahad lepas selepas sesi kelas tuisyen tamat.  Oh, begini rupa-rupanya sensor permainan ini! Kita hanya perlu menggerakkan tangan sahaja untuk bermain tanpa perlu memegang apa-a


Berminat Membaca

Kisah pilu kucing jalanan

Pada 27 April 2013 (Sabtu) merupakan hari yang bersejarah bagi Dell. Semua yang berlaku tanpa dirancang. Sebenarnya, Dell tidak merancang akan ke PWTC pada hari tersebut. Dan kebetulan juga rakan blogger Dell lambat sampai di tempat yang dijanjikan iaitu di LRT Sg. Besi atas sebab-sebab tertentu. Ketika menunggu rakan itulah Dell bertemu dengan kucing yang malang ini. Kucing ini datang mengha


Berminat Membaca

Pesta Buku Antarabangsa 2013

Pada hari Sabtu lepas iaitu 27 April 2013, Dell berpeluang pergi ke Pesta Buku Antarabangsa bersama seorang rakan blogger. Dell tidak sangka berpeluang datang ke sini kerana kebetulan jadual Dell pada bulan ini terlalu padat. Dell tidak melepaskan peluang untuk menghadiri Forum Menjadi Penulis Sepenuh Masa anjuran Kota Buku. Forum tersebut diadakan di Bilik Sarawak, PWTC. Tempat forum berubah


Berminat Membaca
Page 1 of 26712345...267Next