Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Jika itu takdirnya...

Ketika Dell membelek fb sebentar tadi, mata Dell tertumpu ke arah gambar ini. Dell cuba mengalih pandangan ke arah lain tetapi tangan Dell mencari semula gambar ini tadi. Dell pandang semula gambar ini. Hati Dell terus terasa sangat sebak. Hati Dell berkata, 'Walaupun ada ketikanya aku dalam kesusahan, tapi belum pernah lagi sesusah ini...'. Dell berasa amat bersyukur dengan li


Berminat Membaca

Pembetulan

"Ala, cikgu... kena buat pembetulan ke?", tanya salah seorang anak murid. "Eh, kenalah buat! Nanti adik tak ingat kesilapan adik yang mana satu.", pujuk Dell. "Malas nak buatlah cikgu, banyak sangat salah...", katanya lagi sambil tersengih dan berkerut-kerut muka. "Adik nak jadi pandai, kan? Lepas ni, adik kena buat dengan lebih berhati-hati. Jadi tiada kesalahan yang sama berulang


Berminat Membaca

Ada hikmah rupa-rupanya...

Sejak Dell meninggalkan alam pekerjaan dan bergelar sebagai siswazah sepenuh masa, Dell telah meninggalkan salah satu daripada rutin harian Dell iaitu membaca surat khabar. Entahlah, tidak tahu mengapa. Kalau nak tahu isu semasa pun, Dell hanya mendengar berita (itu pun tak sepenuhnya), membaca blog atau pun melalui status kawan-kawan di FB.  Baru-baru ini ketika berada di kampung,


Berminat Membaca

Masa untuk mengedit!

Sepanjang hari ini, Dell hanya menumpukan kerja-kerja mengedit artikel-artikel GMJ-ME yang akan diterbitkan untuk isu akan datang. Lega rasanya semuanya berjaya disiapkan tadi. Sebelum mesyuarat besar (melibatkan semua ahli jawatankuasa) yang akan diadakan pada bulan Mac nanti, Dell perlu menyemak semula laman web jurnal online ini untuk penambahbaikan. Tambahan, jurnal ini telah membu


Berminat Membaca

Aduhai si meter air!

Letih betul Dell beberapa hari ini disebabkan kejadian yang tidak diduga berlaku. Sampai sahaja di rumah pada tengah malam Jumaat minggu lepas dari kampung, buka sahaja paip, tiada air! Ingatkan sehari sahaja tiada air, tunggu hari Sabtu... masih tiada air. Ingatkan balik dari mengajar tuisyen, Dell hendak mengemas rumah dan membasuh baju kotor. Akhirnya, Dell terpaksa bermalam di rumah kaw


Berminat Membaca

Saya sebuah kereta

Setiap kali Dell hendak mengajar anak-anak murid tentang karangan bahasa Melayu, mesti mereka dengan penuh yakin mengatakan bahawa bahasa Melayu tu senang. Dell mudah saja apabila mereka berkata demikian, Dell akan kata, "Mesti keputusan BM kamu 90% ke atas, kan?" Mereka diam sambil tersengih-sengih. "Oleh kerana kamu kata BM ini senang, cuba buat karangan 'Saya sebuah kereta'." Merek


Berminat Membaca

Subjek Sains dan Matematik

Beberapa minggu ni Dell banyak menumpukan subjek Sains dan Matematik untuk sekolah rendah dan sekolah menengah. Dah lama Dell meninggalkan subjek ini, Dell bukanlah terror dalam subjek matematik tetapi Dell bersyukur dapat mengajar mereka dari peringkat asas. Atas kepercayaan keluarga mereka, Dell bantu. Alhamdulillah, mungkin kerana niat baik untuk membantu, Dell diberi ilham dan dipermuda


Berminat Membaca

Vitamin C 1000mg

Vitamin C 1000mg Pahang Pharma Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal, dan untuk gusi yang sihat. Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , t


Berminat Membaca

Pisang Goreng Hangit

Dell diperkenalkan pisang goreng ini oleh salah seorang sepupu Dell beberapa bulan yang lalu. Mula-mula Dell ingatkan pisang tu tergoreng hangit, rupa-rupanya memang pisang itu digoreng sebegitu. Kata sepupu Dell pisang goreng ini antara pisang goreng yang popular di Kluang dan sentiasa cepat habis jualannya. Siapa lambat, memang kempunan la jawabnya. Benar Dell tak dapat menafikan, pisang goren


Berminat Membaca

Lempeng Warisan

Akhirnya Dell dapat makan lempeng dengan sambal tumis di kampung. Susah nak jumpa yang sedap. Kiranya, kali ni Dell dah jumpa! Kali ni mudah sebab Dell dah tahu jadual makcik tu buka gerai di mana dan masanya. Lempeng dicecah dengan sambal tumis dan kari. Lempengnya memang cukup rasa. Sambal tumisnya pedas sedikit dan kuah karinya pun sedap. Makcik ini ada mengambil tempahan. Selain le


Berminat Membaca

Kimmy ketika dalam perjalanan ke kampung

Mula-mula, ketika hendak masukkan Kimmy ni dalam carry cage dia, punyalah payah! Agaknya dia ingat Dell nak bawa dia jumpa Dr. Vet agaknya. Setelah perjalanan telah melepasi tol, barulah dia nampak tenang dan dia tahulah tu, kami nak pulang ke kampung. Tengoklah gaya dia tu bila dah sampai sempadan Johor. Terjengok- jengok di tingkap. Hidung pula terkembang-kempis. Kimmy tak berapa berani


Berminat Membaca

Dell berasa sangat gembira kerana di dalam mesyuarat tadi, akhirnya Editor bersetuju menerima artikel dalam bahasa Melayu bermula untuk isu akan datang. Editor bahasa dan reviewer juga sudah dilantik untuk artikel dalam bahasa Melayu ini. Maka, bertambahlah jawatankuasa dalam GMJ-ME ni. Insya-Allah, ada rezeki salah satu jurnal Dell berkaitan dengan penyelidikan dalam tesis PhD Dell akan dihantar ke sini. NOTA : Sekurang-kurangnya selain menjadi Administrator, Dell berpeluang men


Berminat Membaca

Roti Boy

Dulu Dell tidak berapa suka makan Roti Boy nie sebab ada rasa kopi sehinggalah beberapa minggu lepas sepupu Dell beli Roti Boy Original. Terus Dell jatuh cinta. Nak dijadikan cerita sebelum kami pulang dari KLCC tadi, kami singgah sekejap di Kedai Roti Boy ni. Jadi Dell pun teringin nak beli Roti Boy Original. Malangnya, perisa yang Dell nak tu dah habis dan hanya tinggal satu perisa sahaja iait


Berminat Membaca

Langsir berjurai!

Akhirnya, Dell terbeli juga langsir berjurai ni. Comel sangat langsir ni. Sekurang-kurangnya, jika ada tetamu datang ke rumah Dell... Tak nampak sangat ruangan tertentu. Harga pun murah.


Berminat Membaca

Alhamdulillah, setelah beberapa hari Dell mengemas pakaian-pakaian lama di almari akhirnya siap dua karung besar berisi pakaian-pakaian yang Dell tidak pakai lagi untuk disumbangkan kepada mereka yang lebih memerlukan. Terasa lega sangat-sangat. Sekurang-kurangnya pakaian itu dapat dimanfaatkan daripada terbiar usang di dalam almari. Kebanyakan pakaian tersebut masih kelihatan baru kerana Dell memang jaga elok-elok kerana sayang. Kini, Dell sudah boleh fokus mengemas bilik yang De


Berminat Membaca

Cikgu datang, makan sedap!

Yana : Cikgu nak tahu, setiap kali cikgu datang sini mengajar tuisyen mesti mak masak sedap-sedap! Dell : Oh, ye ke? Yana : Iye, cikgu. Dell : Masakan mak kamu memang sedap! Mesti mak kamu selalu masak sedap-sedap setiap hari. Yana : Takdelah cikgu. Selalu mak masak biasa-biasa je.  Dell : Takkanlah kot. Yana : Betul... Cikgu selalulah datang mengajar tuisyen. Datang ti


Berminat Membaca

Ianya sudah menjadi milikku...

Ketika Dell sedang membuka pintu rumah setelah pulang dari membeli barang di kedai berdekatan dengan rumah, tiba-tiba Dell disapa oleh seseorang dari belakang.  "Cik ni (nama penuh Dell)?" tanya staf DHL. Dell mengangguk-anggukkan kepala sambil bertanya, "Kenapa ya?" "Ini iPad untuk cik" kata staf tu sambil menunjukkan sebuah kotak.  Setelah Dell menunjukkan kad pengenala


Berminat Membaca

Tahun Baru Cina

Inilah kali pertama Dell tak balik kampung pada musim perayaan. Bukan tak nak balik tetapi terlalu banyak sangat urusan yang masih belum selesai. Hal-hal berkaitan dengan jurnal GMJ-ME pun belum selesai lagi. Jumaat ni sudah ada mesyuarat. Hal KERETA lagi. Jika tiada aral melintang, selepas siapkan semua hal-hal yang tertangguh atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan ini... dapatlah Del


Berminat Membaca

Kentut

Kadang-kala Dell tergelak melihat telatah anak-anak murid Dell ni. Macam-macam perangai. Sampai sekarang Dell tersenyum jika teringat kes petang tadi. "Cikgu, saya nak minta izin, nak kentut kat dapur ya.'' katanya sambil tersengih-sengih. Terus Dell berhenti tanda buku dan pandang ke arahnya dengan keadaan terkejut. "Ok." balasku dengan muka separa tersengih. Selepas beberapa saat ke


Berminat Membaca

Raja Ayam Goreng Malaysia (Kelantan Freid Chicklen)

Hari ini baru Dell bersempatan membeli ayam goreng di Raja Ayam Goreng Malaysia (Kelantan Freid Chicklen) berdekatan dengan rumah Dell.  Dulu ayam goreng ini dijual hanya menggunakan lori serba guna tetapi setelah maju, empunya ayam goreng ini menyewa kedai berhadapan tempat beliau selalu berniaga dulu. Memang tidak dinafikan ayam gorengnya sedap. Sebelum restoren ini dibuka, Dell


Berminat Membaca

Proses Pembungkusan!

