Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Hotel for Dogs



By  Kakdell     Isnin, September 17, 2012    Labels: 

Ada suatu hari itu, Dell secara tidak sengaja tertonton cerita 'Hotel for Dogs' yang mengisahkan dua adik beradik (Andy dan Bruce) yang kematian ibu bapa tinggal di rumah keluarga angkat yang mempunyai seekor anjing yang bernama Friday.

Mereka berdua ni selalu bertukar keluarga angkat disebabkan kenakalan mereka. Dalam masa itu, Friday ni disembunyikan di pelbagai tempat bagi mengelakkan keluarga angkat mereka tahu mengenainya.

Sehinggalah suatu hari, ada satu kejadian yang menyebabkan mereka tidak tersengaja memasuki sebuah hotel yang terbiar berdekatan dengan tempat tinggal mereka.

Rupa-rupanya, hotel itu mempunyai dua ekor anjing yang merupakan tetamu pertama menginap di situ iaitu Lucky dan Gorgia.

Banyak kejadian yang berlaku di dalam hotel tersebut... dari tiga ekor anjing menjadi enam ekor dan seterusnya bertambah!

Andy dan Bruce juga mendapat 3 kawan baru yang membantunya menjaga anjing-anjing tersebut.

Bruce, adik Andy pandai mereka cipta alat-alat menjadi sebuah teknologi yang moden untuk kemudahan anjing-anjing tersebut! Percayalah kamu semua akan terpesona dengan teknologi-teknologi tersebut!

Seronok apabila Dell melihat telatah anjing-anjing tu!


Mesin menyediakan makanan untuk semua anjing!


Menunggu makanan

Cara nak 'poo poo'
~Kamu perasan tak, ada pewangi yang bergantungan dekat dengan tingkap tu? Wink-wink~


P/S : Apabila menonton filem ni, terasa seperti teringin je hendak membina 'Hotel for cats' pula! Amacam cats lover? Dapat inspirasi semasa menonton cerita ni?

~Terharu semasa melihat babak akhir ketika Bernie memanggil nama-nama anjing yang datang ke hotel tersebut dengan latar belakang... anjing tu keluar dan duduk di tangga...~

~Jangan lupa baca kat label 'Kasih Si Kuning' yea...~

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan