Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya
Modul Seminar Minda Super Smarts.
Pada hari Ahad lepas, 20 April 2014 - Smarts Coach telah menganjurkan Seminar Minda Super Smarts di Fazilah Kamsah Academy (FKA), Bandar Baru Bangi, Selangor. Alhamdulillah seramai 53 peserta telah menghadiri seminar ini. 

Suasana sesi pendaftaran.
Khusyuk mereka ini.
Mungkin ada peserta Kem Motivasi Zero to Hero sebelum ini menganggap modul yang digunakan di dalam seminar adalah sama... sebenarnya tidak. Seminar kali ini, kami menunjukkan beberapa teknik penggunaan otak kiri dan kanan. Malah, ada beberapa permainan serta senaman baru yang menjana minda kreatif.

Dell membantu menerangkan secara terperinci mengenai pola diri masing-masing.
Apabila mengenal pola diri, mudah untuk memperbaiki segala kelemahan diri dan meningkatkan kekuatan diri.

Peserta kelihatan lebih berkeyakinan setelah mengetahui pola diri masing-masing. Kebanyakan daripada mereka sudah ada impian tetapi selepas seminar, impian mereka menjadi lebih besar dan luas.

Sukanya dia... :)
Sesi bersama-sama ibu bapa.
Kesemua peserta yang terlibat.
Kesemua tim Smarts Coach dan FKA yang terlibat.
Didoakan kesemua peserta dan ibu bapa dapat manfaatkan segala ilmu yang telah dikongsikan di dalam seminar ini dalam pembentukan diri yang lebih baik dan cemerlang. 

Ingat, "Anda Bijak, Anda Boleh!"
NOTA :
Buku "Rahsia 100 Impian : Daripada Corot kepada Pakar" sudah boleh ditempah di impian@smartscoach.com. Harga senaskah RM34.90 (tidak termasuk kos pos laju sebanyak RM6). Jumpa kami di PBAKL untuk sesi bersama-sama penulis Jootawan pada 2 Mei 2014 nanti! :)


Gambar ketika seminar boleh dilihat di Fanpage Smarts Coach.

Program Tuisyen Rakyat Negeri Selangor (PTRS)
Bakal SPM

Hari ini merupakan hari pertama Dell mengajar Bahasa Melayu di bawah Program Tuisyen Rakyat Negeri Selangor (PTRS) di Pusat Tuisyen berdekatan dengan rumah Dell. Tuisyen ini khas untuk pelajar tingkatan 5. Semua pelajar yang datang di bawah program ini, tidak perlu bayar apa-apa. Senang cerita, tuisyen ini percuma untuk mereka. Tapi gurunya berbayar... Hihi...

Hari ini merupakan hari pertama untuk tuisyen subjek bahasa Melayu. Dell hanya perlu mengajar mereka 4 jam sahaja setiap bulan. 

Hari ini, Dell mengajar bagaimana menulis karangan. Mereka terkejut dengan soalan karangan Dell. Dell memang akan bagi soalan karangan yang sangat ringkas untuk hari pertama iaitu 'Impian Saya'. Walaupun nampak mudah, karangan mereka tetap perlu mematuhi format SPM. Sengaja Dell berbuat begitu kerana ingin mengetahui tahap penulisan mereka. Dari penulisan, Dell akan tahu tahap penguasaan tatabahasa mereka. 

Cara Dell mengajar memang lain dari cikgu sekolah (diakui oleh mereka sendiri). Dell ada teknik-teknik sendiri untuk memudahkan mereka menulis karangan. Jadi, mereka tidaklah takut hendak menulis.

Biasanya, Dell akan suntik motivasi kepada mereka dahulu, kemudian ajar mereka teknik-teknik menulis dan seterusnya membuka minda mereka supaya berfikir jauh ke hadapan.

Mudah-mudahan, mereka menguasai subjek ini. Amin.


P/S: sudah lama juga Dell tidak mengajar tuisyen. ;)
Angan-angan Dell untuk menerbitkan cerpen akhirnya tercapai apabila alumni penulisan novel melaksanakan sebuah Projek Cerpen Muzikal yang diketuai oleh mentor kami iaitu Pn. Azzah Abdul Rahman.

Dell tidak pernah mengetahui bahawa ada juga cerpen bergenre begini. Ianya sangat menepati jiwa Dell. Antara contoh cerpen berbentuk ini ialah Awan Nanako tulisan Pn Azzah AR.

Asalnya, Dell hendak mengambil lagu hindustan sebagai inspirasi menulis... tapi ilhamnya tak kunjung datang. Sehinggalah ketika Dell hendak tidur, tiba-tiba ada satu lagu Melayu yang popular lama dulu muncul di dalam minda Dell. Apalagi, Dell terus menulis cerpen tersebut tanpa berhenti. Takut hilang idea. Alhamdulillah... tepat azan subuh berkumandang, draft cerpen pertama Dell selesai.

Kini, Dell hanya perlu menyunting dan mengharmonikan bahasa supaya lebih sedap dibaca dan tidak janggal di minda pembaca.

Insya-Allah bulan Jun ini, buku antologi Cerpen Muzikal ini akan diterbitkan. Semoga Allah permudahkan segala-galanya dan memberi ilham yang berterusan kepada Dell untuk berkarya.


Nota :
Dell dalam proses menyiapkan sebuah buku berbentuk Indie atas permintaan seorang editor, yang mahukan Dell berkongsi pengalaman Dell kepada masyarakat terutamanya kepada golongan muda. Semoga Allah permudahkan Dell dan penulisan itu diterima oleh masyarakat. Amin.
Pada 13 April 2014 - Dell berpeluang menghadiri Bengkel Penulisan Kreatif Pn. Nisah Haron. Bengkel ini dianjurkan oleh PEMBINA Bangi bertempat di Pejabat ISMA DHL, Kajang. Selamat juga Dell sampai ke bengkel ini walaupun kereta comel Dell mengalami kerosakan ketika dalam perjalanan.

Bersama-sama Pn. Nisah Haron.
Seronok juga berguru dengan beliau. Pada awalnya, Dell ingatkan beliau ini garang orangnya setelah melihat statusnya yang agak tegas di laman facebook peribadinya, rupa-rupanya beliau pandai bergurau ketika berbengkel. Ada beberapa ilmu baru yang dapat dipelajari melalui beliau. Beliau turut mengetengahkan penulisan novel dengan menggunakan seni Surah Yusof seperti yang Dell pelajari daripada Pn. Azzah Abdul Rahman di Bengkel Penulisan Novel pada bulan Disember tahun lepas.

Sudah lama mencari buku ini.
Sudah lama Dell mencari buku ini. Rezeki kerana tinggal senaskah sahaja di bengkel tersebut. Dapat pula potongan harga. Yang paling berharga, tandatangan beliaulah di dalam buku ini. Apa-apa pun, Dell rasa sangat bertuah kerana berpeluang berguru dengan beliau.  :)
Rahsia Copywriting ---> Persepsi adalah segala-galanya! (Perception is everything!)

Bengkel Copywriting 

Pada 12 April 2014 - Dell berpeluang menghadiri Bengkel Copywriting bersama-sama Tuan Aqif Azizan yang dianjurkan oleh Ainon Bussiness School (ABS). Bengkel diadakan di Prima Sri Gombak selama 4 jam bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang.

Bersama-sama Tuan Aqif Azizan. Dell kagum dengan beliau yang menjadi jutawan dalam usia yang muda dalam bidang penulisan.

Beliau merupakan seorang penulis copywriter yang sangat berjaya terutama dalam bidang perniagaan. Beliau baru berusia 24 tahun! Bukan mudah untuk menjadikan setiap perkataan menjadi duit. Banyak tip-tip yang dikongsikan oleh beliau. Dell suka mendengar pengalaman beliau berguru dengan Pn. Ainon Mohd. (yang merupakan salah seorang businesswomen yang bertaraf jutawan di Malaysia).

Menurut beliau, copywriting merupakan satu seni untuk pengaruh pelanggan buat apa sahaja yang kita mahu tanpa memaksa mereka. 

Sesebuah perniagaan yang berkembang dengan berjaya perlu melakukan kedua-dua perkara ini :
   1. Kurangkan kos tapi profit tinggi.
   2. Meningkatkan profit.

Dalam penulisan copywriting, tiga perkara ini harus ada :
   1. Headline - makes people read (75 % penting) 
   2. Offer - makes people pay
   3. Call To Action - completes the transaction.

Elemen penting dalam copywriting pula :
   1. Menulis kepada pelanggan yang betul.
   2. Guna ayat yang betul.
   3. Pada tempat yang betul.
   4. Masa yang betul.

Antara iklan yang harus kita lihat sebagai contoh yang berjaya ialah Amazon.com. yang mana setiap produk mempunyai iklannya tersendiri. 

Pada awalnya, Dell menganggap penulisan copywriting ini adalah mudah, rupa-rupanya tidak. Seelok-eloknya kena belajar ke tahap lebih tinggi. Insya-Allah, jika ada kesempatan Dell akan mencari buku mengenai penulisan berpengaruh itu. :)
Rich Dad Poor Dad - Robert T. Kiyosaki

Tentu ramai sudah membaca buku ini, paling tidak pun tentu pernah melihat buku ini di kedai-kedai buku yang pernah popular suatu ketika dulu. Ntah mengapa, Dell tidak teringin untuk membacanya sebelum ini sedangkan Dell amat meminati kisah-kisah berunsur motivasi. 

Hati Dell tergerak untuk membaca buku ini setelah diperkenalkan oleh salah seorang kenalan Dell iaitu En. Hamizi Hamdan yang merupakan sifu hartanah ketika kami semua berbincang mengenai masalah-masalah pengurusan di Bengkel The Creative Trainer.

Bersama-sama En. Hamizi Hamdan, Sifu Hartanah.
Dell tertarik ketika beliau mengatakan bahawa apa yang diceritakan oleh Robert Kiyosaki di dalam buku tersebut hampir menyerupai kisah hidupnya. Sebelum beliau berjaya seperti sekarang ini, beliau juga pernah menghadapi kegagalan. Terutamanya, apabila beliau menceritakan tentang kegagalan dalam pengurusan kewangan. Apa beza di antara liabiliti dan aset? Bila sebenarnya sesuatu itu menjadi aset kita dan bukan liabiliti?

Beliau ada bercerita juga tentang pengeluaran duit untuk pembelian sesuatu yang kita anggap sebagai aset sedangkan ia adalah liabiliti. 

Rata-rata jutawan muda yang Dell jumpa, kebanyakan mereka ada pendapatan melalui saham. Dell juga dilatih oleh Sifu Siddiq dalam bidang pelaburan saham. 

Seperti pepatah yang biasa kita dengar, "Don't put eggs in one basket." 

Selain ASB dan tabung haji, Dell turut mengambil insurans takaful. Dell sudah mulakan pelaburan ini sejak 5 tahun lepas. Baru-baru ini, Dell agihkan sedikit duit ke dalam pelaburan yang diuruskan oleh Sifu Siddiq.

Inipun Dell tengah cuba untuk meletakkan sedikit duit untuk saham di Bank Rakyat. Kena mohon dulu, tak pasti dapat atau tidak. Khabarnya, senarai menunggu memang sangat panjang.

Bukan mudah mendisiplinkan diri untuk tidak mengeluarkan segala dividen yang ada. Kena kawal nafsu berbelanja. Sebab itulah Dell sangat berhati-hati dalam berbelanja.

Apa-apapun, buku ini sangat digalakkan baca. Dari sini, kita akan tahu sedikit sebanyak bagaimana hendak menguruskan kewangan kita.