Lega rasanya selepas menghantar laporan kemajuan pelajar ke KPT petang tadi. Masa yang terluang ni, Dell memulakan proses pembungkusan pakaian dan barang-barang yang perlu dibuang. Pakaian tu semua masih elok lagi tapi Dell dah tak pakai sebab tak muat, jadi Dell nak hantar ke tempat-tempat yang memerlukan. Proses mengemas semula almari-almari yang sedia ada setelah banyak pakaian dikeluarkan


Berminat Membaca

Apple ku dalam perjalanan!

Sehingga ke hari ini Dell ternanti-nanti kehadiran Apple Pujaan Hatiku. Petang tadi Dell menerima sms dari syarikat Apple bagi pengesahan penghantaran Mini iPad yang sudah ditempah melalui talian. "Good news! Items in order W4++++++++ have shipped and will deliver by 13/02/2013." Terasa sangat gembira setelah menerima sms tersebut. Bayangkanlah sampai ke Terengganu, sepupu Dell tolo


Berminat Membaca

Laporan Kemajuan MyPhD

Semalam baru Dell dapat peluang untuk bertemu dengan supervisor. Maklumlah beliau sibuk dengan tugas-tugas di pejabat. Pertemuan kali ini membuatkan Dell terasa lapang di hati kerana beberapa perkara dapat diselesaikan berkaitan dengan penyelidikan kami dan laporan kemajuan Dell. Mana taknya, 3 hari Dell tak lena tidur mencari info penginapan yang sesuai berdekatan dengan tempat kami akan menj


Berminat Membaca

Restoren The Garden

Semalam seharian Dell bersama dengan supervisor Dell membincangkan tentang penyelidikan kami. Selepas kerja kami siap, supervisor Dell ajak Dell makan tengah hari di Mines. Sebenarnya, kami tak tahu nak makan di restoren mana semalam. Selalu singgah Pizza San Fransisco, Secret Receipi dan Kenny Rogers. Sedang kami berpusing-pusing mencari restoren yang lain, ternampak Restoren The Garden. Baru b


Berminat Membaca

Sekotak Fail

Masih ingatkah Dell pernah menyatakan bahawa Dell akan mengubah suai salah satu bilik tidur yang paling kecil di dalam rumah sebagai pejabat kecil? Baca di sini : Pejabat kecil. Dell bertuah kerana tadi ada sesorang memberi Dell sekotak fail-fail terpakai yang masih elok dan bersih dengan pelbagai saiz. Mula-mula sewaktu dia offer nak beri fail-fail terpakai setelah mendengar Dell beritah


Berminat Membaca

Apabila Epal dicecah Kuah Rojak

Sebenarnya Dell ni pemalas betul nak makan buah. Apatah lagi jika nak mengupas kulitnya. Masa kecil-kecil dulu rajin, dah besar pula jadi malas. Hehe. Tetapi, bila Dell cuba makan epal dan jambu madu yang dipotong oleh saudara cecah dengan kuah rojak yang tersedia tempoh hari ketika kami semua bermalam di Homestay Air Manis, Sabak Bernam dua minggu lepas, membuatkan Dell teringat-ingat selama


Berminat Membaca

Lukisan

Setelah salah seorang anak murid Dell, Yana sudah siap latihan matematiknya tiba-tiba dia bertanya, "Cikgu pandai melukis, tak?" "Nak lukis apa?" tanya Dell. Dalam hati, takkan nak suruh ajar subjek lukisan pula kot. Dia pun mencari-cari sesuatu di dalam beg sekolahnya dan mengeluarkan buku Sains. Rupa-rupanya, dia tak pandai lukis gambar binatang yang berkaitan dengan habitat haiwan.&nb


Berminat Membaca

Jalan Pisang! - Bhgn. 6

Selepas berjalan-jalan di sekitar Kampung Gelam, kami pun mencari restoren untuk makan tengah hari. Berpandukan peta, kami ke kawasan Jalan Pisang!  Jalan Pisang Di sini banyak restoren halal yang sedap makanannya. Kami singgah Restoren Hjh Maimunah dulu. Bakso Singapore Kami membeli Bakso. Memang sedap supnya. Harga semangkuk 3.50 SGD. Lauk-pauk untuk makan tengah hari di


Berminat Membaca
Page 1 of 26712345...267Next