Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Mujur cikgu dah tak merajuk...

Keluarga C Hari Khamis lepas, setelah tugas Dell di Inti University, Nilai selesai... Dell bergegas ke rumah Fatin untuk mengajarnya pula. Memang tiada rehat langsung. Sampai sahaja di rumahnya, Dell terus solat maghrib.  Dell perasan Fatin dengan cerianya menjemput Dell masuk ke dalam rumah. Nampak juga dia terkejut Dell datang dengan berpakaian baju kurung (maklumlah berpakaian f


Berminat Membaca

PhD kecil tapi signifikan

Selepas Dell menghadiri Bengkel Sistem GMJ-ME pagi tadi, Dell singgah di salah sebuah bilik pensyarah yang merupakan admin kedua GMJ-ME ini. Sebenarnya Dell hendak berjumpa dengan supervisor Dell hari ini setelah membuat temu janji pada Jumaat minggu lepas, tapi kemungkinan beliau ada hal menyebabkan sms Dell tidak dibalas. Ketika lepak sebentar di bilik pensyarah ini, Dell membaca tesis PhD


Berminat Membaca

The Garden Cafe II

Ini merupakan kali kedua Dell menjejakkan kaki di The Garden Cafe Mines. Kali ini bersama dengan sahabat Dell, As. Dell teringin nak makan Chicken Chop waktu itu. Dan rezeki Dell kerana restoren ini membuat promosi untuk beberapa menu dengan harga RM10.90 satu set bersama dessert dan air.  Inilah menu Chicken Chop yang Dell pilih. Memang sedap! Tak rugi mencuba. Besar pula tu. Kuah bla


Berminat Membaca

Cikgu merajuk

Keluarga BAin menyatakan kebimbangannya tidak mendapat A untuk subjek Sains dan kelemahannya dalam membuat ringkasan bahasa Melayu pada Jumaat lepas. Jadi, Dell mencari buku rujukan yang sesuai untuk Ain. Gembira sungguh dia dengan buku rujukan tersebut kerana buku tersebut mudah untuk dirujuk yakni ringkas dan padat. Untuk menerangkan Sains, Dell selalu buka beberapa laman web dan tunjukkan ke


Berminat Membaca

Mee Celop

Beberapa hari lepas, Dell sudah kehabisan idea hendak makan di mana berdekatan dengan rumah Dell ini. Jemu asyik makan makanan barat dan makanan mamak. Akhirnya, Dell memberanikan diri untuk mencuba makanan di gerai tepi jalan berdekatan dengan rumah Dell.  Dell tertarik dengan menu di salah sebuah gerai makanan berhadapan dengan Restoren Sofea Taman Equine. Dell mencuba Kuetiaw Celop.


Berminat Membaca

Label SIRIM

Selepas pulang dari mengajar tuisyen malam tadi, Dell tergerak hati untuk periksa peti surat. Macam biasa bil air yang percuma dan bil elektrik yang perlu dibayar kerana penggunaannya melebihi RM20 sebulan. Ada satu surat yang Dell tak biasa terima sebelum ini. Yang pastinya bukan kad jemputan kahwin ya. Bila Dell buka sahaja sampul surat tu, rupa-rupanya label SIRIM untuk mini Ipad Dell.


Berminat Membaca

Earphone Ferrari

Ketika berada di Klang, Dell mengambil kesempatan singgah sebentar di Klang Parade. Rupa-rupanya, Klang Parade ini dah nak ditutup. Banyak kedai yang dah kosong dan kebanyakan kedai melelong jualan mereka dengan harga yang murah. Malah ada juga beberapa kedai yang sudah berpindah di Jaya Jusco Bukit Tinggi, Klang.  Asalnya, Dell singgah di sini untuk mencari makanan. Tapi keadaan di tempat


Berminat Membaca

Burung Pokemon

Comel kan burung ini? Dell benar-benar terpikat dengan burung ini. Burung ini sangat peramah dan aktif. Dia tak terbang walaupun dilepaskan dari sangkarnya malah berjalan-jalan di atas tangan Dell. Burung ini juga suka gigit-gigit manja jari Dell. Suaranya pun merdu. Dell suka bermain-main dengan burung ini atas keizinan tuannya jika datang ke salah sebuah kedai pet berdekatan dengan rumah De


Berminat Membaca

Lukisan itu...

Ini merupakan buku pertama Dell dalam bidang lukisan. Dell suka melukis masa sekolah dulu cuma tidak dapat galakan. Nak merasa melukis adalah semasa Dell sekolah menengah dulu sebab ada subjek Pendidikan Seni. Sejak tingkatan 6 sehingga kini, Dell tidak berpeluang untuk menyentuh alat lukisan kerana sibuk dengan kerja dan belajar yang tidak memerlukan Dell untuk melukis. Kadang-kadang sahaj


Berminat Membaca

Berbaki lagi RM50...

Untuk membeli kesemua buku-buku ini, Dell terpaksa pergi 3 buah kedai buku Popular dan sebuah kedai MPH. Payah benar hendak membeli buku-buku yang menjadi idaman hati. Disebabkan kesibukan masa, Dell tidak sempat untuk ke Pesta Buku Antarabangsa nanti kerana bertugas di Inti University bermula Khamis ini sehingga 3 Mei nanti. Selepas itu, perlu pulang ke kampung pula untuk menunaikan tanggu


Berminat Membaca

Nasi Ayam Habibi

Ketika Dell berada di Tesco Setia Alam, Dell berpeluang menikmati Nasi Ayam Habibi di sini. Nasi dan ayamnya sangat lembut manakala sambal serta supnya sedap. Set Nasi Ayam bersama kerabu yang Dell pilih ini hanya berharga RM5. Kerabunya pun sedap. Kombinasi yang sesuai. Sesiapa yang duduk berdekatan di sana, bolehlah mencuba.


Berminat Membaca

Restoren Ikan Bakar Pulau Ketam

Ada satu Restoren Ikan Bakar Pulau Ketam yang terletak di Batu Nilam, Bukit Tinggi Klang. Restoren ini pernah menerima kedatangan JJCM TV3. Dell dan supervisor tidak melepaskan peluang untuk mencuba Ikan Bakar di sini. Dell memilih Ikan Bawal masak Thai Grill manakala supervisor Dell pilih ikan Saba masak Thai Grill. Ikannya memang besar. Tak perlu makan dengan nasi pun dah terasa sangat ke


Berminat Membaca

Subway

Supervisor Dell suka makan Subway, jadi Dell merasa makan sandwich di sini. Dell memilih Turkey dan Chicken Ham. Manakala supervisor memilih Beef Roast. Memang kenyang gilalah selepas makan sandwich gergasi ini.  Dell memilih Double Chocolate Cookies.


Berminat Membaca

Black Canyon

Ketika berada di Klang, Dell berpeluang menikmati beberapa menu makanan di beberapa restoren yang sebelum ini Dell teringin untuk menikmatinya. Semua perbelanjaan ditanggung oleh supervisor Dell. Meh Dell cerikan menu yang Dell dan supervisor makan di Black Canyon, Jaya Jusco Bukit Tinggi Klang. Serius Dell katakan, makanan di sini sangat sedap! Minuman yang dihidangkan juga sangat menepati c


Berminat Membaca

Cover jurnal GMJ-ME yang terpilih

Akhirnya dalam mesyuarat GMJ-ME, mereka sebulat suara memilih cover yang ini. Ini merupakan reka bentuk cover kedua Dell. Pemilihan cover ini berlangsung ketika Dell berada di Klang kerana menghadiri kursus.  Mesyuarat diadakan sekali lagi sehari selepas Dell pulang dari kursus iaitu pada hari Rabu minggu lepas. Mesyuarat pada kali ini lebih membincangkan tentang proses perisia


Berminat Membaca

Hotel Prescott Klang

Sudah lama Dell menyepikan diri dari menulis blog. Dell terasa terlalu penat dengan menghadiri kursus selama sepuluh hari di Klang. Maklumlah, mempelajari sesuatu yang bukan bidang memerlukan banyak kosentrasi di bahagian otak. Balik je dari kursus, memang Dell kena berehat kerana keletihan otak dan perlu bersiap sedia untuk ilmu baharu keesokkan harinya pula. Di bilik hotel inilah, Dell


Berminat Membaca

Lawalah kasut awak!

