Sebenarnya Dell tidak menyangka dengan penubuhan blog kedua ini, Dell berpeluang berjumpa dengan mereka yang mempunyai aliran pemikiran yang hampir sama dengan Dell. Malah, melalui penulisan blog ini telah membuka peluang kepada Dell secara langsung dan tidak langsung untuk menceburi bidang atau aliran tertentu yang selama ini hanya dalam angan-angan.
Jika tidak kerana salah seorang rakan blogger Dell iaitu Izham yang telah mengajak Dell pergi ke Bengkel Asas Penulisan Rencana bersama Tuan Zamri Mohamad pada bulan Jun lepas, sudah tentu Dell tidak mendapat galakan dan sokongan daripada rakan penulis lain. Terima kasih ya!
Alhamdulillah, akhirnya Dell telah menyiapkan sebuah artikel untuk salah satu ruangan di akhbar. Inilah kali pertama percubaan Dell menulis artikel untuk akhbar. Dell sudah berhubung melalui emel dan mengharapkan 'feedback' yang baik daripada editor. Mudah-mudahan berjaya. Amin.
Sekiranya artikel Dell ini diterima untuk disiarkan di akhbar tersebut, ianya merupakan langkah pertama untuk langkah seterusnya.
Benar... sekali sahaja artikel sudah siap ditulis, kita akan terasa ingin menulis artikel yang seterusnya. Dell sudah mendapat ilham isu yang kedua untuk ditulis. Mudah-mudahan berjaya. Amin.
Alhamdulillah. Saya tumpang gembira membaca ini. Kebanyakan penulis gagal menjadi penulis kerana takut untuk menghantar karya mereka ke persada penerbitan.
BalasPadamInsya-Allah, diterima atau ditolak, adalah asam garam penulisan. Saya ucapkan tahniah kak!
Alhamdulillah. Mudah-mudahan tersiar. Amin... :)
PadamGo Kak Dell!
BalasPadamMoga satu hari nanti berjaya menjadi penulis yang termasyhur, aminn.
Terima kasih Iqa! Mudah-mudahan... amin... :)
PadamSaya pun bermula dari bawah. Yang penting jangan mudah berputus asa. Biarpun karya pertama ditolak itu bukan bermakna karya itu tidak bagus.
BalasPadamInsyaAllah... Mudah-mudahan saya dapat hasilkan yang terbaik pada masa akan datang. Amin. :)
Padam