Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Selamat Kembali

Alhamdulillah... atok, pakcik sekeluarga serta saudara yang pergi menunaikan umrah pada 19 hb lepas telah selamat kembali ke tanah air petang tadi.  Dell dan sepupu berkonvoi untuk menjemput mereka di KLIA. Dell bergegas ke rumah pakcik Dell di Bangi selepas mengajar tuisyen di Putrajaya kerana perlu memandu kereta milik isteri pakcik untuk menjemput mereka.  Sepanjang


Berminat Membaca

Reka bentuk cover jurnal

Pada hari Rabu lepas, Dell menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja GMJ-ME. Mesyuarat pada kali ini, kami cuba mengemas kini laman web GMJ-ME dan memperbaharui apa yang sesuai dengan kehendak pelanggan selain membincangkan status artikel yang sedia ada.  Salah satu perkara yang perlu Dell buat ialah mereka bentuk cover jurnal tersebut. Bukan mudah sebenarnya memandangkan Dell tidak m


Berminat Membaca

Apa masalah mereka?

Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh seseorang anak kecil Ramai ibu bapa dan para cikgu terlepas pandang dengan masalah anak kecil dan anak murid mereka (sila tekan pada gambar rajah di atas untuk membaca masalah-masalah yang tersenarai). Cara paksaan atau cara pembelajaran secara biasa tidak dapat membantu anak-anak kecil ini, malah ianya memberi tekanan kepada mereka seterusnya


Berminat Membaca

Pegang hamster dan ajar nyanyi?!!

Dipaksa pegang hamster oleh anak murid dan dipaksa bergambar dengan hamsternya! Keluarga C Jadual Dell untuk mengajar keluarga ini telah diubah pada hari Isnin. Seperti biasa Dell terpaksa layan karenah si anak kecil ini. Kena berlembut, kalau tak nanti dia merajuk. Dell didera pada hari tersebut dengan hamsternya. Huhu. Sekejap dia letak hamsternya di atas baju Dell, sekejap di atas tang


Berminat Membaca
Dah lama Dell tidak memasuki apa-apa gateway. Dulu ketika menulis di blog Diari Putri Lindungan Bulan, selalu juga Dell ikuti gateway ini. Merasalah juga beberapa hadiah walaupun jenis yang simple. Kali ini, Dell tergerak hati hendak menyertai gateway yang dianjurkan oleh Edy Zaidi di http://www.danielzaidi.com/ kerana Dell memang suka mengumpul Fridge Magnet. Siapa cepat, dia dapat! Woha!

Pak Hailam Kopitiam

Selasa lepas, Dell berpeluang makan di Pak Hailam Kopitiam di TBS bersama mama dan adik, sementara menunggu bas ke Kluang pada pukul 9.30 malam. Ini antara menu yang kami order.  Dell memilih coffee 3 layers sebab teringat minuman seperti ini ketika melancong di Vietnam beberapa tahun lepas. Rasa kopi ni sangat pekat dan memang kena dengan citarasa Dell. Mama pula hanya memilih Teh O Lim


Berminat Membaca

Pencapaian itu

Hadiah button daripada anak murid Keluarga C Keluarga C Semalam Dell menyerahkan dua buah buku yang dibeli kepada Fatin. Gembira sungguh dia! Biasalah budak kecil, kan? Lagi satu, Dell perasan dia suka menunjuk barang-barangnya kepada Dell. Dell layankan sahaja. Sehinggalah dia menunjukan sebuah diari berkunci. Dell minta izin untuk melihatnya. Hanya beberapa patah perkataan yang ditul


Berminat Membaca

Berangkatnya ke Mekah

Terasa letih rasanya beberapa hari ini kerana menguruskan beberapa perkara. Setelah penerbangan tertangguh sebanyak dua kali, akhirnya pada pukul 5.00 petang, hari Selasa lepas, mereka selamat berangkat mengerjakan umrah. Selepas itu, Dell menghantar mama dan adik ke TBS untuk menaiki bas pulang ke kampung. Perkhabaran dari sana : 'Hari ini baru nak g Raudhah. Org terlalu ramai. Tok Ata


Berminat Membaca

Menulis ya!

Tadi ketika Dell sedang makan malam bersama keluarga, tiba-tiba telefon bimbit Dell berbunyi menandakan ada sms masuk. Rupa-rupanya, salah seorang pensyarah di FBMK, UPM tempat Dell bekerja dulu iaitu Dr. Kamariah Kamarudin mengajak Dell pergi ke Pelancaran Buku Pengarang Wanita ITBM di UTC Pudu Sentral eaok petang. Dell rasa terharu kerana dah lama meninggalkan fakulti sebagai seorang st


Berminat Membaca

Menunggu hari...

Diam tak diam, hari untuk atok Dell berlepas pergi ke umrah sudah hampir tiba. Hari Jumaat lepas, pakcik pulang ke kampung untuk mengambil atok, mama dan adik datang ke sini. Hari Sabtu, baru Dell datang ke rumah pakcik untuk bersama mereka. Maklumlah banyak program yang kami perlu selesaikan sebelum kami semua berkumpul di Rembau, Negeri Sembilan pada hari Ahad.  Pada hari Sabtu, k


Berminat Membaca

Tiada berteman

Hamster anak muridku, Kiki dan Lala. Ingat lagi tak artikel Dell Elok berteman untuk anak murid Dell dari keluarga C? Hari ini merupakan hari kedua Dell mengajar si kecil itu. Nampak wajahnya seperti lebih bersemangat berbanding sebelum ini, tetapi dia seperti bosan belajar keseorangan. Dia tanya Dell, " Mengapa abang saya tak tuisyen sekali ek cikgu? Dia main games je." Dell sen


Berminat Membaca

Jauhnya perjalanan itu...

Sedar tak sedar, sudah hampir pertengahan bulan Mac 2013. Sudah dikejar tapi tetap juga masanya cepat berlalu. Walau secepat mana pun kita melakukan sesuatu, jika tuhan tidak izinkan, ianya tetap akan tertangguh. Dell dan supervisor baru sahaja dapat surat maklum balas kelulusan dari pihak pertama mengenai permohonan kami untuk pendahuluan bagi menghadiri kursus Kursus Technical Graphic Des


Berminat Membaca

Selamat tinggal nokia...

Akhirnya, semalam Dell mengambil keputusan untuk membeli Blackberry Curve 9320 dengan menggunakan Pakej Komunikasi Belia. Seharian Dell berfikir untuk membeli telefon bimbit yang mana satu di dalam senarai yang disediakan di bawah pakej tersebut. Hanya ada empat jenama telefon bimbit sahaja yang ditawarkan iaitu Blackberry Curve 9320, HTC Desire C dan dua lagi jenama Motorola. Setelah De


Berminat Membaca

Elok berteman

Khamis lepas merupakan hari pertama Dell mengajar seorang anak kepada keluarga C. Comel budaknya, baru darjah 3. Anak kecil ini tiada masalah dalam membaca tetapi dia lemah dalam bahasa Melayu. Ini kerana bahasa perantaraannya di rumah sejak kecil adalah bahasa Inggeris walaupun dia berada dalam keluarga Melayu. Ibunya merupakan pensyarah bahasa Inggeris di salah sebuah IPTA di sini, manakala


Berminat Membaca

Umrah

Diam tak diam, lagi seminggu sahaja lagi atok bersama pakcik dan isterinya akan pergi umrah. Dah lama rancang, walaupun duitnya sudah lama mencukupi baru kini ada rezeki dan peluang. Mana taknya, atok Dell tidak boleh pergi keseorangan sebab umur dah tua. Sekurang-kurangnya, pakcik dan isteri ada untuk tengok-tengokkannya. Ikutkan Dell berhasrat juga untuk mengikuti mereka mengerjakan umrah


Berminat Membaca

Pakej Komunikasi Belia (PKB)

Tak sabar Dell hendak survey kedai telefon bimbit yang menerima Pakej Komunikasi Belia (PKB) tu. Rugi pula tidak menggunakan peruntukan yang telah diberikan oleh kerajaan untuk para belia. RM200... banyak tu! Rezeki terpijak sebenarnya. Kawan Dell tidak mahu menggunakannya kerana dia memperuntukkan wangnya untuk membaiki rumah barunya. Kebetulan pula telefon bimbit Dell dah mulai rosak


Berminat Membaca

Menjadi penulis

Jika anda bercita-cita untuk menjadi penulis, maka hendaklah menulis. Benar apa yang dikatakan itu. Jika kita tidak mula dari sekarang, bila lagi betul tak? Dan jika tidak mula menulis, mana hendak tahu hasilnya.  Kertas kerja Tiga hari lepas, ada seorang pensyarah mesej Dell menyatakan bahawa beliau bercadang untuk menulis artikel dengan Dell jika Dell bersetuju. Terkejut juga den


Berminat Membaca

Candy Crush Saga

Akhirnya terjebak Dell dengan satu permainan ini iaitu Candy Crush Saga. Dell mula bermain dengan permainan ini tiga minggu yang lalu. Dell diperkenalkan dengan permainan ini melalui facebook. Ada juga Dell cuba main beberapa permainan dan akhirnya Dell terpikat dengan permainan ini.  Sebenarnya, Dell dah lama tidak bermain dengan apa-apa jenis permainan tetapi ada suatu hari tu Del


Berminat Membaca

Cabaran

Keluarga A : Nampak gayanya, minggu hadapan Dell terpaksa bertegas sedikit dengan mereka ni kerana kelihatan mereka dalam keadaan selesa dan suka menyiapkan latihan yang diberikan dengan masa yang lama. Terutama bagi subjek BM, kelihatan mereka tidak suka menulis karangan. Mereka lebih suka Dell ajar Matematik dan Sains. Mereka selalu pujuk Dell untuk mengajar subjek-subjek tersebut apabil


Berminat Membaca

Mr. Steak House

Tidak tahu mengapa, petang tadi terasa bosan sangat selepas berehat seketika dari mengajar tuisyen di Putrajaya. Mujur sempat makan tengah hari di kedai mamak di Presint 9. Sampai je rumah, rehat sekejap terus solat Zohor.  Selepas tu, Dell hanya menunggu cerita komedi Joe's Apartment di HBO tayangan jam 5.15 petang. Habis je cerita tersebut, Dell mulai rasa bosan. Nak ajak kawan keluar


Berminat Membaca

Perjuangan itu?

Beberapa minggu lepas, Kelab Staf Kontrak UPM add Dell sebagai senarai ahli kelab tersebut. Antara perjuangan yang sedang hebat dilakukan ialah ingin membela nasib staf kontrak UPM yang kini kontrak mereka hanya diperbaharui untuk enam bulan sahaja (sehingga bulan jun tahun ini) dan tiada jaminan akan diperbaharui selepas tempoh tersebut. Tambah membimbangkan apabila ura-ura me


Berminat Membaca

Nasi Ayam di Giant Equine Park

  Ada salah satu tempat Gerai Nasi Ayam yang Dell suka makan. Tempatnya di Giant Equine Park. Nasi ayamnya sedap. Nasi dan ayamnya lembut dan berasa rempahnya. Ada dua jenia ayam yang disediakan di sini. Satu ayam panggang, satu lagi ayam stim. Dell suka order Nasi Ayam Panggang bahagian peha. Untuk bahagian peha, kita kena tambah 40 sen. Jadi harganya RM5.90 sepinggan. Nasi ayam di


Berminat Membaca

Buku untuk mereka

Atas izin ibu kepada anak-anak murid Dell, Dell membeli beberapa buah buku yang sesuai dengan tahap masing-masing. Minggu lepas, Dell nampak semangat mereka semua tinggi untuk belajar tetapi latihan agak terhad dek kerana buku latihan yang ada tidak sesuai. Dell lebih suka latihan matematik dan sains mengikut bab dan bukan bercampur kerana Dell nak mengenal pasti mereka lemah bab yang mana


Berminat Membaca

Rezeki itu rahsia-Nya

Alhamdulillah, tadi ada seorang lagi pensyarah yang meminta Dell membantu anaknya dalam subjek bahasa Melayu. Anaknya baru darjah 3 tetapi ibunya risau kerana anaknya lemah dalam subjek bahasa Melayu. Dell juga akan bantu anaknya dalam subjek Sains. Kelas tuisyen akan bermula pada minggu hadapan.  Dell bersyukur setelah berhenti mengajar di pusat tuisyen tempoh hari, Dell diberi r


Berminat Membaca
Page 1 of 26712345...267Next