Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Seharian di fakulti...



By  Kakdell     Sabtu, Januari 12, 2013    Labels:, 
Hari ini, Dell seharian berada di fakulti. Maklumlah, banyak betul urusan yang perlu Dell selesaikan. Pada pukul 10.00 pagi, Dell ada mesyuarat GMJ-ME. Selepas itu, Dell lari ke Pejabat Imigresen Kajang sekejap untuk  perbaharui pasport. Setelah selesai, Dell ke fakulti semula untuk mendapatkan laporan GS-11 yang telah ditandatangani oleh pensyarah yang merupakan salah seorang daripada Jawatankuasa Tesis Dell. Kemudian, Dell perlu menghantar laporan tersebut di Seksyen Siswazah Fakulti. Kebetulan ada beberapa perkara yang Dell perlu dapatkan info berkaitan dengan perjalanan Dell sebagai seorang siswazah untuk semester depan. Mudah sedikit Dell hendak membuat perancangan nanti. Sepanjang Dell berada di fakulti, Dell terserempak dengan beberapa pensyarah yang sudah lama Dell tak jumpa. Satu kebiasaan jika kami akan berhenti dan berbual sekejap. Maklumlah, masing-masing sibuk.

NOTA :
Terharu... kerana ada salah seorang pensyarah telah memberi satu bungkusan kecil kepada Dell ketika berjumpa. Beliau kata dah lama dia simpan cenderahati tu untuk diberikan kepada Dell, cuma dia terperanjat ketika dia ingin berjumpa Dell di pejabat, Dell sudah berhenti kerja secara tiba-tiba. Jadi, dia simpan bungkusan kecil tu kerana dia pasti akan berjumpa dengan Dell satu hari nanti. 

Apabila Dell membuka bungkusan kecil itu, terdapat dua brooch yang cantik. Terima kasih Dr. N. Semoga Allah melapangkan pintu rezekinya. Amin... :)

Kenali Kakdell

Panggilan nama Kak Dell ini muncul ketika Dell menjadi senior di tahun akhir pengajian Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu) di UPM. Junior yang me'reka' panggilan ini.

6 ulasan:

  1. Saya yakin kak Dell ni peramah orangnya, jika tak bagaimana mungkin pensyarah berikan hadiah?

    Ia pasti menjadi kenangan terbaik buat kak, kan?

    p/s; blog kak ni saya lihat sarat dengan widget membuatkan loading page lambat. Huhuhu.

    BalasPadam
  2. Nak kata saya ni peramah... tak pasti pula sebab kebanyakan masa saya suka menyendiri buat kerja sendiri. Alhamdulillah, sepanjang saya bekerja di fakulti dulu... saya menerima banyak cenderamata daripada mereka cuma tak sangka, apabila sudah berhenti kerja saya masih menerima cenderamata daripada mereka. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan, blog ni serius berat. Saya pakai unifi pun loading page lambat. =(

      Saya cadangkan puan buang beberapa widget yang mungkin menjauhkan pengguna untuk blogwalking di blog puan. Antaranya
      1. Bunga-bunga salji turun
      2. Lagu

      Fungsi anti-copy blog ini juga menghalang saya untuk buka post puan banyak-banyak. Terpaksa buka satu satu. Loading page pun lambat. =(

      Harap dapat perhatian puan.

      Padam
  3. Oh, yeke? Saya tak perasan sebab saya buka tiada masalah. Saya dah buang widget lagu dan anti-copy tu. Harap dah laju untuk dibuka. P/S : Panggil saya Kak je sebab saya masih bujang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Lancar! Sekarang saya boleh jalan-jalan di blog kak dengan cepat~ Nantikan komen saya! =D

      Padam
    2. Saya kongsikan post ni.

      Panduan optimize masa blog loading.

      Tips berguna untuk blogger macam kita.

      Padam