::Tulisanku di Blog Putri Lindungan Bulan pada 19 Julai 2011::
Pabila orang tidak suka
Manisnya madu dikatanya cuka
Pabila orang tidak suka
Intan belian dikatanya kaca
Pabila orang tidak suka
Pujian ikhlas dikatanya menghina
Pabila orang tidak suka
Bunga cantik dikatanya duri berbisa
Pabila orang tidak suka
Bercakap benar dikatanya dusta semata
Pabila orang tidak suka
Berada di sisi dikatanya sibuk sahaja
Pabila orang tidak suka
Kasih sayang dibalas dengan tuba
Pabila orang tidak suka
Panjang nyawanya diharapkan pendek nafasnya
Pabila orang tidak suka
Elok kita buat tak endah sahaja
Kenali Kakdell
Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.
Kasih Sejati

Warkah Nenda

Dalam Kalbu

Di hari Persandingan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan