Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Jadi Penulis Kedua?



By  Kakdell     Khamis, Oktober 03, 2013    Labels:,, 
Dell baru sahaja selesai menyemak format untuk kali terakhir bagi kesemua artikel jurnal GMJ-ME sebelum dimuat turun ke laman web nanti. Inilah kehebatan zaman teknologi, segala-galanya boleh dilakukan di hujung jari sahaja walaupun di mana kita berada. 

Jadi Dell tidak berasa susah hati untuk ke mana-mana. Untuk pengetahuan semua, Dell masih lagi di kampung menikmati sisa-sisa cuti sebelum pulang ke kampus semula. 

Sepanjang seminggu ini, Dell berasa sangat teruja setelah mendapat beberapa panggilan yang merupakan peluang untuk Dell melaksanakan salah satu impian Dell iaitu menjadi seorang penulis. 

Seperti tidak percaya dalam masa seminggu ini, Dell menerima dua panggilan oleh mereka yang inginkan Dell menulis buku bersama-sama mereka. Bermakna Dell akan menjadi penulis kedua untuk buku-buku mereka. Sedar tak sedar, sudah ada empat orang inginkan Dell menulis buku bersama mereka.

Dell harap semuanya berjalan dengan lancar. Dell nakkan buku tersebut menjadi bestseller! Dell bersyukur mendapat banyak tips-tips daripada Tuan Zamri Mohamad dan rakan-rakan penulis amatur lain.

Dell juga bersyukur kerana mama Dell menyokong penuh apa yang Dell ingin lakukan terutamanya di dalam bidang penulisan dan lukisan.


NOTA :

1. Petang tadi, Dell diberitahu bahawa artikel Dell yang kedua untuk ruangan lain di Utusan Malaysia akan diterbitkan pada hari Sabtu ini. Jika benar, alhamdulillah. Berita ini diberitahu oleh 'subjek' (menjadi bahan dalam artikel Dell itu) yang telah ditelefon oleh wartawan setelah membaca artikel yang Dell hantar sebelum balik kampung baru-baru ini. Maka, hari Sabtu ini haruslah Dell membeli Utusan Malaysia.

2. Dell sudah menjumpai bahan untuk menulis artikel yang ketiga. Semoga dipermudahkan. Amin. :)

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

6 ulasan: