Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Guru



By  Kakdell     Isnin, September 17, 2012    Labels: 

Semalam Dell berpeluang menonton Filem Hindi berjudul 'Guru' di TV3. Filem ini cuma mengambil masa tidak sampai 10 minit untuk menarik minat Dell untuk terus menontonnya. Dell tahu filem ini adalah salah satu filem yang membentuk satu motivasi bagi orang yang hendak berjaya dalam hidup.

Filem ini mengisahkan seorang anak muda bernama Gurukhant Desai lakonan Abhishek Bachchan yang tinggi untuk berjaya dalam hidupnya. Bapanya selalu membantah apa yang diangan-angankan olehnya kerana tidak mempercayai dengan konsep angan-angan. Guru hendak membuktikan bahawa angan-angan dia akan berjaya suatu hari nanti dengan mengambil langkah awal berhijrah ke Turkey dengan usia yang sangat muda.

Pelbagai dugaan dan cabaran yang Guru hadapi untuk berjaya ke tahap yang tertinggi, namun Guru mempunyai prinsip dan keberanian dia bersuara menyebabkan dia berjaya menepis banyak halangan sehingga ramai yang akur akan kehendaknya.

Salah satu yang Dell suka prinsipnya ialah 'Biarlah orang nak kata kita macam-macam, yang penting kita akan tetap maju ke hadapan!"

Banyak lagi kata-kata motivasi di dalam filem ini yang kita boleh jadikan sebagai pencetus semangat. Cubalah tonton filem ini dan fahamkan konsepnya untuk berjaya dalam hidup.

Selamat menonton!

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan