Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Jangan diperkecilkan



By  Kakdell     Isnin, September 17, 2012    Labels: 

Jangan tidak percaya, Dell pernah diperkecilkan tentang perkara-perkara yang dianggap tidak munasabah. Kalau hendak disenaraikan, banyaklah pula. Tapi Dell kongsikan yang satu ini sahaja.

Percaya tak, disebabkan Dell suka pakai telekung yang diwakafkan di surau pejabat suatu ketika dulu... Dell diperli-perli. Ingat lagi kata-katanya, 

"Kau pakai telekung siapa tu?"
"Telekung surau ni, wakaf."
"Kau takde telekung sendiri ke?"
"Ada kat rumah, dah kat surau ni ada telekung wakaf, apa salahnya pakai?"
"Aku tak boleh nak pakai barang-barang orang ni. Lain kali, bawalah telekung sendiri!"
"Saja saya nak pakai telekung wakaf kat sini, sekurang-kurangnya pemberi telekung tu dapat pahala."
"Kau asyik pakai telekung kat sini, tak basuh ke?"
"Kadang-kadang, saya bawa balik dan basuh."

Senyap...

Dalam hati, terasa juga. Salahkah aku memakai telekung wakaf? Terasa sangat pelik dengan orang-orang yang kelihatan jelik jika kita memakai telekung wakaf. Pada Dell, tak salah. Setiap orang ada pendirian masing-masing dalam membuat amalan, jadi jangan diperlekehkan. Hanya Allah sahaja tahu, amalan seseorang itu ikhlas atau pun tidak. 


Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan