Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Bengkel Tesis Cepat Siap - Mendeley



By  Kakdell     Jumaat, Mei 24, 2013    Labels:,, 


Pada hari Jumaat minggu hadapan (31 Mei 2013) ini, Dell akan menghadiri Bengkel Tesis Cepat Siap dan Mendeley yang akan diadakan di Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM. Mujur ada sahabat beritahu Dell tentang bengkel ini. Nyaris-nyaris terlepas. Apabila Dell membaca tentatif yang akan diadakan, Dell agak tertarik dengan Mendeley. Dell tak pernah dengar perkataan ini. Lalu Dell mencari maklumat di internet dan barulah faham sedikit tentang penggunaannya itu. 

Dell harap Mendeley ni dapat membantu Dell dalam mencari rujukan secara online di internet dengan lebih cepat dan tepat. Tak sabar rasanya untuk menimba ilmu pengetahuan yang baru. Woha!

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

1 ulasan:

  1. Saya pun baru dapat info dari blog Dr. OT sendiri.

    Mulanya ingat nak daftar di luar, tapi apabila dapat tahu ada yang diadakan di UPM dan harga separuh, rezeki! Eheh.

    Jumpa di sana kak!

    BalasPadam