Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Kursus Zero2Trainer



By  Kakdell     Jumaat, Oktober 11, 2013    Labels:,,,, 
Pada hari Ahad lepas (6 Oktober 2013), Dell berpeluang menghadiri kursus Train The Trainer iaitu 'Zero2Trainer' di HQ Smarts Coach di Rawang, Selangor. 

Berbual dengan Master Trainer, En. Kamarul Azhar Abd. Rahman sebelum kursus bermula pada pukul 9.00 pagi
Kursus ini dibimbing oleh Master Trainer dari Ahadan Coach iaitu En. Kamarul Azhar Abd. Rahman (dikenali juga sebagai Cik Bro) dan dibantu oleh Sir Noordin Khalid dari Smarts Coach. 

Kursus ini dibimbing oleh Master Trainer, En. Kamarul Azhar Abd. Rahman
Seramai 12 orang peserta menghadiri kursus ini. Banyak tips-tips yang Cik Bro kongsikan sama ada berbentuk teori mahupun berbentuk praktikal hasil daripada pengalaman beliau yang telah menceburi bidang ini sejak beberapa tahun yang lalu.

Beliau turut menceritakan bermulanya beliau dalam bidang ini sebagai pembantu kepada motivator dengan hanya dibayar sebanyak RM27 sahaja pada waktu itu tetapi beliau teguhkan hati kerana hendakkan pengalaman dan ilmu.

Sir Noordin Khalid pula menceritakan pengalaman beliau ketika menjadi trainer di luar negara dan turut memberi sedikit tips-tips apabila berhadapan dengan pelbagai bangsa di peringkat antarabangsa. 

Salah seorang peserta diminta membentangkan modulnya
Pada sesi petang, setiap peserta diminta membentangkan modul masing-masing. Dell tertarik dengan beberapa modul dan ilmu baru yang disampaikan oleh peserta-peserta yang mempunyai latar belakang dan pengalaman yang berbeza. Antaranya, mengenai metafizik, hartanah, terapi muzik dan lain-lain. Masing-masing ada kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.

Seramai 12 orang peserta yang teruja untuk mengikuti kursus ini

Bersama Hilmi Idris (Pengacara TV3 Dakwah Milenia - Da'i dan juga bekas Qari) 
Antara peserta yang hadir ialah Hilmi Idris (Pengacara TV3 Dakwah Milenia - Da'i dan juga bekas Qari, peserta dari kalangan korporat dan juga usahawan muda. Maklum balas daripada para peserta sangat memberangsangkan, mereka berharap kursus ini akan diadakan secara berterusan sebagai satu platform latihan.

Alhamdulillah, banyak ilmu yang Dell dapat di sini sama ada melalui master trainer mahu pun dalam kalangan peserta itu sendiri. Mudah-mudahan, ianya bermanfaat untuk perancangan seterusnya. Amin.


Laporan mengenai kursus Zero2Trainer oleh Sir Noordin boleh dibaca di sini : Zero To Trainer. :)

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

2 ulasan: