Benar apa yang dikatakan oleh Albert Einstein tu. Tanpa angan-angan atau impian, apa yang kita imaginasi itu tidak akan wujud. Tetapi, sebagai orang Islam jika impian, angan-angan atau cita-cita itu di jalan kebaikan walaupun agak lambat nampak hasilnya... percayalah jalan menuju ke situ akan dipermudahkan oleh-Nya dengan tidak kita sangka-sangka. Yang penting, kita kena rajin berusaha, berdoa dan tawakal.
Pengalaman Dell sendiri, untuk sampai ke tahap ini terlalu banyak dugaan yang perlu ditempuhi. Tak perlu jauh, ketika Dell berada di semester satu pengajian... Dell DIPERLI habis-habisan di dalam mesyuarat staf, depan semua staf yang hadir dalam mesyuarat itu. Dikait-kaitnya tentang pengajian PhD Dell. Sedangkan pengajian Dell tiada kaitan langsung dengan soal kerja dan mesyuarat itu (dalam mesyuarat itu cuma nak beritahu ada beberapa staf kena tarik ke tempat lain kerana kekurangan staf, seksyen Dell terlibat sama. Jadi, Dell perlu uruskan Seksyen Penyelidikan dan Inovasi keseorangan). Terasa AIB juga. Panas je hati mendengarnya. Dell malas nak bertekak, Dell buat dengar tak dengar je apa yang 'orang' tu kata walaupun 'dia' sengaja ulang berkali-kali dengan suara yang kuat (nak tarik perhatianlah tu). Nasib baiklah, ada seorang staf ini pun menyampuk "Dia diam tu, maknanya dia dah redha la tu. Buat apa nak cakap macam tu?". Barulah 'orang' tu diam. ~Ini cerita ketika Dell masih bekerja, sebelum mendapat tawaran biasiswa KPT tu~
Cuba bayangkan, Dell cuma sambung belajar je dah ada orang PERLI-PERLI. Bukan orang jauh pun, orang berdekatan je. Waktu tu, ramai terkejut Dell dah sambung belajar sebab Dell memohon senyap-senyap. Mungkin Dell diPERLI begitu kerana mereka sangka Dell akan bekerja lama di tempat itu. Sebenarnya, mereka langsung tak terfikir yang Dell akan tinggalkan tempat kerja itu secara drastik kerana telah memohon biasiswa. Bila kau mohon? ~Dell letak jawatan berkuatkuasa 31 Ogos 2012~
Pada tahun 2011 lagi, sudah ada beberapa orang yang berkenaan telah PERLI apa yang Dell hendak buat. Yang PERCAYA dengan isu yang Dell bawa ialah seorang pensyarah ni (sekarang ni dia merupakan supervisor Dell). Sejak isu itu dibincangkan, maka proposal pun disediakan. Yang menyokong proposal itu ialah beberapa orang profesor yang nampak hasilnya pada masa akan datang.
Alhamdulillah, kini Dell merupakan pelajar sepenuh masa dengan biasiswa penuh dan penyelidikan kami mendapat geran penyelidikan. Dell sudah tidak perlu lagi memikirkan soal kerja di pejabat dan hanya perlu tumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran dan penyelidikan.
~HAMPIR KESEMUA PEMENANG NOBEL PERNAH DIPERLI MALAH DIANGGAP GILA OLEH MASYARAKAT DI TEMPAT ITU~
NOTA :
- Dell sudah meninggalkan kelompok-kelompok 'mereka' yang negatif. Buang masa.
- Salah seorang sahabat Dell (kami bergabung tenaga sebelum ini untuk sesuatu projek tetapi terpaksa membatalkan projek tersebut atas sebab-sebab tertentu termasuk DIPERLEKEHKAN oleh 'SATU KELOMPOK') pun sudah berjaya dengan proposal beliau dengan bosnya untuk mewujudkan satu pusat kecemerlangan di UPM setelah diluluskan oleh Dato VC baru-baru ini. Kami berdua berjuang proposal yang berbeza dalam bidang masing-masing sejak setahun yang lalu dan hasilnya BERJAYA pada HARI yang SAMA. Kami BERJAYA kerana kami TIDAK PUTUS ASA.
- Tidak kira apa pun yang kita lakukan, yang penting ialah ILMU. Tanpa ilmu yang mencukupi, agak sukar kita hendak melaksanakannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan