Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Seminar "JOM HEBAT" Pascasiswazah 2013 Siri 1



By  Kakdell     Khamis, Oktober 10, 2013    Labels:, 
Pada hari Sabtu lepas (5 Oktober 2013), Dell berpeluang menghadiri Seminar "Jom HEBAT" Pascasiswazah 2013 untuk Siri 1. 

Melihat banner seminar ini sudah cukup buatkan kami rasa teruja
Dell bernasib baik kerana menerima pelawaan melalui WhatsApp daripada seorang rakan sekelas mengenai seminar ini beberapa hari sebelum menyambut hari raya puasa lepas. Setelah bersetuju, segala urusan diuruskan oleh rakan Dell ini.

Setiap peserta diberi sebuah pamplet berbentuk buku 
Seawal 7.45 pagi, kami sudah sampai di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM untuk pendaftaran. Kami datang awal kerana mendapat maklumat bahawa seramai 500 peserta telah mendaftar menyertai seminar ini dan kami mahu elakkan daripada kesesakan kereta dan kesesakan ketika pendaftaran.

Peserta yang mendaftar 500 orang!
Sebelum kami masuk ke dalam dewan seminar, kami singgah di bahagian penjualan buku untuk melihat buku yang dipamerkan. Akhirnya, Dell jumpa buku yang dicari-cari sebelum ini iaitu 'PHD : Kecil tapi Signifikan' yang ditulis oleh Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim. Dapatlah Dell memulangkan semula buku sama yang dipinjam daripada salah seorang pensyarah di fakulti dengan memiliki buku ini sendiri. 

Bahagian penjualan buku turut penuh dengan peserta yang ingin memiliki buku-buku berkaitan
Kami dikehendaki memakai tag tangan seminar sebelum masuk ke dalam dewan. Ini merupakan pengalaman pertama Dell masuk ke seminar dengan peraturan sebegini. Biasanya Dell memakai tag sebegini ketika masuk ke taman tema air atau ke dalam zoo. Huhu...

Comel tak tag tangan Dell?
Penuh kerusi-kerusi yang ada di dalam dewan. Apatah lagi dengan kehadiran Dr. OT sebagai penceramah pertama yang telah dikenali dengan teknik Tulis Tesis Cepat. 

Penuh dewan seminar!

Kemunculan beliau memang dinanti-nantikan oleh semua pelajar. Gaya beliau yang sempoi memudahkan pelajar memahami teknik yang beliau sampaikan. 

Hebat 1 : Tulis Tesis Pantas - Integrasi Doc Map dan Mendeley. (Dr. Othman Talib - UPM)
Slot kedua pula mengenai betapa mudahnya menulis literature review dengan menggunakan perisian ATLAS.ti. 

Hebat 2 : Wow, mudahnya buat Literature Review dengan ATLAS.ti (Pn. Ani Munirah Mohamad - UUM)
Setelah kami didedahkan dengan teknik-teknik yang agak berat bagi mereka yang baru mengenali perisian-perisian tersebut, kami direhatkan dengan slot ketiga mengenai motivasi khusus kepada mereka yang sedang di dalam pengajian Master dan PhD.

Hebat 3 : Master/PhD : Kekuatan Spiritual & Emosi. (Dr. Siti Uzairiah - UTM)
Kami tidak menyangka akan ada cabutan bertuah yang memberi hadiah yang agak mewah kepada peserta iaitu tiket pelancongan ke Vietnam dan Samsung Tab. Kebiasaannya, penganjur hanya memberi hamper sahaja. Memang bertuahlah sesiapa yang memenanginya. Slot cabutan bertuah dilakukan sebanyak dua kali iaitu sebelum waktu rehat dan sebelum seminar tamat.

Untuk sesi petang pula, kami didedahkan dengan penggunaan perisian AMOS/SmartPLS dan analisis instrumen atau questionnaire dengan menggunakan model Rasch.

Hebat 4 : Analisis Model Berstruktur : SEM dengan AMOS/SmartPLS. (Dr. Mohd. Awang Idris - UM)

Hebat 5 : Analisis Instrumen / Questionnaire : Rasch Model. (Dr. Akbariah Mohd. Mahdzir - UTM)
Seminar tamat pada pukul 5.00 petang. Pada pandangan Dell, isi kandungan di dalam seminar ini sangat bagus diterokai oleh para siswazah sebelum memulakan pengajian. Banyak benda baru yang Dell pelajari di sini walaupun ada perisian yang Dell tidak familiar atau tidak berapa faham cara hendak menggunakannya. 

Pendedahan awal merupakan titik bermulanya sesebuah ilmu itu. Jika ada rezeki, hadirlah ke seminar seperti ini. Sesungguhnya ilmu itu tidak akan habis setelah kita menggalinya. :)

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan