Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Cabaran



By  Kakdell     Selasa, Mac 05, 2013    Labels: 


Keluarga A :
Nampak gayanya, minggu hadapan Dell terpaksa bertegas sedikit dengan mereka ni kerana kelihatan mereka dalam keadaan selesa dan suka menyiapkan latihan yang diberikan dengan masa yang lama. Terutama bagi subjek BM, kelihatan mereka tidak suka menulis karangan. Mereka lebih suka Dell ajar Matematik dan Sains. Mereka selalu pujuk Dell untuk mengajar subjek-subjek tersebut apabila Dell suruh mereka buat latihan BM. 

Bukan apa, Dell risau dengan tahap penulisan BM mereka yang masih lemah walaupun sudah ada peningkatan sedikit. Mungkin tekanan untuk peperiksaan belum lagi terasa memandangkan masih awal tahun. Tetapi kalau boleh, Dell nak mereka belajar lebih awal supaya ada masa untuk ulangkaji pelajaran. 

Kadang-kadang, kelihatan mereka semua hendakkan perhatian lebih daripada Dell tapi sukar untuk Dell bahagikan kepada empat pelajar. Keempat-empat mempunyai level yang berbeza dan mereka belajar berbeza subjek dalam masa yang sama. Itu belum mereka usik- mengusik antara satu sama lain sehingga akhirnya bergaduh dan menangis. Pening kepala Dell dibuatnya. Dell memang sukar nak marah, selalunya emak mereka atau kakak yang sulung akan marah mereka ni. 


Keluarga B :
Dell sedang memikirkan bagaimana hendak mencari cara mengajar yang baru untuk salah seorang pelajar dari empat beradik ini. Dia sukar untuk mengeja perkataan walaupun sudah Darjah 5. Kakaknya kata dia sendiri sudah tak sanggup untuk membantu adiknya itu dan berharap Dell mencari idea bagaimana hendak membantu adiknya. 

Bagi Dell, adiknya ini ada keistimewaan tersendiri. Dia pandai melukis dan pandai muzik. Tulisan pun cantik. Cuma kelemahannya adalah dari segi ejaan. Dia akan mengeja sesuatu melalui sebutan yang dia fahami. Ini bermakna dia tidak tahu menyebut dengan betul. Mungkin disebabkan masalah ini, dia berasa kerdil dan sentiasa ingin berkepit dengan abangnya. 


NOTA :
1. Bukan mudah menjadi cikgu tuisyen secara persendirian ini, Dell perlu mencari kaedah yang sesuai untuk tahap seseorang pelajar yang tidak dapat menangkap apa yang dipelajari di sekolah.
2. Dell kena banyak bersabar dengan karenah mereka. 
3. Dell selalu juga memberi sedikit ceramah motivasi kepada mereka supaya mereka ada semangat untuk maju dan berjaya walaupun pelajaran mereka masih lemah.

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

4 ulasan:

  1. Setuju! Saya juga terfikir bagaimanalah nak tingkatkan pemahaman keluarga yang saya ajar. Saya rasa saya kena jarakkan sedikit antara 4 orang yang berlainan level nih.

    Kemudian bagi mereka ujian. Saya takut nanti apa yang saya ajar, tak masuk dalam minda mereka.

    Saya beri mereka rehat apabila mereka mula pusing untuk main-main. Lepas tu panggil semula untuk buat kerja.

    Keluarga B itu, tak sabar nak tahu perkembangannya. (y)

    BalasPadam
  2. Harap-harap apa yang saya lakukan dapat meningkatkan daya kefahaman mereka. Terutama bagi anak murid yang masih ada masalah mengeja itu. Banyak yang perlu saya ajar tu kerana dia lemah dari segi pengimbuhan, pemajmukan kata dan struktur ayat. Mungkin saya kena ajar mereka bagaimana hendak membina ayat dari asas iaitu subjek dan prediket dahulu seterusnya ke wacana.

    BalasPadam
  3. Mungkin kak boleh guna teknik reverse engineering? Macam adik kawan saya yang belajar di New Zealand, mereka diajar untuk ekspresi diri dengan BI dahulu. Betul atau salah kemudian. Apabila sudah yakin, barulah dibetulkan kesalahan itu satu per satu.

    Kalau kak ajar apa itu subjek, apa itu prediket dan wacana... saya tak pasti budak tu faham ke tak. Sebab saya pun terasa berat je bila nak belajar struktur ayat. Heh.

    BalasPadam
  4. Ikutkan cara saya mengajar mirip seperti adik kepada kawan kamu tu. anak murid yang lain, tiada masalah cuma ada seorang dua tidak boleh ikut cara sebegitu. Terpaksa guna cara yang lain. Pada awalnya, saya ingatkan ada yang menghidap disleksia tapi rasanya tidak bila saya semak latihan tu. Tambahan pula, bukan semua pelajar ini dianugerahkan bakat mengolah. Ada yang masih tidak ikut cara biasa. Ada yang setelah diterangkan cara sebegitu, baru mereka faham. Walaupun kelihatan seperti membosankan bagi kita, kita terpaksa menerangkan skop itu dengan cara tersendiri agar dapat meningkatkan pemahaman mrk. Itu pun mungkin dengan berbeza cara setelah mrk msh tak fhm.

    BalasPadam