Ketika Dell masuk ke dalam bilik hotel, tiba-tiba Dell ternampak ada sebuah nota diletakkan di atas kasut Dell. Tergelak Dell membaca nota tersebut, ianya berbunyi ; "Helo saya nak tanya kat mana ya awak beli kasut awak nie.... Lawa la kasut awak nie..." Kali pertama, cleaner hotel tanya tentang kasut Dell. Ingatkan apalah tadi. NOTA: Dell telah menjawab nota tersebut dengan melet


Berminat Membaca

Reka bentuk laman web

Hari ini, Dell belajar cara-cara untuk membina laman web serta penggunaan Adobe Photoshop. Penambahan ilmu ini membuatkan Dell dan supervisor Dell bertambah teruja untuk menghasilkan sesuatu. Kami turut didedahkan keajaiban penghasilan gambar melalui Adobe Photoshop. NOTA : Supervisor Dell kata selepas habis mengikuti kesemua kursus ini, Dell sudah boleh menulis tesis dengan lengkap dan


Berminat Membaca

Kursus AutoCAD 2D

Hari ini merupakan hari pertama Dell mengikuti Kursus Technical Design Course yang pernah Dell katakan sebelum ini. Sejak semalam, Dell bersama supervisor sudah berada di Klang. Kami menginap di salah satu hotel di sini agar mudah untuk kami berbincang mengenai penyelidikan kami setiap kali selepas kursus.  Hari ini, kami belajar mengenai AutoCAD 2D dahulu. Tak sangka Dell akan meng


Berminat Membaca

Baucer Buku RM50 pertama

Setelah sebulan dalam simpanan Dell, akhirnya pada hari Jumaat lepas Dell berjaya menggunakan RM50 pertama. Itu pun Dell beli buku-buku di kedai Popular di Jaya Jusco Cheras Selatan. Kebetulan ada sahabat Dell ajak keluar jalan-jalan di situ. Ikutkan banyak buku yang Dell nak, tak jumpa. Kecewa juga dibuatnya. Hendak menunggu Pesta Buku Antarabangsa 2013, Dell tak pasti sempat atau tidak


Berminat Membaca

Comel tak saya?

Amacam, comel tak Kak Ton? Dush dush, bukan Kak Ton la tapi Kimmy! Ini merupakan tempat rasmi Kimmy bergolek-golek sebelah mummy ketika tidur pada waktu malam. 


Berminat Membaca

Eh eh?

Belum apa-apa si Kimmy dah rasmikan dulu barangan yang Dell beli. Tengoklah dalam gambar tu, selamba je dia tergolek... siap terkangkang pula tu! Ish, tak malu si Kimmy ni.  Tengok-tengok je dah berlubang selipar yang baru Dell beli. Masa bila pula la dia pi gigit selipar ni. Aduhai, geram je! Rasa nak babab buntut si Kimmy ni. Agaknya dia berasa geram kot selipar ni jenis getah.


Berminat Membaca

Cover untuk jurnal GMJ-ME

Inilah reka bentuk cover jurnal GMJ-ME yang dapat Dell fikirkan setakat ini. Harap-harap ketua editor terima. Dell suka reka bentuk yang ringkas dan sesuai. Cover ini perlu ada untuk memenuhi keperluan di dalam KM-Portal. 


Berminat Membaca

Nampak tak?

Inilah habit si Kimmy. Pantang letak baju di mana-mana, mesti dia nak masuk ke dalam tu dan duduk di situ. Lama tau dia berkeadaan seperti di dalam gambar tu. Agaknya sejuk kot di dalam tu atau dia berasa seolah-olah berada di dalam satu lubang untuk meneropong musuhnya! 


Berminat Membaca
Page 1 of 26712345...267Next