Pokok Bunga Tenggek Burung? |
Setelah sepuluh tahun pokok ini berada di depan rumah Dell di kampung, ianya sepi di situ tiada siapa pun yang pandang. Sehinggalah pada hari raya pertama baru-baru ini, salah seorang saudara memberitahu mama Dell yang dia sangat tertarik dengan pokok bunga ini. Katanya, bunga di pokok ini bentuknya seperti burung. Setelah itu barulah kami semua perasan, memang benar bentuk bunganya seperti burung.
Mama Dell memberitahu bahawa setiap pagi mesti burung-burung yang kecil akan bertenggek di atas bunga tersebut untuk menghisap madu. Dell cuba mencari nama pokok ini di internet, malangnya tidak berjumpa. Nak kata namanya Pokok Tenggek Burung... seolah-olahnya bukan. Ini kerana pokok yang bernama Pokok Tenggek Burung, daunnya digunakan untuk ulam-ulaman.
Dell sedang mencari cara bagaimana hendak membiakkan pokok ini. Dell membayangkan menanam pokok bunga ini disekeliling pagar di depan rumah. Sudah pasti selepas itu, setiap pagi akan bertambah riuh bunyi burung bercicip di depan rumah.
Sebenarnya, pokok ini diberi oleh seseorang kepada mama Dell sepuluh tahun yang dulu. Orangnya pun dah tak tahu di mana. Oleh sebab itu, mama Dell tidak tahu bagaimana hendak membiakkannya. Jika ada sesiapa yang membaca artikel ini dan tahu bagaimana hendak membiakkannya, sila kongsikan ya! :)
Berdasarkan apa yang saya lihat, itu pokok lelipan kak. Boleh rujuk di http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=286&cat=HERBA
BalasPadamAkak rasa bukan pokok lelipan. Ini kerana mama akak menerima dua jenis pokok yang hampir serupa tapi tak sama. Satu pokoknya seperti pokok lelipan (daunnya rimbun tapi tiada bunga) dan satu lagi pokok yang berbunga bentuk burung (tetapi daunnya hampir tiada).
PadamSebab pokok ni ada dua jenis kak. Kalau istilah biasanya, ada jantan dan ada betina. Kalau istilah botaninya diecious. Mungkin kak dapat yang betina sebab itu ada bunga.
PadamOh, ye ke? Maknanya mama akk dapat sepasang pengantin ler... Masa tu pokok-pokok masih kecil lagi...
PadamSaya sudah jumpa namanya. Kak boleh google Pedilanthus tithymaloides
BalasPadamOh ya? Terima kasih Izham :)
PadamSaya pun ada sepokok pokok burung ni..warna hijau..burungnya dari dua menjadi 4 selepas itu lapan dan mungkin selepas ini 16..dari satu cabang..
BalasPadamPokok bunga ini sangat cantik, kan?
PadamCara nak biakkan pokok ni cucuk keratan pokok ni,insyaAllah tumbuh
BalasPadam