Selamat Datang ke Blog Dell!

Bersama Dell di Alam Maya
Sertai Saya

Menuju ke bintang!

Tompok : Nampak tak apa yang aku nampak? Belang : Eh, nampak!  Akhirnya, cita-cita kami untuk memulakan penyelidikan menjadi kenyataan setelah hampir setahun menunggu proposal kami diluluskan. Panggilan telefon daripada supervisor Dell pagi tadi benar-benar telah menaikkan semangat Dell. La ni, Dell sedang berhempas-pulas menyiapkan BAB 1, BAB 2 dan BAB 3. Yalah, nak kejar masa u


Berminat Membaca

Timing Belt

Menyayangi kancilku seperti kereta ini... hehehe... Sedar tak sedar, sudah 6 tahun Dell memandu kereta kancil ni. Kereta ini pun dah bergerak sebanyak hampir 94000 kilometer. Petang tadi Dell hantar kancil untuk di servis. Saja je buat kat kampung. Semasa servis kereta, Dell teringat tentang timing belt. Seingat Dell, belum pernah tukar lagi. Maklumlah disebabkan jam kilometer tu rosak dan


Berminat Membaca

Kerangka Kajian

Sudah dua minggu, Dell asyik meneliti beberapa jurnal dan kertas kerja untuk mengukuhkan proposal penyelidikan yang sedia ada untuk menyiapkan tugasan yang akan dibentangkan pada Jumaat ini. Nampak macam mudah, tetapi memakan masa berhari-hari dan berjam-jam untuk memahami teori, penyataan masalah dan kerangka kajian. Masa pula perlu dibahagikan untuk menyiapkan juga laporan bengkel SPSS tempo


Berminat Membaca

Usaha + Kreativiti = BINGO!

Usaha + Kreativiti = BINGO! Alhamdulillah, sesuatu yang Dell tunggu-tunggu sebelum ini telah terjawab keputusannya pada hari Rabu lepas. Terasa lega sangat-sangat. Setahun kami mengambil masa untuk memohon dana itu. Bulan November ini, kami sudah boleh mulakan penyelidikan. Tak sabar rasanya. Benarlah kata orang, penantian itu satu penyeksaan.  Semoga apa yang kami bayangkan akan me


Berminat Membaca

Bersyukurlah...

Ramai di antara kita agak sukar untuk bersyukur dengan apa yang mereka dapat atau peroleh kerana beranggapan ianya kecil tidak seperti yang mereka harapkan. Malah ada yang suka perli (menghakimi) orang-orang sekeliling kerana pada mereka orang itu tidak suka bersedekah atas alasan mereka jarang 'belanja' mereka makan atau sebagainya. Sedangkan sedekah ini maknanya luas bukan sekadar


Berminat Membaca

Raya Aidil Adha

Diam tak diam, bertemu semula Hari Raya Korban ni. Raya ni, Dell pulang ke kampung agak lewat kerana ada hal penting harus diuruskan pada hari Khamis. Hajat dihati hendak pulang ke kampung selepas waktu maghrib, tetapi hujan lebat berterusan sehingga pukul 9.00 lebih malam. Jadi, Dell buat keputusan untuk bergerak pulang selepas subuh keesokkan harinya. Alhamdulillah, highway sungguh lengang!


Berminat Membaca

Tasbih Kaabah

Sementara menunggu azan Maghrib, Dell teringat tentang Kaabah. Panggilan Kaabah sentiasa berlegar-legar dalam kenangan Dell. Dell belum lagi melangkah kaki di sana tetapi panggilan-panggilan itu sentiasa terngiang-ngiang di dalam ingatan. Dell masih ingat ketika sekolah menengah dulu, Dell pernah bermimpi mencium Hajar Aswad. Kelihatan sungguh jelas batu didalamnya dan masih tercium-cium b


Berminat Membaca

Naan Ee

Dah lama Dell tidak menonton filem Tamil. Sedutan daripada filem 'Naan-Ee' ini benar-benar telah membuatkan Dell teruja untuk menontonnya! Alhamdulillah, Dell dapat menonton filem ini Isnin lepas di rumah kawan. Kalaulah dapat tonton filem ini dengan tayangan 3D, alangkah seronoknya! Cubalah tonton filem ini. Serius memang menghiburkan! Nota : Sinopsis, sila klik : Naan_Ee


Berminat Membaca

Food court Jaya Jusco Equine

Dah alang-alang ada perkara yang hendak diuruskan di Jaya Jusco (JJ) Equine, Dell pun makan tengah hari di sana. Jemulah pula asyik makan KFC atau yang lain-lain, jadi Dell mencuba makanan di food court di situ. Sebenarnya, Dell hendak makan Suhun Goreng Pedas di gerai Wok (pernah cuba sebelum ni memang sedap!) tapi hari ini suhun tiada. Akhirnya, Dell cuba makanan di gerai mamak di situ. Mag


Berminat Membaca

Tukang Jahitku

Diam tak diam, sudah lebih dua tahun Dell mendapatkan khidmat jahitan baju dari De Rhas Collections. Dulu kedainya terletak di Bandar Baru Bangi. Tapi, tuan punya kedai, Fizah sudah berpindah semula ke Kelantan. Walau pun begitu, beliau masih lagi mengambil tempahan dari pelanggan tetap seperti Dell. Selalu juga dia turun ke Kuala Lumpur dan Selangor, jadi kami akan berjumpa sekiranya baju Del


Berminat Membaca

Maklum Balas Bengkel

La ni baru Dell ada peluang untuk meneliti semua borang maklum balas peserta bengkel SPSS yang kami anjurkan pada Jumaat lepas. Kebanyakannya meminta agar bengkel ini diadakan untuk sesi kedua dan dipanjangkan masa berbengkel. Pagi nanti Dell akan masukkan semua data di dalam excel untuk dianalisis. Chaiyok2! :) Perjalanan bengkel : Bengkel SPSS Bunting dan Poster Bengkel SPSS Peserta Bengk


Berminat Membaca

Bengkel yang bermanfaat

Alhamdulillah, akhirnya Bengkel SPSS yang kami anjurkan pada pagi Jumaat lepas telah berjaya. Peserta yang menyertai melebihi sasaran kami. Itupun, Dell terpaksa menolak beberapa peserta yang ingin menyertai kerana bilik sudah padat. Dengan duit yuran peserta, kami dapat membayar fasilitator, menyediakan jamuan tengah hari dan lain-lain perbelanjaan. Maknanya, kami tidak rugi apa-apa. Sekarang


Berminat Membaca

Jauhkan diri daripada 'MEREKA'

Apabila kamu jumpa seseorang yang terlalu ambil berat soal gosip dan cerita-cerita negatif berkenaan 'seseorang', JARAKKAN dirimu daripadanya kerana dia sebenarnya manusia kurang bahagia (kecuali jika ingin membantunya). Mungkin bahagianya terletak pada mendengar cerita-cerita, berfikir mendalam tentangnya dan bertanya sana sini mencari info yang tidak perlu. Sedangkan sepatutnya banyak sekali t


Berminat Membaca

Kopitiam Asam Pedas

Hari Khamis lepas, tiba-tiba Dell teringin hendak makan masakan asam pedas. Jadi, Dell singgah di Kopitiam Asam Pedas, Putra Walk, Equine Park, Seri Kembangan, Selangor. Ini kali pertama Dell singgah di restoren ini. Kedai ini dibuka dalam pukul 12.00 tengahari sehingga tengah malam.   Ada beberapa set menu asam pedas untuk single set. Dell memilih set menu Asam Pedas Ikan Siakap


Berminat Membaca

Restoren Azea

Hari Rabu baru-baru ini, Dell berpeluang untuk makan di Restoren Azea di Putra Walk, Equine Park, Seri Kembangan, Selangor. Suasana di luar restoren ini memang Dell suka kerana tempatnya agak selesa.  Dell mencuba Nasi Goreng Ketam. Harganya RM9. Rasa nasinya ok dengan potongan crabstick di dalamnya cuma Dell kurang suka sebab terasa nasinya tidak begitu lembut. Ketam gorengnya sedap


Berminat Membaca

Melancong? Yeay!

Bak kata pepatah, jauh berjalan luas pandangan... betul tak? Bulan ini sahaja, Dell diajak oleh dua orang kawan untuk mengikuti trip mereka melancong. Satu ke Korea, satu lagi ke Singapura. Terasa gembira rasanya sebab jika pergi secara berkumpulan (orang yang kita kenal), kita akan rasa selamat dan jimat. Sebelum ini, Dell pernah ke Padang, Indonesia (2008) dan Vietnam (2010) dan Singapura (2


Berminat Membaca

Rakaman video ini sehingga kini Dell simpan. Inilah kenangan kali pertama Dell bertemu dengan Kimmy. Dulu sebesar tapak tangan je... la ni nak dukung kena pakai dua tangan! 


Berminat Membaca

Wangi woo...

::Tulisanku di Blog Diari Putri Lindungan Bulan pada 28 Oktober 2010:: Semenjak dua menjak ni, Kimmy dah mula suka dimandikan. Taklah seperti sebelum ni, mesti Putri akan kena cakar! Sesiapa saja yang melihat Kimmy secara dekat, mesti soalan ni yang akan mereka tanya kepada Putri, "Eh, bersih ye bulu kucing ko?!" Macam mana tak bersih, Putri mandikan dia sebulan 2 kali. Itu belum


Berminat Membaca

My Attitude Depends on Who You Are

Bila diingat-ingatkan balik apa yang berlaku memang terasa sangat geram sebenarnya. Terutama bagi 'mereka' yang berpura-pura. Tetapi bila mengingatkan kuasa dan balasan Allah itu tiada sempadan, Dell biarkan sahaja. Sekurang-kurangnya, Dell sudah dijauhkan dan tidak termasuk di dalam kelompok 'mereka' itu. Rasa lega sangat-sangat. NOTA : Adab berhutang, kenalah bayar semula kepada pemberi


Berminat Membaca

Alamak bertambah lagi?

Serba salah dibuatnya... semakin dekat dengan tarikh bengkel hendak dilaksanakan, semakin banyak pula permintaan untuk jadi peserta. Sehingga Dell ditegur oleh urus setia bahagian pendaftaran supaya jangan mencari peserta lagi kerana sudah melebihi koata. Sebenarnya, Dell sudah tidak mencari peserta setelah berjaya mendapatkan tambahan 20 orang pada minggu lepas. Dell tidak sangka minggu ini m


Berminat Membaca

Kimmy suka tonton TV tau!

::Tulisan di Blog Diari Putri Lindungan Bulan pada 15 Oktober 2010:: Kucing zaman sekarang ni dah moden... Mana taknya, kebanyakan mereka duduk dalam rumah. Tengoklah si Kimmy ni... dah pandai tengok tv.... 'Apa nak jadi dunia sekarang ni...?' Mungkin itu yang Kimmy fikirkan setelah tengok berita pembunuhan Datuk Sosilawati di TV. Tengoklah, telinga dia tu... 'Best ye derang masuk TV. Ca


Berminat Membaca

Penukaran masa Bengkel SPSS

Lewat petang hari Isnin, Dell menerima panggilan telefon daripada pengerusi bengkel mengatakan bahawa pada saat-saat akhir fasilitator tidak dapat hadir pada waktu petang dan minta masa bengkel ditukar pada waktu pagi. Bila dah ditukar masa, secara automatiknya makmal dan lain-lain hal perlu disusun semula. Ahli jawatankuasa risau sekiranya peserta yang tersenarai menarik diri disebabkan perub


Berminat Membaca

Tugasan oh Tugasan!

Kalaulah semangat tu kurang, memang sentiasa mengantuklah jawabnya. Yang bagusnya tugasan yang diberikan oleh pensyarah kali ini ialah sesiapa yang sudah ada proposal penuh tesisnya, sudah boleh mula menyiapkan tesisnya sedikit demi sedikit. Secara tidak langsung, jimat masa. Hari ini, Dell sudah mula menumpukan sepenuh perhatian terhadap penyelidikan yang sudah dibincangkan dengan supervisor


Berminat Membaca

Bekerja di luar negara?

Dell teringat beberapa minggu lepas, ada seseorang bertanya kepada Dell... "Kalau diberi peluang bekerja di luar negara (selepas tamat PhD untuk bidang berkaitan)... nak tak?"  Pergh, soalan yang sangat power untuk Dell menjawabnya. Sebenarnya, Dell pernah juga berangan-angan untuk bekerja di luar negara setelah melihat beberapa orang pensyarah Dell yang mengajar di Korea dan China unt


Berminat Membaca

Brother's Nik Fried Chicken

Malam ini. Dell makan yang ringkas sahaja untuk makan malam. Dell hanya beli Burger Ayam Double dan Satay Chicken (Brother's Nik Fried Chicken). Gerai ini terletak di Seksyen 4/7A di Bandar Baru Bangi berhadapan dengan kedai 7 Eleven.   Ada beberapa jenis menu yang ringan di gerai ini. Harga pun berpatutan.  Dell mencuba Satay Chicken ni. Ada dua perisa iaitu pedas (ada serb


Berminat Membaca

Sate Ayam Restoren Sup Urat Keting

Semalam Dell berpeluang makan malam dengan sate ayam dari Restoren Sup Urat Keting. Restoren ini terletak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor. Kami hanya membeli sate tersebut dan makan di rumah. Sate Daging, ketupat, timun dan lain-lain sudah habis. Jadi, hanya Sate Ayam yang dapat dibeli.  Sate ayamnya memang lembut. Banyak cocok jugalah yang Dell makan. Cuma kuahnya sedikit


Berminat Membaca

Tahniah!

Semalam Dell berkesempatan datang ke Majlis Konvokesyen UPM bagi meraikan kejayaan sepupu Dell, Sara yang berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Makanan. Seronok melihat graduan-graduan yang keluar dari dewan dengan jubah masing-masing. Tak sabar rasanya hendak menyarung jubah 3 jalur berbenangkan emas suatu hari nanti. Insya-Allah. :)


Berminat Membaca

Restoren Cempaka Rimba

Segmen 'Jalan-Jalan Cari Makan' hari ini, Dell dan keluarga sepupu makan tengah hari di Restoren Cempaka Rimba di Mall Billion, Bandar Baru Bangi. Maklumlah, kami agak kepenatan dan lapar selepas hampir seharian di Majlis Konvokesyen Sarah di UPM hari ini. Kami telah memilih Lauk Telur Bungkus saiz kecil, Tom Yam Campur saiz sederhana, Ayam masak Halia saiz kecil dan Sayur Kailan Ikan Masin


Berminat Membaca

Selamat Bergraduat Sara

Dah besar dah sepupu Dell nie... Esok dia akan naik ke atas pentas untuk menerima skrol Ijazah dengan kepujian dalam bidang Teknologi Makanan. Bangga melihatkan ada juga beberapa produk yang dia hasilkan bersama kumpulannya dipaparkan di televisyen dan suratkhabar.  Dulu masa Dell mengambil skrol Ijazah buat kali pertama... dia masih lagi sekolah menengah. Cepat benar masa berlalu, sek


Berminat Membaca

Peserta Bengkel SPSS

Alhamdulillah, berjaya juga Dell membantu mendapatkan peserta tambahan dalam 20 orang untuk membantu AJK lain dalam menganjurkan bengkel SPSS ini. Almaklumlah, 40% markah kami untuk kursus ini ialah penganjuran bengkel ini. Nasib baik, salah seorang sahabat Dell di pejabat membantu mengedarkan emel Dell di halaman siswazah fakulti. Lepas ni, Dell hendak siapkan buku program pula. Harap-harap h


Berminat Membaca

Bersama Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin

Pada 11 April 2011, ada satu wawancara khas bersama Seniman Negara, Y. Bhg. Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin di FBMK, UPM. Dell berpeluang mengikuti press conference di Bilik Anjung Bestari. Banyak maklumat yang Dell dapati melalui jawapan yang diberikan oleh Tan Sri setelah ditemuramah oleh para wartawan dan pelajar-pelajar komunikasi. Tan Sri benar-benar berjiwa patriotik. Ba


Berminat Membaca

Bersama Datuk A. Samad Said

Selepas menghadiri Bengkel Penolong Pengarah Filem/TV di FINAS, Dell mengikut Husna dan kawan-kawannya pergi ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Kami pergi ke sana selepas waktu pejabat. Suasana agak lengang sedikit, mungkin kerana hari sudah petang... tambahan pula hari bekerja. Jadi, Dell menggunakan peluang ini untuk mencari buku-buku yang dikehendaki sesuai dengan bidang penyelidi


Berminat Membaca

Bengkel Penolong Pengarah Filem/TV

Dell terasa bertuah kerana dipelawa oleh Dr. Fazilah Husin untuk mengikuti bengkel sebegini ketika bekerja di FBMK dulu. Dell membantu Dr. F memastikan pelajar-pelajar komunikasi (penyiaran) yang terlibat semuanya berkumpul di hadapan fakulti selewat-lewatnya pada pukul 8.00 pagi. Ikut perancangan, kami perlu perlu bertolak dari fakulti ke FINAS selewat-lewatnya pada pukul 8.00 pagi u


Berminat Membaca
Page 1 of 26712345...267Next