Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Keputusan Peperiksaan



By  Kakdell     Jumaat, Januari 18, 2013    Labels: 
Setelah berhempas-pulas menyiapkan segala tugasan yang diberi serta menjawab soalan peperiksaan akhir awal bulan tempoh hari, akhirnya hari ini Dell tersenyum puas melihat keputusan peperiksaan semester ni. Alhamdulillah... segala kegusaran dihati hilang begitu sahaja. Lega rasanya. Dell harap keputusan sebegini berterusan sehingga tamatnya pengajian Dell nanti walaupun sebenarnya TESIS yang penting tetapi keputusan peperiksaan untuk subjek juga penting untuk menaikkan semangat dan motivasi Dell sebagai seorang siswazah. Chaiyok2!

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

4 ulasan:

  1. Eh? Master research pun ada keputusan peperiksaan? Saya ingat hanya pada awal semester sahaja ambil subjek. Macam saya dengar baru-baru ini, pelajar pasca-siswazah yang berdaftar tidak perlu lagi ambil 9 jam kredit kelas. Ia pilihan (optional).

    Saya pula untuk semester 1 ini agak teruk. Terambil subjek sukar. Saya berdoa agar Prof. bagi markah terbaik. Yelah. Saya ini budak bio. Diminta ambil subjek fizik. Memang susah la masuk...

    p/s: kak boleh hubungi saya dengan Wikipedia
    http://ms.wikipedia.org/wiki/Khas:E-mel_pengguna/Izhamwong

    Insya-Allah, nanti saya balas.

    BalasPadam
  2. Jangan tak tahu, walaupun PhD kami masih kena ambil 4 subjek (ini untuk pelajar yang mendaftar sem lepas, sem ni wajib ambil satu subjek je... untung mrk). Masih kena buat tugasan dan ada peperiksaan akhir. Saya dah semester dua sebenarnya. Lambat memohon biasiswa dan ditaja.

    Sebenarnya, ada salah satu tempat saya ajar home tuition (salah seorang pensyarah fakulti saya) hendakkan satu cikgu tuisyen untuk ajar anak dia BI terutama untuk penulisan BI. Saya tak ajar BI, saya ajar subjek lain. Kot-kot kalau awak berminat. Sebab tu saya minta mekanisme yang mudah untuk saya menghubungi awak untuk berbincang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh begitu. Kak emel sahaja izham.upm[at]gmail.com

      Padam
    2. Saya dah emel maklumat tu, nanti bacalah ya.

      Padam